Ahad, 7 Mac 2010

BUKIT CERMIN DOWN HILL RACE 2010

RACE TERAKHIR DI VENUE NI.. LEPAS NIH PEMAJU AKAN BANGUNKAN BUKIT NI MENJADI PERUMAHAN ELIT..
aku sampai Bukit Cermin,Putra height pada pukul 3 petang, sabtu 6 hb mac. race esok 7 hb mac. aku turun awal sehari untuk latihan,sampai aku terus walk in untuk pendaftaran sebanyak RM55 bagi kategori ekor keras( terima kasih kepada anuar kerana meminjamkan ekor kerasnya kepadaku), manakala ekor lembut pula yuran RM75. no plat aku 232. mak aku suruh aku mai awal sebab dia kata buleh la aku tengok lagu mana jalan, mak aku kata kalau bahaya sangat takyah la masuk sebab aku ada banyak lagi tugas lain nak kena buat, tapi takpa mak hat tang bahaya tuh cek amik chicken run (hehehe).. laluan turun bukit cermin nih pada aku mencabar dan menguji stamina.. buat pengetahuan semua aku tergelincir 3 kali di laluan berbatu.tak buleh nak buat apa.. licin sebab hujan.aku tak sempat buat run sekali jalan sampai kebawah. aku beberapa kali sangkut tang batu taman.. jatuh aku patah balik naik atas.. jatuh lg sekali aku patah balik lagi.. bila kali ke 3 tergolek jugak tu aku teruih turun.. bawah sekali ada gap lompat parit dalam 5 kaki(buleh check kat youtube gap tu) aku buang ke egoan diri aku amik chicken run.. takpa janji aku selamat sampai.. nak buktikan apa pada yang tidak ada ni.. esok pukul 8 race.. alemak dah 2:36am..

3 ulasan:

X-CREW berkata...

jadi kesimpulannya.. hang menang ka kalah? aku dok cari body 20 inchi area sini..saja dok servey..tadak la,, hadyai konfem ada ka?

MADDUHA berkata...

aku tewas la jinx. aku mengalah. kalo maw ada kedai memba tu. kena order la hat lagu mana maw. 19inch okdah kut. tp hang besaq no.. nak kena test dulu kut. nak buat gena Allah bg hang size Jin. hehehe

X-CREW berkata...

aku maw yang bajet macham kita bincang tu la.. 17 ni aku call hang noh, dah ketaq lutut dah ni nak naik gerek..hahahhha

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...