Rabu, 22 April 2020

Bukit Malut Clan

Besar Sangat Ke Kad Perlarian UNCHR di Malaysia 

Hari ini PKPD ke 6 telah dikuatkuasakan di Pusat bandar Utara yang meliputi Pasar Borong Selayang yang bermula sejak semalam.

Kedengaran khabar ( samada betul atau tidak) terdapat segelintir warga asing terutama dari rohinggya menlanggar PKPD dengan sengaja mengalihkan halangan yang dibuat pihak berkuasa dan memprovok anggota ATM dan PDRM dengan menayangkan Kad UNCHR kononnya mereka kebal. Malang nya, mereka kecundang dengan SOP Mininum of Force ATM. (Sendiri boleh faham)

Apa itu Kad Pelarian UNHCR?

Ianya adalah pengenalan diri kepada pelarian yang mencari suaka politik dan perlindungan di Negara Asing.

Kad ini akan dikeluarkan oleh UNHCR setelah individu tersebut mendaftar.

Antara fungsi dan keistimewaan Kad UNCHR ini adalah individu tersebut tidak akan ditangkap atas sebarang undang-undang imigresen sesuatu negara yang mereka duduki dan mempunyai hak yang limitasi untuk kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan yang penting dari UNHCR.

Faham tak maksud kad tu? Maksud nya perkhidmatan penting yang disediakan oleh UNHCR bukan dari Kerajaan Malaysia.

Kad ini tiada nilai istimewa atau kekebalan politik kepada pemegang nya di Malaysia

Kerana apa?

Malaysia tidak menandatangani dan meratifikasi sebarang Konvesyen dan Protokol PBB mengenai Pelarian 1951.

Untuk pengetahuan, Semua Negara di Asean tidak meratifikasi kan Perjanjian tersebut.

Maka dengan itu hak Pelarian Rohinggya untuk berkerja dan dinaturalisasikan di dalam negara Malaysia dan ASEAN tidak sah dan sememangnya mereka telah dikategorikan PENDATANG HARAM.

Oleh yang demikian tindakan Kerajaan yang tidak lagi berlembut dan mengambil tindakan tegas menghalau sebarang cubaan kemasukan pendatang Haram Rohinggya di sokong penuh oleh MMP.

Cubaan Pencerobohan Rohinggya yang dipatahkan oleh TUDM bersama TLDM seperti yang dilaporkan bukan kali pertama berlaku.

Terdapat beberapa pencerobohan pada awal tahun sehingga kini telah dipatahkan dan bot-bot pendatang haram Rohinggya akan diarahkan berpatah balik ke perairan antarabangsa. Oleh yang demikian soal kehendak politik yang berbeza pemerintah boleh diletak tepi.

Tindakan Malaysia ini bukan dibuat secara unilateral. Indonesia dan Thailand juga mengambil pendekatan yang sama.

Ketiga-tiga negara ini tidak kejam dan masih berperikemanusiaan. Semasa mengarahkan bot itu berpatah balik. TLDM memberikan bantuan makanan dan perubatan kepada bot haram tersebut. Ini membuktikan kita masih bertimbangrasa dan tegas dalam kawalan PKP kita.

Soal pencerobohan bot haram Rohinggya didalangi oleh sindiket penyeludupan antarabangsa yang berpusat di Bangladesh.

Sindiket ini dilihat amat tersusun dalam menjalankan operasi penyeludupan rohinggya ke Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Usaha untuk menghapuskan sindiket ini sedang giat dijalankan oleh Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Persoalannya yang MMP mahu utarakan pada Anda

Sudah Cukup kah kita ini berlembut dan berlapang dada dengan kebanjiran 150,000 Warga Rohinggya di Malaysia?

APA ITU KONVENSYEN PELARIAN 1951
Latar Belakang Konvensyen 1951

Perang dunia kedua yang berakhir pada 1945 menyaksikan hampir 60 juta nyawa terkorban. Sebahagian besarnya adalah rakyat biasa. Selain terbunuh sewaktu perperangan, ramai nyawa juga terkorban berikutan penularan penyakit berbahaya akibat kemusnahan total alam sekitar. Kemusnahan, ancaman penularan wabak berbahaya, pembunuhan dan konflik bersenjata telah memaksa jutaan manusia melarikan diri dari negara asal ke negara berdekatan untuk mendapat perlindungan. Kebanyakan pelarian yang tertumpu di benua Eropah tersebut bagaimanapun menghadapi kesukaran untuk mendapat perlindungan akibat ketiadaan undang-undang antarabangsa bagi melindungi mereka.

Definisi dan skop 

Konvensyen tersebut telah mengkategorikan siapa pelarian dan apakah jenis perlindungan perundangan dan hak-hak sosial yang perlu diberikan kepada pelarian.

