Ahad, 9 April 2023

ISTERI YANG MENOLAK AJAKAN SUAMI

MALAIKAT MELAKNAT ISTERI YANG MENOLAK AJAKAN SUAMI.

 عن أبي هريرة، قال قال النبي صلى الله عليه وسلم " إذا بائتِ المرأة مهاجرة فراش زوجها لعنتها الْمَلائِكَةُ حَتى ترجع

 Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Apabila seorang wanita tidur di waktu malam dalam keadaan dia meninggalkan katil suaminya, malaikat akan melaknatnya sehingga dia kembali. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 5194]

Dalam riwayat yang sebelumnya disebutkan:

عن أبي هريرة - رضي الله عنه - عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه فأنت أن تجيء لعنتها الملائكة " حتى تضبخ

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Apabila seorang suami mengajak isteri ke tempat tidurnya, lalu si isteri enggan datang. Malaikat akan melaknatnya sehingga Subuh. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 5193]

Yang dimaksudkan 'tempat tidur ialah jima'. Oleh itu isteri wajib melayani suami apabila diminta kecuali apabila isteri tidak mampu melakukannya kerana sakit atau jika hubungan seksual akan memudharatkan.

la menjadi berdosa apabila si suami itu tidak redha. Jika isteri menolak ajakan suami, lalu si suami redha atau tidak kisah, maka tidaklah berdosa. Ini berdasarkan riwayat berikut;

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ
Maksudnya: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama, lalu isteri itu menolaknya. Maka suami tersebut tidur dalam keadaan marah dengan isterinya. Dengan itu, para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi.” [Riwayat al-Bukhari (3237)(5193)]

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa hadith ini menjadi dalil bahawa haramnya seorang isteri itu menolak ajakan suaminya tanpa keuzuran yang syarak dan haid juga bukanlah satu keuzuran yang boleh menghalang ajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimta’ (berseronok) dengan apa yang terdapat di atas kain (selain daripada faraj). Hadith ini juga bermaksud laknat daripada malaikat akan berterusan sehingga hilangnya maksiat dengan terbitnya fajar dan dengan suami itu merasa memadai atau dengan taubat si isteri apabila menerima ajakan suami tersebut untuk bersama. [Lihat: al-Minhaj, 7-

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...