TERRA RAID RIDE HATYAI BIKE WEEK 2014


Masa acara ini diadakan dalam suasana negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-57. “Kemerdekaan” itu mempunyai pelbagai erti dan terdedah kepada pelbagai fahaman. Fahaman Merdeka kami adalah batang-batang tubuh yang bebas berkeliaran di bumi Allah S.W.T.
Persekitaran Masa 30 dan 31 Ogos kami tahun ini atas tiket acara Terra Raid Ride Hatyai Bike Week membawa maksud Tunggang Ceroboh Bumi Hatyai Bike Week (cuma pada ayat sahaja). 
‘Kemerdekaan’ itu sewajarnya mengingatkan warga kepada nama-nama Dol Said, Maharaja Lela, Pandak Endut, Dato’ Sagor, Ngah Jabur, Bahaman, Tuk Gajah, Mat Kilau, Tuk Janggut, Tunku Kudin dan ratusan patriot tak bernama, bermandi darah bergadai nyawa untuk membayar harga yang termahal, harga kemerdekaan negara.

Oleh yang demikian, dalam persekitaran menyambut ulang tahun kemerdekaan negara bangsa, sewajarnyalah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpadam daripada sejarah dan wajib di kongsi bersama.

"Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat ‘Negeri Melayu Bersekutu’ dan lima ‘Negeri Melayu Tidak Bersekutu’ telah memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang berbunyi:
Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu adalah seperti berikut:
‘‘Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera.’’

TUJUH PERKARA ITU ADALAH:
Pertama:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).
Kedua:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Keempat:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima:
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.
Keenam:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh:
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM- KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)".

Untuk sepanjang 2 hari 30 dan 31 Ogos lalu, kami tinggalkan negara sekejap kepada mereka-mereka yang berwajib, kepada mereka-mereka yang tersangkut di traffik jammed malam merdeka, kepada mereka-mereka yang di tahan pak polisi pada sekatan jalan raya, dan kepada mereka-mereka yang tidak dapat bergerak bebas dengan pelbagai kekangan yang mereka cipta.

"apa bike week mendap lagu ni?". Ujar John Pablo hahahahah

Saya tidak dapat memberi pandangan yang baik bila acapkali penganjur mengenakan bayaran untuk memasuki tapak konsert. Cumanya Hatyai Bike Week 2014 ok sikit dari Sadao Border Bike Week 2014 kerana Rider cuma dikenakan bayaran untuk memasuki tapak konsert dan dapat parking VIP. Dan Rider bebas bergerak ke Booth Jualan dan pameran tanpa sebarang bayaran. Dari segi bilangan Rider menghampiri angka 1 Ribu pada amatan saya. Triad juga hadir dengan mesin besar roda 3 injin lori mereka.

Selepas tengah malam kami beramai bergerak menyusur lorong-lorong hatyai dan sempat beradu dengan geng Honda Wave Club Divison Hatyai. Lagi sekali President Honda Wave Club Malaysia tiada  hilang entah ke mana.

CERITA BRADER BMW GS PAYLUCK!
Jadi tidak lengkap jika ke Hatyai andai tidak menaiki Ferry Pulau YO (sebut Koh Yo) usai bergambar dan rider pecah 7 tak sampai ke Pantai Samila kerana sweeper sesat. Di pendek cerita dalam perjalanan pulang tepat pukul 6.00 petang di persimpangan lampu isyarat Nakhon Sitammarat-Songkhla. Rider belakang telah didatangi oleh BIKER Malaysia Solo Melayu dengan isteri mungkin, menungang  BMW GS dan BIKER tersebut telah "takdak pasal cari pasal" dengan memberi kata-kata pedas kepada puak kami di belakang. Apabila lampu isyarat hijau BIKER tersebut berlalu laju pergi dengan sungguh kerek tanpa lambaian tangan seperti yang selalu di terima. Kepada BIKER BMW GS tersebut kita sama-sama duk tempat orang. TITIK - NASIB AWAK BAIK.

SUMMARY TERRA RAID RIDE HBW 2014
Rider 33.
Pillion 2.
Route. Ipoh-Sungai Siput-Tepen-Penen-S.P-Aloq Staq-Kodiang-Dannok-Hatyai-Jambatan Bidin-Koyo-Ferry-Samila Beach.
Overnight. Yes. 35
Overnight. No. COE 4, Katong MC 6.
DnF 7.
Finish 26.
Result 26/33. ok. Lulus 79%.


































































































































































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PALA TAW RIDE 2016 MALAY-SIAM-LAOS-CAMBODIA

CUKUP SATU KALI RIDE KE SATU - SATU TEMPAT.

Perlis Bike Jam 2014