Selasa, 10 November 2015

Perak Bike Week 2015

The True Of Paksu Majid Menyebar Kasih Sayang Sesama Rider.
Taiping di antara tempat indah dalam donia pada aku. Dengan seni binaan lama di seluruh bandar, di tambah kedamaian Tasik Taiping. Latar tempat yang perrfecct untuk acara keramaian beroda dua. Aku menjejak Taiping sekitar lagi 20 minit sebelum pukul 12 hari sabtu jadinya ini adalah hari ke 3 acara Perak Bike Week yang bermula pada hari Khamis. Organizer jangan marah kerana booth telah 2 hari terbiar kosong. Aku cuma separuh masa dalam scene ini. Cuti sudah hampir habis, jika aku ponteng kerja kiranya aku telah mencuri dari majikan yang pertama untuk mendapat habuan dari majikan yang kedua.  Jadi harapnya empa boleh paham masalah aku. Aku menyusur sekeliling tasik Taiping. Terlihat warga Taiping beriadah, berkelah di bawah pokok sekeliling Tasek Taiping. Ohh Indah Alam Tuhan.
Sebelum aku pergi lebih jauh biarlah aku kisahkan sedikit warga taiping yang aku kenal. Jika sebelum ini aku hanya mengenali Taiping melalui pergerakan muzik bawah tanah mereka, nama-nama seperti Braindead, Heloisa, Violator,akan muncul setiap kali ingatanku pada Taiping. Tetapi kini aku juga mengenali Taiping Fakster suatu kumpulan ultras hitam Perak yang bersarang di Taiping.
Salah seorang Ultras Taiping Fakster adalah Rejab MYHC X Supertouring Kap 5 Nation X Peketum BBFL. Rejab merupakan salah seorang organizer perak Bike Wekk. Dan beliau antara salah satu sebab aku hadir di Perak Bike Week ini.
Hampir sebulan sebelum event Perak Bike Week ini, Rejab juga merancang Gathering Peketum di Taiping sebagai menyapot Perak Bike Week. Untuk makluman empa Komrad sejauh Seremban juga hadir. Termasuk seorang dari JB. Maka penuhlah khemah 20 X 20 yang disedia oleh Rejab MYHC untuk kami.
Sehari sebelum acara Ghani juga telah menghubungi aku untuk menganti Kak Nor NZ York yang sepatutnya hadir bagi pihak majalah. Aku seperti biasa buat PT hadir tanpa menghubungi Kak Nor terlebih dahulu. Sorry Kak Nor nohhhh. Bukan takmaw talipon tapi kami memang di ajar untuk tak buat kalut untuk apa yang kami suka. Event permotoran ni cinta, hasutan yang melekat dalam jiwa. Lagipula acara Perak Bike Week ni memang dah masok dalam takwim Peketum MC bagi tahun 2015, dan Allah Setuju juga untuk tahun-tahun mendatang sebelum berjumpa kematian. Sama dengan Pattaya Bike Week, Serlah Kehebatan, dan Santai Anak Utara.
Untuk makluman empa semua Perak Bike Week tahun adalah acara dwitahunan macam SUKMA jugalah. Kali pertama acara pada 2013. Aku respect salut no 1 untuk event Perak Bike Week yang utamanya tanpa Diskriminasi. Waima motor Hurricane Cabok pun parking sebelah Harley Davidson. Aku ada ambil gambar tu.
Ni bukti mutu cabok dalam tapak event.
Kepala kuasa acara adalah Paksu Majid Darul Ridzuan Biker.Untuk makluman empa Paksu adalah tokey kedai Mee Udang paling sedap aku pernah makan dalam donia. Kedai Mee Udang Paksu Majid maw empa nak pi senang saja. Dari Exit PLUS Changkat Jering, empa belok kiri, selang 1 tiang elektrik ada lorong masuk kanan nanti kedai dalam 10 depa dari jalan besar.

Aku berbalik kepada waktu aku sampai2 tapak event. Orang penoh dah ni, kiri kanan. Aku masok lagi dengan harapan akan nampak booth dan orang yang aku kenal. Masuk pintu gerbang lalu Pentas Utama, muzik dok pom..pang.. doom..dammm.cehhh.. Ok aku terus lagi. Lalu booth saudagar bikers ok nampak muka yang kenal. Aku terus lagi sampai nampak ada booth kosong, ada sign PEKETUM MALAYSIA. Aku pun park mesin resin takaNadendey aku depan booth, keluar kamera, bawa turun merchadise, buka banner KAPCAI,CHOPPERROCKER,GILA2 RAIDER dan Banner Besar PEKETUM yang di buat Uzainy My sejak dari Ride Cambodia yang lepas. 

Yang pertama datang merai aku adalah Darul abang kepada Rejab. Beliau ku lihat sibuk dengan Handy di tangan. Selang 10 minit krew yang lain sampai. Aku serahkan tugas mengantung Banner kepada Insan, Tokie Mokz, John Aqil, Pyan, Along, Emir, Balang dan lain2.

Acara meriah. Bikers, Riders bersusun melekat di dalam tapak acara hingga ke malam. Deretan vendor dengan pelbagai jualan penoh, dari barangan berkaitan dua roda, empat roda, racing, touring, jam tangan, manik koran, hingga ke makanan dan minuman. Lepas asar Paksu Majid datang ke khemah dan bersalam dengan kami semua. Sungguh aku terus jatuh hati dengan cara paksu merai tetamu, orangnya humble. Setiap seorang dari kami ditemu. Memang kumpulan kecil kami di pandang sinis, ya lah apa semengah budak rempit mutu kap enjoih pom2 weng2 busuk 2t dok buat pala mai Bike Week. Suka kami lah kan. Awak tak suka jangan hampiri.

Aku telah berbual kosong dengan seorang kawan juga penulis, beliau menyatakan kurang senang dengan event ini macam pasar malam, ada banyak jualan2 makanan, jualan tudung dan beraneka lagi barangan. Aku tiada masalah, malah aku lebih suka dengan konsep Perak Bike Week 2015. Santai dan memenuhi kehendak masyarakat. Scene roda dua kita ni terlalu kecil tak perlu di sempitkan. Buka minda, Ok pa. Ada Fauziah Latiff,Emma Maembong,Sarah Levito,Nur Risteena, ada life band, ada live graffiti show, ada jamuan makan di tapak event, ada sessi tukar Cup, ada pertandingan mesin kustom. Dengan latar tasik, udara nyaman. Semua orang pun gembira.



























Tiada ulasan:

Asia Road Racing 2024

Jentera 1000cc kini mengganas di Asia Road Racing Championship. Ketika sesi latihan pada hari Jumaat, Ducati mendahului carta kelajuan maksi...