Khamis, 6 Mei 2010

SURAT DARI KAMPONG HUTAN CHELONG

















Aku bergerun dan takut. Lebih takut dari membuang hantu saka pada 3 hari sebelum kematian Tok Ayah Ali,yang lebih 3 tahun terbaring uzur sakit tua, badan dia dah tinggal tulang dan kulit,kurus kering, mata ke dalam, tidurnya mengiring mengadap dinding.


Aku sangat takut tentang perkara yang berkaitan dengan nuklear. Bila disebut nuklear Aku teringat malapetaka letupan Chernobyll di Ukraine pada tahun 1980an. Punca letupan tidak dapat disahkan tetapi dikatakan berpunca dari kecacatan rekabentuk.Mungkin ada di antara kamu yang langsung tidak tahu tentang letupan reaktor Chenorbyll ini.
Dalam tragedi itu ramai yang mati dan beribu-ribu lagi rakyatnya yang menderita akibat kanser dari pencemaran radiasi.





Itu di Ukraine, Russia di mana teknologinya sudah berkembang maju pada waktu itu. Cuba kaji balik teknoloji kita sekarang. Kita ditahap mana kalau dibuat perbandingan dengan Ukraine? Bagaimana pula dengan tahap mentaliti penyelenggaraan kita? Kamu ingat pakar kita boleh bina reaktor itu dengan sempurna tanpa cacat celanya? Aku takut. Terus terang Aku katakan yang Aku langsung tidak yakin dengan keupayaan pakar kita. Aku pun tidak tahu yang kita ada pakar dalam bidang ini sebelum membaca kenyataan dalam Media Massa akhir-akhir ni. Naik bulu roma dan luruh 7 urat bulu ari-ari bila difikirkan.

Cuba tanya diri sendiri? adakah mentaliti penyelenggaraan kita sudah mantap? Tidak, Aku rasa ada yang masih kuno. Mentaliti rakyatnya pula bagaimana? Adakah sudah professional? Tidak, Aku rasa ada banyak otak-otak yang masih tersangkut di zaman batu. Jadi bagaimana? Bolehkah kita bina reaktor nuklear kalau bina bangunan, silingnya runtuh. Kalau bina jalan, jalan merekah. Kalau bina stadium, stadium ranap?Aspek penyelenggaraan adalah suatu yang sangat serius dan harus dikendalikan secara professional.

Masalahnya di negara ini, bila berlaku salah laku, semua kepincangan akan dirahsiakan. Bila berhadapan dengan masalah, pihak pengurusan akan lepas tangan atau menuding jari kepada pihak lain. Jarang sekali ada pihak yang akan terima tanggungjawab dengan hati yang terbuka untuk mencari penyelesaian.

Kalau reaktor meletup?, siapa yang lari dulu? Pakar bukan?Takut Aku. Jadi, macam mana Aku hendak terima reaktor nuklear? Siapa boleh menyakinkan Aku? Siapa boleh jamin keselamatan Aku,Anak Aku, Bini Aku, Mak Ayah Aku, Tok,Tok Wan Aku?Kamu ada jawapan? Aku ada. Janganlah bina reaktor selagi minda masih belum bersedia!Kalau 52 tahun masih di tokok lama, tahun 2021 di mana kita?

Takut dak woih?
DIPETIK DAN DIUBAHSUAI DARI T.T

1 ulasan:

Qery berkata...

jadila superhero kapoww...hehe

Dosa

Manusia sibuk dengan diri sendiri di hari pengadilan. Nasib dia sendiri pun tatau lagu mana. Manusia masing² sendirian di hadapan Allah '...