Sabtu, 30 Mac 2013

ya

hak


Muzium Candu ke Chiang Mai

Hari ke tujuh(7) 7 februari 2013
Penjelajahan di teruskan lagi dari Golden Triangle melalui Chiang Kong( Pintu masuk ke Laos dan China(lagi 250km) di jalan raya banyak kenderaan pendaftaran China).Jalan trafik lancar kenderaan kurang banyak.Di Chiang Kong kena kopi secawan (70baht) di port rugged kedai nama Rider Coffee (empa tuan-tuan yang ada modai buleh buat port macam ni). Dari Chiang Kong kami melalui Chiang Rai dan Perjalanan hari ini berhenti setakat Chiang Mai. Dalam perjalanan hari ini bertemu dengan touring grup Chiang Mai Yellow Corn yang kebetulan baru selesai misi ke Luang Prabang,Laos.Pulang melalui jalan yang sama bersaing, mereka menggunakan mesin jenis OFFRoad scrambler. Di Chiang Mai kami menginap di Hotel Al Farouq kordinat
18.77062
99.00043
malam hari diteruskan dengan aktiviti jalan-jalan di Kalare Night Market. Tuan-tuan buleh google kerancakan aktiviti malam yang penuh dengan pelancong dari negara atas angin.

Perbelanjaan hari ke 7(Baht Thai)
Minyak 50+140+190
Sarapan 40
Souvenir 270
Air 145
Dinner 20
Gajet 39
Tut tut 50
Hotel 350(share/2 orang dengan partner Mr.Kame,700baht)

ni masih di Chiang Saen kedai minum bebrapa km selepas golden triangle


seberang sungai sana adalah LAOS






sahabat penulis yang gemar bergambar


 "abih meta buleh duk lagu ni".












partner penulis Mr. Kame








di sebuah stesen minyak di Chiang Rai berhenti untuk makan tengahari 




brader besar paling kanan di atas merupakan tuan punya workshop "MOOPA ENDURO CHIANGMAI", Mr. Tandop melakukan servis mesin beliau setiba saja.

Jumaat, 29 Mac 2013

DUNIA

INI SEMUA DUNIA!
Surah At-Takaathur - سورة التكاثر

Ayat 1 - 8
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Ya





senam diri



Sabtu, 23 Mac 2013

BOBROK SIASAH

BOBROK SIASAH
Kita mengidami kedamaian
harum santun sebuah negara
di tengah marak bara siasah.
Dalam gerak kejutan sejarah
tekad murbawan sekukuh waja.
Kita merindui keadilan
gandingan asas landasan sasa,
ucapan batin serahsia jiwa;
setiap ukir dan fikir bangsa
bakal mengerdip seindah rasa.
Kita menghajati keikhlasan;
yang berulang mercup, keganasan,
dan berulang terus, kebobrokan!
Kita tak lagi kekal insani
untuk pelihara demokrasi.
Kita mengidami kedamaian;
kita merindui keadilan;
kita menghajati keikhlasan.
Tapi, yang berulang, keganasan;
yang terus berulang, kebobrokan.
22 Mac, 2013 A. SAMAD SAID





Jumaat, 22 Mac 2013

Saya

Hampir menjadi orang macam anda semua, setia, bertekad, berani, tetapi saya memilih untuk simpankan saja kesemua itu.

Khamis, 14 Mac 2013

WHY

Dari Tengah Bahasa Inggeris, dari Lama Bahasa hw ȳ, HWI ("mengapa", kes instrumental daripada hwæt ("apa"), benar-benar "oleh apa, untuk apa"), dari Proto-Jermanik * HWI ("oleh apa, bagaimana"),dari Proto-Indo-Eropah * k ʷ ey, locative * k ʷ Berpandukan ("yang"). Seasal dengan Tengah Tinggi Jerman wiu ("bagaimana, mengapa"), Denmark dan Sweden hvi ("mengapa"), Faroese dan Iceland hví ("mengapa"), masak an Latin ("kepadanya", kes datif untuk qui ("yang, bagaimana, mengapa ")), Yunani Kuno πει (pei," di mana "). Bandingkan Lama Bahasa Inggeris Th ȳ ("kerana, sejak, pada akaun tersebut, oleh itu, maka", secara literal "oleh itu, untuk itu").
:-SUMBER WIKTIONARY.






Khamis, 7 Mac 2013

MALAYSIA YANG LEBIH BAIK

HARAPAN merujuk kepada suatu keadaan jiwa yang menggalakkan kepercayaan untuk hasil yang lebih baik berkaitan dengan peristiwa-peristiwa dan keadaan dalam kehidupan.
Erti kata lain Harapan adalah perasaan bahawa apa yang dikehendaki boleh didapati atau peristiwa akan berubah untuk yang terbaik atau perbuatan ke hadapan untuk sesuatu dengan keinginan dan keyakinan yang munasabah.
Dan perkataan Putus asa itu ialah suatu kepercayaan jiwa yang bertentangan dengan harapan. 


Isnin, 4 Mac 2013

SIARAN MEDIA TERHADAP INSIDEN DI SABAH

4 MAC 2013

DATO’ SERI NAJIB RAZAK (Baca Orang Nombor 1(satu) Negara) SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN KEDAULATAN WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN

Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru kami berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan. 

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Kami sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Kami ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.

Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Kami menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Kami menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. 

Wakil Para Rakyat Yang Sayang Negara.








Asia Road Racing 2024

Jentera 1000cc kini mengganas di Asia Road Racing Championship. Ketika sesi latihan pada hari Jumaat, Ducati mendahului carta kelajuan maksi...