Jumaat, 11 Mac 2011

REAL LIFE SUPERHERO IS ADIWIRA KEHIDUPAN SEBENAR

Sukan lumba basikal Malaysia berpotensi untuk dimajukan ketahap yang lebih tinggi dan memberi impak baru kepada pembangunan sukan negara. Mungkin ramai yang sangsi dengan hakikat ini, namun jika dilihat kepada sejarah sukan negara, lumba basikal adalah antara sukan yang banyak memberi peluang kepada anak tempatan kita beraksi di temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik.
Berdasarkan rekod, bekas jaguh trek negara, Rosman Alwi pernah beraksi pada temasya Sukan Olimpik di Los Angeles pada tahun 1984 dan Seoul 1988. M. Kumaresan turut beraksi pada temasya Seoul 1988 bersama Rosman. Dia juga membawa cabaran Malaysia pada temasya Barcelona 1992.
Sebelum itu, Andrew Michael, Choy Mow Thin, Supaat Hamid, Salam Kamsari, Ng Joo Pong, Zain Safaruddin, Stephen Lim Tian San dan Tuow Choon Boon pula menggalas nama negara buat kali pertama pada temasya 1964 di Tokyo.
Walaupun lumba basikal masih belum mampu menyumbang pingat di pentas Olimpik, namun hakikatnya, sukan ini sudah mula menunjukkan sedikit harapan untuk mengharumkan nama negara suatu masa nanti.
Lupakan seketika bola sepak, hoki, gimrama atau badminton yang diserang prestasi tidak menentu dan cuba kita alihkan tumpuan kepada sukan dua roda ini.
Tahun lepas saja dua pelumba negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Anuar Manan masing-masing mencipta kejutan dalam kejohanan yang disertai iaitu Piala Dunia di Melbourne dan Beijing serta Kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL).
sumber;pelbagai-google.

foto oleh Bro Tandop.

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...