Selasa, 29 Jun 2021

Ikhlas Melupakan



Ikhlas itu melupakan setiap kebaikan yang kita lakukan jangan harapkan balasan. Kita lupakan.

Jika kita masih duk ingat amal baik yang kita buat dan masih berkira-kira berapa banyak kebaikan yang telah kita lakukan itu maknanya kita belum ikhlas. Walaupun tak cerita kat orang hanya bermain-main dalam fikiran tetap tak ikhlas.

Bagaimana nak lupakan? Ingatlah selalu di dalam hati, kita tak mampu untuk beramal jika bukan kehendak Allah. Kita hanya nyatakan kehendak Nya. 

Bukan kita tapi Dia yang mengerakkan setiap sesuatu walau apa yang ada di hati kita. 

Selamat beramal.
: Tok Ayah

Isnin, 28 Jun 2021

orang tamak

Mari belajar bahasa Melayu.

Orang tamak selalu rugi.

Contoh ayat.

Disebabkan takut negara hilang pendapatan, pemerintah telah membenarkan kilang-kilang (yang boleh menjana pendapatan negara) beroperasi walaupun pkp penuh. Betullah kata pepatah orang tamak selalu rugi, begitulah nasib negara kita pkp tak habis-habis sedangkan negara negara lain sudah mula membuka semua sektor ekonomi mereka. Kita masih lagi bergelut dengan kes yang masih lagi tinggi.

Berikan contoh pepatah atau peribahasa lain yang boleh menggambarkan situasi terkini di Malaysia.
(20 markah)

Tok Ayah

Jumaat, 4 Jun 2021

Sayang Isteri

Suami 
- pi kerja cari duit
- memasak
- basuh pinggan 
- sapu sampah
- basuh baju
- buang sampah
- cuci toilet
- jaga anak

Isteri
- Pi kerja (kalu berkerja) 
- Sayang suami

Cuba buat ni InShaAllah isteri hangpa akan sayang kat hangpa sampai bila-bila.
: Tok Ayah

Khamis, 3 Jun 2021

Vaksin Vaccine Baksin

“Orang Amerika benci kat hang, ni hang nak pi sana tak takut ka mati kena tembak?”Jon Alpert soal.

“Dak” simple jawab Fidel Castro

“Hang pakai baju kalis peluru ka?” Alpert hairan.

Castro buka kancing jaket askar dia, selak baju hala pi ke arah Alpert. Sambil gelak dia kata “Tak dak!”

“Hang gila ka apa?! Hang tak takuit kena tembak ka?” Alpert buat gelabah bewak.

Dengan releks Castro jawab “Mati tu pasti buat apa nak takuit cuma tak tau bila dan di mana. Mengkala kata aku mati kena tembak dekat Amerika maka mati lah aku.”

Di atas adalah sedutan perbualan si wartawan Jon Alpert dengan Fidel Castro dalam dokumentari Cuba and Cameraman di Netflix.

TA bukan nak cerita pasal filem ni. TA nak bagi tau seorang komunis pun tak takut mati. Kita yang kata bertuhan ni pulak takut mati.

Masih ada orang kata cucuk vaksin boleh mati.

Mati itu pasti. Bagi orang beriman mati itu lah yang dicari kerana mati itu membawa maksud kembali.

Kembali kepada Yang Maha Pencipta. 
Dunia hanyalah sebuah perjalanan menujuNya.

Tak setuju dengan apa yang TA kata, takpa. Penyataan ni bukan untuk dipersetujui. Hanya satu penyataan.

: Tok Ayah

Rabu, 2 Jun 2021

PEKETUM CHAPTER JERUSALEM

Open preorder.
New Chapter :  ١٪  جروسالم ڤكتوم مچ 
Material 100% Cotton Premium
Size XS-5XL
Prais RM25-RM35

ADIB



KUGAN VS ADIB

Kes Kugan Ananthan tahun 2009.

Dia ditangkap kerana disyaki terlibat dengan aktiviti samun kereta mewah. Selepas dia ditangkap dan disoal siasat, polis berjaya menemui semula 15 kereta mewah yang dilaporkan disamun dan dilarikan sebelum itu.

Kes Kugan menjadi tumpuan bila dia ditemui mati didalam lokap.

Hasil bedah siasat mengatakan dia mati akibat paru-paru berair. Tapi keluarga Kugan tidak berpuas hati kerana ada kesan lebam dibeberapa bahagian badan Kugan. Mereka tuduh Kugan mati akibat didera oleh polis semasa dalam tahanan. 

Keluarga Kugan melantik N Surendran dan Gobind Singh sebagai peguam mereka.

Penjelasan pihak PDRM bahawa kesan lebam tersebut terjadi akibat pergelutan yang berlaku semasa usaha menangkap Kugan ditolak bulat-bulat.

Keluarga Kugan telah menghantar memorandum kepada KPN mendesak tindakan diambil terhadap anggota polis yang bertanggungjawab terhadap kematian Kugan.

HINDRAF turut masuk campur dalam kes Kugan dengan mempertikai integriti dan ketelusan pihak polis dan peguam negara.

Seingat saya, parti pembangkang pada waktu itu turut mengambil peluang dari kes Kugan untuk kepentingan politik mereka.

Hasilnya, tidak berapa lama kemudian 11 anggota polis diambil keterangan mereka.

Pada Jun 2012, Mahkamah Seksyen Shah Alam menjatuhi hukuman penjara 3 tahun keatas seorang anggota polis berpangkat konstabel kerana menyebabkan kecederaan terhadap Kugan.

Pada Jun 2013 pula, Hakim Mahkamah Tinggi KL, memerintahkan ganti rugi RM851,700 dibayar kepada ibu Kugan bagi ganti rugi serangan, memukul, penjara palsu, kesakitan dan penderitaan.

Daripada seorang yang disyaki penjenayah penyamun kereta mewah, Kugan diangkat menjadi hero. Mayatnya diarak bagai pahlawan.

Malangnya nasib Allahyarham Adib tidak sebaik Kugan.

Allahyarham Adib bukan penjenayah... bukan perompak, penyamun atau samseng kongsi gelap.

Tugas Allahyarham adib menggadaikan nyawa sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

Allahyarham Adib dipukul sehingga mengakibatkan kematian beliau ketika mahu menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Tapi Allahyarham tidak dibela dengan sewajarnya.

Pembunuh-pembunuh Allahyarham Adib masih lepas bebas diluar sana. Tidak dicuit sedikit pun. Mereka seolah-olah kebal dari tindakan undang-undang.

Parti-parti pembangkang yang telah menjadi kerajaan... yang dulu cukup bersungguh-sungguh membela Kugan hanya jadi tunggul kayu dalam kes Allahyarham Adib.

Tiada suara-suara lantang dari mereka membela Allahyarham Adib.

Perjalanan kes Allahyarham Adib pun semakin banyak yang meragukan. Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

Makin mencurigakan bila peguam yang mewakili KPKT dan JPBM menarik diri dalam prosiding inkues Allahyarham Adib disebabkan faktor tekanan dan keselamatan. 

Pihak mana atau siapa yang mengugut dan memberi tekanan kepada beliau?

Kita takkan berhenti untuk keadilan ADIB.

#JusticeForAdib

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...