Isnin, 5 April 2010
ARAU-BANDUNG LANGIT TETAP SAMA
Alhamdulilah.. Mad Doha,Sella,Sham,Mas dan Jan selamat sampai ke Bandung,Indo. selepas 2 jam perjalan dgn Air Asia.
setibanya di Airport Bandung, kami menggunakan taksi (45,000.00RP untuk sebuah) kami ke Dago.
Aduih rupanya Dago tempat libur di Bandung nih.. mula2 turun tu cuak sebab orang ramai, kenderaan banyak. ada pengamin penuh di jalan(buskers). nak elakkan cuak lagi. buat taktaw ja kami terus jalan naik ke bukit Dago. jalan teruih ja.. lebih 6 hotel yang ditanya semua penuh yang ada pun 1 bilik ja. harga bilik2 yang ditanya antara RP200000.00 hingga RP2000000.00.. sepanjang kami berjalan mencari hotel di sepanjang jalan. kami bebrapa kali disapa untuk menaiki 'Angkut Kota" lebih kurang TUT-TUT di pekan Hadyai. tapi tak berani nak naik sebab Angkut tersebut dah ada penumpang lain,lagipun hari dah malam. adalah dinasihatkan untuk menaiki Angkut yang kosong kerana kita tidak tahu bagaimana orang dalam tu. Kami berjalan hingga ke Hotel Sheraton ..jauh juga jalan sebab kalau ikut masa dari turun dah 2 jam. kemudian berkat doa kepada Allah SWT ada sebuah angkut yang pemandunya dan angkut sahaja yang berhenti. Kami pakat tawakal dan naik Angkut tersebut. Alhamdulilah.. pemandu angkut yang benama Yus bercakap ramah. beliau membawa kami berhenti di beberapa hotel yang berpatutan dan akhirnya kami menginap di Hotel Dewi Kartika di Jalan Alun-Alun. dan pada pagi hari seharian kami telah menempah Angkut Kota tersebut untuk bersiar di sekitar Bandung dengan sewa RP300000.00 dan aku telah memberi beberapa RM sebagai tip tambahan,di kala entri ini ditulis aku di Warnet(CC) juga di jalan Alun-Alun berdekatan dengan Hotel.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pengurusan Jenazah Percuma
Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...
-
Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or ...
-
SENARAI PASAR MALAM DI KEDAH SENARAI PASAR MALAM DAERAH ALOR SETAR 1 Alor Setar Sabtu, Ahad, Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Seberang Jalan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan