Jumaat, 18 November 2016

Demi Masa

"..jika tangan kanan memberi, tangan kiri jangan sampai tahu.. begitu ajaran dan hikmah suci para Nabi dan para Waliullah terpuji.. justeru berbanyaklah memberi, walau tidak pernah dihargai sekalipun.. kerana sesungguhnya ilmu dan ibadah itu harus diamalkan, bukan dipertontonkan atau dipersombongkan.. biarpun nanti orang mencari jalan untuk mencela dan menghinakan mu, maka tetapkanlah kesabaran di dalam hati mu..

sesungguhnya kita tidak mati dengan celaan orang, tidak pula hidup dengan pujian orang.. kita hidup dengan rahmat dan rahsia ALLAH, Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengadili.. Tuhan yang Maha Kaya dari segala sesuatu, lagi berkehendak dan bergantungan sekalian kita kepada-NYA.. justeru mengapa peduli kepada orang-orang pembenci dan pencaci cela yang bakal mati..?

jadikanlah lidah dan hati mu sebagai kendara dzikrullah dan sholawat ke atas kekasih-NYA, jangan jadikanlah lidah dan hati mu sebagai kendara caci cela dan perasangka.. bilapun orang membenci dan memusuhi mu, diamlah dan doakanlah kebaikan baginya.."

#MarhaenSangPejalanWaktu
#AnakJawi
#BISMILLAH
#WANJI


Rabu, 9 November 2016

MENGAPA MR SOKONG TRIUMPH



KENAPA?
Triumph berfahaman kanan;
Triumph rasis;
Triumph anti imigran;
Kenapa sokong Triumph?.

MR sokong Triumph;
Kerana Triumph dilihat jelas;
Triumph sosok kanan yang radikal;
Dilihat dasar kanan jelas;
Dilihat sikap rasis jelas;
Tidak menyamar;
Tidak menyorok;
Tidak berselindung.

Kamu sedar atau tidak;
Bush dua beranak;
Bersama Clinton;
Mengebom dan membunuh;
Warga dunia;
Tapi Obama seorang sahaja;
Membunuh dan mengebom;
Lebih dari jumlah 3 presiden ini.

Itu bahaya kulit hitam;
Yang digunakan untuk;
Buat kerja jahat;
Lebih jahat dari kulit puteh.

Hillary adalah calon pilihan wall street;
Kini tim neo konservatif;
Telah masuk sokong Hillary;

Justeru dunia dalam bahaya ;
Lebih banyak BAHAYA datang dari Hillary;
Hillary yang bermuka muka;
Bahaya besar datang dari presiden;
Yang dianggap liberal;
Kita telah lihat Obama mengebom;
Lebih banyak negara;
Membunuh lebih banyak;
Rakyat dunia dari  jumlah tiga presiden.


DASAR TRIUMPH
Tidak sokong perang di Syria;
Tidak sokong tppa di asia;
Tidak sokong ttip di eropah;
Tidak mahu bermusuh dengan Rusia;
Tidak mahu bermusuh dengan China;
Mahu berniaga dengan Rusia;
Mahu berniaga dengan China;
Tak suka kerajaan Saudi Arabia;(dia kan Kapir,memanglah).
Tak minat dengan NATO.

Amerika untuk Amerika;
Tentera amerika pertahan Amerika.

Buruh amerika didahulukan;
Bukan pendatang haram dari Mexico;
Bukan pendatang haram dari Pakistan;
Bukan pendatang haram dari Negara Afrika;
Bukan pendatang haram dari Bangladesh.

Kilang dan syarikat Amerika;
Beroperasi di Amerika;
Bukan di China;
Bukan di Vietnam;
Bukan di Malaysia.

RASISMA TRIUMPH
Sikap rasis triumph;
Tidak menyentuh kita;
Melainkan kita masuk secara haram cari kerja di Amerika.

MAKNA NYA
Lebih baik Berahim Ali;
Dengan dasar kanan yang jelas;
Lebih baik Ahmad Maslan;
Dengan cakap bodoh yang jelas.

Lebih baik Namewee;
Lebih baik Tan Ken Liang Gerakan;
Yang jelas anti melayu;
Yang tak sedar hidup di tanah melayu;
Dari Riduan Tee;
Dari Sangkaran Pillay a.k.a Chandra Muzafar;
Yang menyamar melayu;
Mereka lebih bahaya.

dipetik dan diubahsuai dari TT.

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...