Konvensyen 1951 mendefinasikan pelarian sebagai:

“… individu/kumpulan/sesiapa sahaja yang terpaksa meninggalkan negara asal mereka disebabkan ketakutan akan diseksa atas faktor nasional, agama, kewarganegaraan, penglibatan dan pandangan politik serta tidak mendapat sebarang sebarang perlindungan daripada negara tersebut (negara asal mereka)…”

Apakah Kepentingan Konvensyen 1951

Konvensyen 1951 merupakan perjanjian antarabangsa yang pertama bagi melindungi aspek-aspek fundamental pelarian. Ia juga menggariskan satu set hak asasi manusia yang perlu diberikan kepada pelarian. Konevensyen ini juga merupakan satu rangsangan kepada kepentingan tentang kerjasama antarabangsa termasuk kempen berkongsi beban “burden sharing” dalam menangani masalah-masalah global khususnya isu pelarian.

Apakah yang terkandung dalam Konvensyen 1951?

Konvensyen 1951 menggariskan variasi hak yang perlu diberikan kepada mereka. Ini termasuk, kebebasan beragama dan bergerak, hak untuk bekerja, pendidikan dan dokumen perjalanan. Yang lebih penting, negara tidak boleh menghantar pulang pelarian ke negara asal mereka dengan hujah mereka akan berhadapan dengan pelbagai ancaman di negara asal.

Interpretasi Konvensyen 1951, bagaimanapun adalah terhad bagi melindungi pelarian di Eropah dan diluar Eropah pada tempoh masa sebelum Januari 1 1951. Menyedari keterbatasan interpretasi ini telah mewujudkan satu lagi instrumen perundangan antarabangsa berkaitan pelarian yang dikenali sebagai Protokol 1967.  

Apakah itu Protokol 1967?

Protokol 1967 merupakan instrumen perundangan antarabangsa berkaitan perlindungan pelarian yang diwujudkan bagi menyelesaikan keterbatasan interpretasi dalam konteks georgrafi (di Eropah) dan waktu (kejadian yang berlaku sebelum 1951) yang terkandung dalam Konvensyen 1951. Negara yang menandatangani Konvensyen 1951 digesa agar menyetujui Protokol 1967 bagi memastikan pelarian mendapat perlindungan sewajarnya.  

Apakah hak-hak pelarian yang terkandung dalam konvensyen tersebut?
Hak untuk tidak dihantar pulang secara paksa ke negara lain (termasuk negara asal) di mana pelarian tersebut mungkin berhadapan penganiayaan – Artikel 33
Pengecualian/pembebasan daripada sebarang bentuk hukuman dari memasuki mana-mana wilayah/kawasan di negara parti secara tidak sah – Artikel 31
Hak untuk mendapatkan pekerjaa – Artikel 17
Hak untuk mendapatkan penempatan/perumahan – Artikel 21
Hak untuk mendapatkan pendidikan – Artikel 22
Hak untuk mendapatkan bantuan umum/sokongan – Artikel 23
Hak untuk kebebasan beragama dan akses kepada pengadilan – Artikel 4 dan 16
Hak dan kebebasan bergerak – Artikel 26
Hak untuk diberikan status/identiti dan dokumen perjalanan sah – Artikel 27 dan 28
 
Pejabat Suruhanjaya tInggi bagi Orang Pelarian di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR)

UNHCR merupakan agensi yang ditubuhkan di bawah payung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Disember 1950. UNHCR merupakan agensi yang diberi mandat untuk melindungi pelarian dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pelarian di seluruh dunia. Tujuan utama penubuhannya ialah bagi melindungi hak dan kehidupan pelarian. Ia bagi memastikan setiap individu berhak untuk mendapatkan hak perlindungan dan selamat di negara lain dan/atau diberikan peluang untuk kembali ke negara asal mereka secara sukarela, integrasi dan dihantar ke negara ketiga. UNHCR juga bertanggungjawab dalam memastikan setiap pelarian mendapat perlindungan antarabangsa seperti yang terkandung dalam Konvensyen 1951 dan beberapa konvensyen lain berkaitan pelarian. Dalam konteks Malaysia, UNHCR bertanggungjawab mempromosikan hak asasi fundamental bagi setiap pelarian dan pencari suaka dan memastikan mereka tidak dihantar ke negara asal mereka secara paksa, di mana nyawa mereka akan diancam. 

Fokus: Cabaran selepas 60 Tahun

Pada 28 Julai, 2011 merupakan ulang tahun ke-60 Konvensyen 1951. Persoalan yang sering timbul ialah sejauhmana konvensyen (termasuk Protokol 1967) ini masih relevan dan boleh diguna pakai? Walaupun statistik dan landskap migrasi dan pergerakan manusia (khususnya pelarian) di abad ke-21 sudah meningkat dan berubah, Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 masih relevan dan masih diperlukan sebagai pelindung kepada hak dan keselamatan pelarian. Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 telah membantu hampir 50 juta manusia (pelarian) dalam pelbagai keadaan. Di mana sahaja wujud pencabulan hak asasi dan penganiayaan terhadap pelarian, di situ konvensyen ini memainkan peranannya sebagai pelindung kepada mereka.

Tiada ulasan:

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi is...