"Hai anakku, sesungguhnya Allah telah
memberi untukmu agama dan jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu adalah orang Islam."
:-MUHAMMAD AQEEL HULAIF BIN MUHAMAD ADUHA



Itu di Ukraine, Russia di mana teknologinya sudah berkembang maju pada waktu itu. Cuba kaji balik teknoloji kita sekarang. Kita ditahap mana kalau dibuat perbandingan dengan Ukraine? Bagaimana pula dengan tahap mentaliti penyelenggaraan kita? Kamu ingat pakar kita boleh bina reaktor itu dengan sempurna tanpa cacat celanya? Aku takut. Terus terang Aku katakan yang Aku langsung tidak yakin dengan keupayaan pakar kita. Aku pun tidak tahu yang kita ada pakar dalam bidang ini sebelum membaca kenyataan dalam Media Massa akhir-akhir ni. Naik bulu roma dan luruh 7 urat bulu ari-ari bila difikirkan. Cuba tanya diri sendiri? adakah mentaliti penyelenggaraan kita sudah mantap? Tidak, Aku rasa ada yang masih kuno. Mentaliti rakyatnya pula bagaimana? Adakah sudah professional? Tidak, Aku rasa ada banyak otak-otak yang masih tersangkut di zaman batu. Jadi bagaimana? Bolehkah kita bina reaktor nuklear kalau bina bangunan, silingnya runtuh. Kalau bina jalan, jalan merekah. Kalau bina stadium, stadium ranap?Aspek penyelenggaraan adalah suatu yang sangat serius dan harus dikendalikan secara professional.

Lelaki tidak mengeluh nasib kerana dia percaya hidup ini medan ujian. Dia berjalan dalam sunyi, memikul tanggungjawab tanpa meminta simpati....