1. Tadi abang baru baca berita eksiden membabitkan 4 kenderaan (2 Myvi, 1 Alza dan 1 lori 5 tan) kat Gua Musang. Ditolak pemandu lori dan kelindan yang cuma cedera, 3 kereta lain mencatatkan 7 kematian.
2. Daripada 7 kematian itu, 3 mangsa yang maut ialah kanak-kanak berusia 4 tahun, 5 bulan dan 1 bulan.
3. Budak 1 bulan baru pandai pejam-celik-nenen-berak, budak 5 bulan pula sudah pandai meniarap, mengekek gelak dan toleh muka bila kita panggil nama dia, manakala budak 4 tahun sudah pandai merajuk, mengamuk, buat lawak, tengok kartun, menyanyi, bercerita, takut, marah, bergusti, melompat dan macam-macam. Ini usia ligat yang penuh kenangan manis bagi semua ibu bapa seluruh dunia.
4. Kalau hang memang ada anak usia macam tu, hang bayangkanlah macam mana rasa hilang depa semua sekelip mata. Rumah hang yang sebelum ni kecoh dan hang pula kadang-kadang naik angin sebab anak-anak duk jadi otromen, tapi tiba-tiba suatu hari dunia hang jadi sunyi sepi.
5. Lagi empat mangsa maut ialah 3 orang muda berusia 29 tahun dan seorang 41 tahun. Mereka mungkin ibu dan ayah atau saudara kepada mangsa budak di atas. Mereka mungkin orang hebat dan harapan utama mana-mana kompeni atau organisasi. Mereka mungkin bos yang bagi makan ramai pekerja. Mereka mungkin anak tunggal sepasang ibu bapa tua di kampung.
6. Sekarang hanya air mata menemani sanak saudara yang kehilangan ahli keluarga mereka. Yang pergi takkan kembali, hanya kenangan jadi ingatan.
7. Puncanya, drebar lori masuk laluan bertentangan dan merempuh kereta mangsa. Abang drebar akan didakwa di mahkamah dan pasti disaman. Silap haribulan lesen boleh ditarik. Dan kalau lesen ditarik, eksiden itulah kali terakhir dia jadi drebar lori.
8. Tidak pasti apakah punca kejadian sebenar, apa yang pasti, rata-rata punca utama eksiden di Malaysia ialah sikap pemandu. Ya, pemandu itu kita semualah. Pernah dengarkan ungkapan, sesaat tidak sabar seumur hidup menderita.
9. Sesaat kita tidak sabar menunggu lampu hijau, kita mungkin membunuh diri sendiri atau menyebabkan sekeluarga maut. Sesaat kita tidak sabar memotong kenderaan depan yang terhegeh nak masuk lorong, kita mungkin menghentam tepi kereta mereka dan kita mungkin terbabas ke laluan sebelah, lalu berguling-guling hingga menyebabkan sekeluarga tercampak keluar ke tengah jalan. Sesaat tidak sabar guna lorong kecemasan, bila 1,000 kereta buat benda sama, ambulans boleh lambat 16 minit (baru sesaat ye).
10. Tahu tak jumlah maut akibat eksiden dalam setahun di Malaysia adalah sama banyak dengan mangsa perang Iraq pada zaman penjajahan Amerika era Bush dulu? Tapi biasalah, hang ingat eksiden di Malaysia biasa-biasa saja.
11. Tahu tak jumlah eksiden maut kita tinggi? Siapa kat sini yang tak pernah ada sedara atau kawan yang mati eksiden? Walaupun mungkin tak pernah kena kat keluarga sendiri, tapi hang mesti pernah dapat tau atau dengar berita pasal mati eksiden membabitkan kawan ofis, sedara kawan, anak menakan bos, kawan sepupu dan macam-macam orang yang ada kaitan dengan orang yang hang kenal.
12. Perasan tak kalau hang dengar berita kematian membabitkan orang muda (20-40 tahun), biasanya sebab apa? Kalau tak sebab sakit jantung, mesti sebab eksidenkan?
13. Ya, negara kita ni memang dah kronik dengan eksiden maut. Tapi hang peduli apa sebab tak pernah kena batang hidung sendiri. Hang rasa, takkanlah kena kat famili aku kot. Bila terkena, hang marah kat sikap drebar yang buat hang hilang segalanya. Tapi tak mustahil juga hanglah yang buat orang lain hilang segalanya yang depa ada.
14 . Bab sembang politik kita memang hebat. Anti rasuah, anti korupsi, mahu kerajaan bersih. Tapi tahukah anda, tiada negara maju dalam senarai 34 negara yang masuk zon merah kemalangan maut terbanyak dunia (termasuk Malaysia). Rujuk: http://www.worldlifeexpectancy.com/cause-of-death/road-traffic-accidents/by-country/
15. Maknanya apa? Kita jangan mimpi dapat kerajaan bersih dan jadi negara maju yang real selagi kita tak ubah sikap di jalan raya dan keluar dari zon merah kemalangan maut dunia.
16. Tapi tak apalah, kita buatlah apa yang kita rasa betul. Jangan peduli orang lain. Lagipun kitakan pembayar cukai jalan. Dan bukan keluarga kita pun yang matikan?
#pandulajuprihatin #pandulajudotcomdotmy #tekanpedaldanjanganstres
Tiada ulasan:
Catat Ulasan