Ahad, 15 Mac 2020

Seronok

Kerana lumrahnya manusia itu tidak pernah bersedia, maka terjadilah seperti apa yang berlaku semasa peristiwa pendaratan Jepun 1941,

'Tidak seorang pun di kalangan penduduk awam yang menyedari betapa seriusnya keadaan ketika itu. Mereka cenderung menganggapnya sebagai satu keseronokan'. 

Kini sejarah berulang. Tetapi melalui reaksi menerima berita wabak. Ada yang masih tidak menganggap COVID-19 sebagai sesuatu yang serius. Masih ada yang galak melancong ke negara-negara berisiko tinggi. Masih ada yang gemar berhimpun dalam skala yang besar. Masih ada yang pentingkan diri. 

Mungkin kerana, ya, 'mereka cenderung menganggapnya sebagai satu keseronokan'.

Sumber : Kedah Zaman Silam, Dato' James F. Augustine (1996).

Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...