Jumaat, 30 Mac 2018

Selama

"..selama engkau berjuang, menang atau kalah, jaya atau gagal bukanlah persoalan.. kerana berjuang itu juga sudah sebuah kemenangan dan kejayaan..

selama engkau bersabar, dipuji atau dihina, dikatakan kuat atau lemah bukanlah persoalan.. kerana bersabar itu juga sudah sebuah kemuliaan dan kekuatan.. BISMILLAH.."

#BISMILLAH
#Alhamdulillah

Khamis, 29 Mac 2018

DUBAI

Pertama kali jejak.
Tenang. Manusia byk yg cantik2, aku teka sebab tempat org kaya, jadinya manusia bersiap elok dan depa pun cantik, kebetulan pula, aku arrival sama dengan flight dari Russia. Bertambah lah rambang mata. 16hari lepas di Arab Saudi jarang melihat wanita cantik yang terdedah. Tp ni dugaan aku lah ni.
Internet murah nak mampuih DU 55Dirham 200MB
Teleset apa tah 100DAE 1gb.
Kadar tukaran wang 100USD 360 Dirham Arab Emirate.

Rabu, 28 Mac 2018

Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar

Kenapa perlu tergesa-gesa dalam perkara ini. Di akhirnya persoalan yang timbul adalah sejauh manakah pihak berkuasa (Polis dan Jabatan Peguam Negara) akan telus dan adil dalam soal ini.

Sebab kita tahu, tatacara untuk perlaksanaan pihak yang neutral (mahkamah) dalam menentukan kebenaran bermula dengan laporan awam

1. Awam membuat laporan
2. Polis membuka kertas siasatan
3. Jabatan Peguam Negara akan tentukan samada hendak membawa kes ke mahkamah atau tidak
4. Perbicaraan di mahkamah (injunksi boleh dipohon ketika ini)

Jadi akhirnya,pihak yang mempunyai akses kepada kedua sumber ini (iaitu polis dan Jabatan Peguam Negara) berkeupayaan memandu sesuatu perkara ke arah kepentingan mereka.

Persoalannya.

Bagaimana kalau awam membuat laporan seperti

1. Penyebaran berkenaan ‘flat earth’
2. Penyebaran bahaya vaksin

Adakah pihak berkuasa akan melayan tuntutan ini?

Kerana itu RUU Anti Berita Tidak Benar adalah RUU yang absurd, vague dan menafikan keupayaan manusia untuk berdebat secara rasional
Sumber pelbagai Google.

Selasa, 20 Mac 2018

Ahad, 4 Mac 2018

Pattaya Endurance X Bike Week 2018 X Superfriend

Hampir 20 hari dah aku mula menulis entri ni acara keramaian Burapa Bike Week 21st 2018 dah tamat. Walau dah lebih 2 minggu tapi macam baru kelmarin balik, dalam media sosial kawan-kawan maseh dok menayang gambar ride. Seperti biasa buat tahun ke 5 kami hadir tunjuk muka guna jalan darat, dan tahun ke 6 buat Uzainy King Drag. Tahun ni tanpa kehadiran Ghani yang gagal tunjuk muka atas sebab kesihatan, Ghani dah tahun ke 10, Atan tahun ke 18, lama sangat boring, tapi permainan cantik berapa kali pun abang pasti buleh.
 Berapa orang yang tepat aku kira2 tu ada, 33 rider puak PEKETUM yang tunjuk muka tahun ni. Aku, Uzainy King Drag, Insan Sifu Tanah Siam, Safwan Gombak, Zam Motor Sport, Rejab Malay Hard Core,Alif Taiping, Syahrul Tanjung, Shah Fadil Tanjung, Zack Kat Sini, Ucop Design, Icham Kampung Baru, John Pablo 4 President LC Malaysia, Ustaz Omaq, Riz GT, Gee Sip Bath, Nasha Kok Klang Clan, Penyek 125Z KKC, Mat Laban 125Z KKC, Man Wiring, Oun Kulim, Mat Kie Serdang, Abah Serdang, Aku Mad Racing, Raflee Racing, Zuhnun Camera, Acik Vespa, Chik FZ Santai Crew, MK Yon Tamrod, Dan Ipoh Prospect Touring, Emie Gua Musang, Ucop 2T Taiping, Farid LCTC Peketum Borneo dan 4 lagi Rider Pantai Dalam lajak sampai Phnom Penh. Tidak termasuk dengan Din Langgaq Klasik Kedah super degil C70, Am COE Utara dengan GBO J, Am adik Din dengan C70, Bang Amir Norton dengan C70 dan 5 rider lg yang kenai muka tapi tak ingat nama, Malaylakap Alip,Maliki dan 3 lagi deret dari Chiang Kong Golden Triangle, tu nama-nama yang aku ingat tunjuk muka di Booth Peketum. Yang lain ramai lagi tapi aku tak kenal nama. Dalam berkawan biasa tu kenal muka tapi tak kenal nama. Maw di fesbuk pula kenal nama, kenal muka, tapi tak kenal orang. 
Namun dalam sebuah pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, perpisahan yang sangat indah adalah ketika kita bergenggam tangan, dan berjanji, "Kita berkawan untuk selamanya, walaupun jarak yang jauh memisah, waktu yang singkat merumitkan kita, namun diri kalian akan tetap terkenang dalam sanubari".

Sebagai panduan aku perturunkan catatan perbelajaan  Rejab Malay Hard Core. Lengkap dari Taiping ke Hatyai naik Train ke Bangkok. Ride ke Timur Siam , melawat Chang Circuit di Buriram dan ride balik ke Taiping.


Kredit Jab MYHC

BAJET RIDE 14 HARI BURAPA PATTAYA BIKE WEEK 21th❌TOUR TIMUR SIAM 2018
DATE : 7/2/2018 - 20/2/2018
MILEAGE : 4185KM
ROUTE : Taiping ➡ Hatyai ➡ Nakhon Pathom(JesadaTechnikMuseum) ➡ Bangkok (PoonsapMarket) ➡ Chacheongsau(Offroad) ➡ Pattaya(BikeWeek) ➡ Prachin Buri ➡ SaKaeo ➡ Aranyaprathrt ➡ Buriram(ChangArenaStadium, ChangInternationalCircuit) ➡ Ubon Ratchatani(SirindhornLake,TwoColorRiver,SaoChaliang,SamPhanBok) ➡ Mukdahan ➡ Kalasin(LamPaoLake) ➡ Kho Kaen ➡ Buriram(MotoGP WinterTest) ➡ Nakhon Ratchasima ➡ Sara Buri ➡ Ratchaburi ➡ Prachuap Khiri Khan ➡ Hatyai ➡ Pattani ➡ Sadao ➡ Taiping.
*TRAVEL INSURANCE(AIG) = RM87 (14 Hari)
*MOTOR INSURANCE(SIAMCITY) = RM35 (1 Bulan)
*FUEL MALAYSIA R97 = RM38 
*FUEL THAILAND G95 = 2510THB 
*MAKAN = 2575THB
*CHECK-IN = 1200THB (6 Malam)
*SERVIS MOTOR = 410THB
*NATIONAL PARK = 400THB (Tiket)
*SOUVENIR = 2000THB
*TRAIN HATYAI ➡ NAKHON PATHON = 825THB(Katil)+1090THB (CargoMotor)+40THB (Tali)+300THB (UpahKargo),
TOTAL TRAIN = 2255THB
THAILAND = 11350THB (RM1409)
MALAYSIA = RM160
TOTAL 14 HARI = RM1569 





































































































Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...