Selasa, 30 Mac 2021

Evergreen Di Teruskan Suez

ADAKAH EVERGREEN RISAU?

Dalam industri perkapalan, bila terjadi kemalangan sebegini, sebenarnya ship owner jarang risau tentang kos nak mengalihkan kapal. Jika terpaksa dikeluarkan kesemua 20,000 buah kontena di atas Ever Given itu pun, semua kos ini sudah dilindungi oleh insurans. 

Insurans ini adalah Protection & Indemnity Policy (P&I). Pemain industri laut lebih mengenalinya sebagai Blue Cards. Insurans ini bukan insurans kapal. Insurans kapal untuk melindungi kos membaiki kapal jika kemalangan. Insurans kapal kita kenali sebagai Hull & Machinery Insurance (H&M).

Blue Cards ini lebih kepada 3rd party liability. Bermaksud jika kita berlanggar dengan kapal lain atau dermaga pelabuhan, sekiranya berlaku tumpahan minyak, atau kapal karam, atau kapal perlu dialihkan menggunakan kapal lain, atau jeti rosak, kren tumbang, kematian dsb., semua ini dilindingi oleh Blue Cards.

Tanpa Blue Cards, kapal tak dibenarkan  mengisi minyak di pelabuhan (kita sebut sebagai bunkering). Dan tanpa Blue Cards, kapal tak dibenarkan melalui Terusan Suez. Kerana jika terjadi kemalangan, biasanya kos untuk menyelesaikan masalah seperti tumpahan minyak, mengalihkan kapal, upah kapal korek, human resource, kren dsb. confirm bernilai jutaan ringgit. Coverage Blue Cards untuk kapal kelas Golden bagi kapal Ever Given ni agak-agak saya mau sampai USD1 billion. Mungkin lebih lagi..

Jangan main-main, kalau kita tak ambil coverage yang bernilai setara dengan risiko, memang kru pakai abandon kapal biar tersadai di situ je jawabnya. Silap-silap company pun dah perlu ready kemas-kemas barang sebab nak declare bankruptcy, sebab takut nanti damage claim sampai kat syarikat later on. Dalam kes kapal Evergreen ini, jika kapal itu tiada perlindungan P&I yang cukup, kapal itu silap-silap tersadai melintang terusan sampai bila-bila. Kerajaan Mesirlah akan terpaksa keluarkan kos untuk selamatkan cash cow tabung negara mereka supaya kapal-kapal lain boleh lalu dan boleh kutip tol seperti biasa.

Nilai USD1 billion tu saya anggar based pada feri Dibuk 3 as Roro yang paling kecil di Kuala Perlis tu. Net tonnage (berat kapal kosong) Dibuk 3 baru 535 ton. Ever Given ni berat kosong saja pun dah 99,155 ton. Dibuk 3 pun coverage P&I USD5 juta. Kos premium pun ratus ribu juga setahun. Masa Covid atau tak, sama saja takde diskaun premium pun. Orang tengok bisnes macam masyuk, tapi ramai tak tahu liabiliti pun sama naik.

Cerita hal insurans perkapalan ini saya cerita sikit pengalaman ayahanda saya ingin membeli kapal roro di Greece. Bila dah beli dan selesai tukar ownership, semasa nak bawa balik, rancangan kami tu memang nak belayar balik ikut Terusan Suez. Ilmu perkapalan antarabangsa kami masa tu memang tersangat cetek. Bila diminta Blue Cards, kami memang tiada contact orang yang boleh issue. Yang ada cuma sebuah company dari Ukraine. Itu pun sampai ratusan ribu. Tak tahu lagi kalau jadi apa-apa nanti kita nak contact siapa. Duit pun dah tak cukup bajet sebab tak tahu kos-kos tersembunyi begitu.

Agen kapal kami di Pelabuhan Piraeus di Greece pula cakap, bukan setakat P&I saja kena ada untuk lalu Suez dan untuk isi minyak (kalau tak isi minyak memang tak sampai Malaysia), tapi kena ‘bayar tol’ juga pada orang-orang Mesir yang nak uruskan urusan menyeberang nanti. Marlboro berkaton-katon tu wajib kata mereka. Duit cash dollar pun kena bagi standby. Dah jadi senario macam driver lori atas highway pula.

Kalau tak nak lalu Terusan Suez, kena turun ke Tanjung Harapan untuk naik semula. Kiranya kena tawaf benua Afrika. Pelayaran akan ekstra sebulan paling kurang, sekiranya cuaca di hujung Tanjung Harapan tak bergelora. Selalunya kena tunggu seminggu dua sampai cuaca elok barulah boleh cross Tanjung Harapan. Memang kubur kapal-kapal kecil semua berada di hujung benua tu. Ombak setinggi 6 meter itu biasa. Sebab itu dinamakan Tanjung Harapan atau Cape of Good Hope. Bukan saja-saja diberi nama itu. Akhir kalam kami ambil keputusan untuk jual semula feri tersebut. Rugi lebih setengah juta tapi pengalamannya tidak ternilai.

Yang saya cerita bab insurans ni baru 2 jenis. Satu insurans Blue Cards yang melindungi 3rd party, yang kedua insurans H&M untuk kapal. Menariknya kedua-dua insurans ini bukan syarikat perkapalan Evergreen yang ambil. Sebab Evergreen bukannya pemilik kapal (shipowner). 

Kapal Ever Given ini dimiliki oleh syarikat pemajak kapal dari Jepun iaitu Imabari Shipbuilding Co. Ltd. Syarikat Jepun ini yang membina Ever Given. Evergreen cuma memajak kapal tersebut untuk bawa kontena mereka. Sama seperti konsep AirAsia buat untuk kapal terbang mereka. Evergreen sebenarnya perlu ada satu insurans yang penting iaitu jika berlaku loss of business. Kontena Evergreen tersangkut tak boleh deliver, jadi bisnes mereka rugi untuk setiap hari yang tak belayar.

Dalam bisnes apa pun pemilik perniagaan kena ambil tahu tentang perlindungan insurans untuk setiap aspek. Untuk staf ada Perkeso. Untuk insurans kebakaran kena tahu value bangunan dan mesin. Berapa excess. Berapa premium. Apa yang perlu masuk apa yang tak perlu. Insurans liabiliti produk pun penting untuk lindungi bisnes jika ada orang sakit makan atau guna produk kita.

Terima kasih kerana baca sampai habis.

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...