Aku terpanggil mensuaipadan tulisan mengenai 1MDB di dalam blog aku ini untuk rujukan anak cucu aku nanti. Kamu jangan tersilap apabila membaca politik Malaysia. Malaysia negara kita ini adalah negara dan Dunia Ketiga. Memang betul ketika tulisan aku ini digarap (2015) kita telah ada LRT, memang betul kita ada KLIA, memang betul kita ada KLCC - semua betul. Tetapi semua ini hanylah infrastruktur - semua ini bangunan. Bangunan-bangunan ini bukan lembaga yang melahirkan nilai tamadun - budi bahasa.
Nilai tamadun yang aku maksudkan ini adalah nilai menghayati salah benar. Nilai apa yang betul dan apa yang tidak betul. Dalam agama nilai ini diistilahkan kepada apa yang halal dan apa yang haram atau dilarang.
Kes dana 1MDB ini membukakan pekong kita semua. 1MDB ini adalah pekong yang terpampang dimata. Pekong ini sedang memaksa kita menilai diri kita sendiri. 1MDB sedang memaksa rakyat Malaysia memilih antara kejujuran dan pembohongan. Antara kebenaran dan kekufuran. Antara yang hak dengan yang batil.
Memang betul sebelum kes 1MDB meledak terbuka ada kes Bank Bumiputera Hong Kong (1983), kes Perwaja (2002), kes PKFZ (1999). Tetapi 1MBD ini bukan Bank Bumi, bukan PKFZ . Hakikatnya Bank Bumi, PKFZ, PEWAJA - semua adalah rompakan harta negara. Tetapi amat berbeza dengan rompakan 1MDB.
1MDB ini kes penyundalan yang maha besar. Kes penyundalan duit orang ramai yang maha hebat. Jumlah yang amat amat memeranjatkan. Sebanyak 42 bilion ringgit lesap gelap. Ini satu rompakan sundal yang dikatakan oleh media ianya dirancang oleh dua makhlok laki bini - Rosmah dan Najib (baca Rosmah 1st Lady dan Najib Perdana Menteri).
Dua makhlok ini bersekongkol dengan seorang jantan Cayanun bernama Jho Low. Dua makhlok ini dibantu juga oleh pelbagai jenis manusia - ada yang berDatuk, ada berTan Seri, berijazah dan berdiploma - berbijak dan berpandai dalam hal jual beli.
Jantan Jho Low ini dibantu pula oleh jaringan ahli perniagaan yang ‘luar dari biasa’ untuk mengendalikan satu rompakan yang teratur dan tersusun. Licik dan resmi - siap dengan surat bersurat yang legit. Termasuk nama Bank dan Syarikat Guaman yang gah. Memang bukan kecik anak punya kerja. Ini rompakan bergenre global yang sering dilakukan oleh ‘perompak suci’ keatas negara Dunia Ketiga.
Hasilnya - bukan Bang Chaq King C9 Katong saja yang tidak faham salasilah dan susur galur perjalanan berjuta bilion duit 1MDB ini. Aku sendiri pun tidak memahami secara tuntas.
Ini kerana rompakan ini berjalan dalam bentuk perniagaan yang licik. Diatas kertas perniagaan ini dilihat resmi. Ia bermula dari Terangganu - ke Kuala Lumpur ke Dubai, ke Saudi, ke Swizerland, ke London, ke New York dan akhirnya ke dalam bank akaun AmBank no : 211-202-201-1880 dan 211-202-201-1906.
Akuan di AmBank ini telah menerima duit sebanyak 700 juta dolar Amerika bersamaan dengan nilai 2.6 bilion ringgit Malaysia. Akaun ini mengikut laporan media dimiliki oleh seorang lelaki bernama Najib Razak. Berapa kali aku baca tapi aku masih tidak percaya.
Lelaki bernama Najib bin Razak diatas kertas disahkan sebagai suami kepada Rosmah Mansor. Lelaki yang bernama Najib Razak ini juga sah bekerja sebagai Perdana Menteri dan Menteri Keewangan Malaysia. Najib Razak ini juga sah bertugas sebagai Pengerusi Lembaga Penasehat 1MDB.
Dari sini aku mula faham dan jelas. Aku harap pembaca juga akan mula faham. Tetapi aku tidak mahu percaya bulat-bulat.
Number akaun pribadi di AMBank itu sah dimiliki oleh Najib bin Razak. Berapa kali aku baca di media sosial lain. Dan aku masih tidak percaya.
Ada dua pekara yang wajib aku suaikan disini. Pertama: Membuka bank akaun di AmBank atau di mana-mana bank bukan satu jenayah. Kedua: Menerima masuk duit dalam bank akaun peribadi BUKAN satu jenayah.
Kalau semua bukan jenayah - apa yang menjadi kesalahan Najib Razak? Sabar dulu nanti aku jelaskan dari sumber media sosial.
Apa yang memeranjat ialah pada 4 Julai 2015 MalaysianInsider telah melaporkan berita satu serbuan yang telah dijalankan atas arahan Peguam Negara keatas anak syarikat 1MDB. Anak syarikat ini ialah - SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Peguam Negara bersama SPRM, PDRM dan Bank Negara adalah badan resmi yang ditubuh sebagai Badan Petugas Khas untuk menyiasat kes 1MDB termasuk kes duit masuk ke dalam akaun pribadi Najib Razak.
Bila Badan Pertugas Khas ini diwujudkan aku tak tahu. Tetapi apa yang aku tahu badan ini mula mendapat liputan media tempatan apabila sebuah akhbar - The Wall Street Journal (WSJ) yang berpusat di New York membuat laporan tentang Malaysia. Laporan ini antara lain telah menunjukkan duit sebanyak 700 juta dolar telah masuk ke dalam bank akaun Najib Razak.
Rupa-rupanya Najib Razak yang dimaksudkan oleh WSJ itu ialah Perdana Menteri Malaysia. Maka Najib Razak meledak marah. Najib mahu menyaman akhbar WSJ ini. Heboh satu Malaysia. Lebih heboh dari Jom Heboh. Tapi nampaknya heboh Najib ini hanya ‘ hot hot chicken shit’ - hangat hangat tahi ayam. Sampai hari ini (6 Ogos 2015) Najib Razak TIDAK menyaman akhbar Wall Street Journal.
Jika TIDAK disaman maknanya apa yang ditulis oleh WSJ adalah betul, tepat dan bukan fitnah atau tohmah. Jika fitnah atau tohmah pasti Najib Razak yang dibogelkan oleh WSJ sebagai penyamun dan perompak dimata dunia akan menyaman.
Itu pasal aku hairan kenapa ramai kena tangkap, masa hari demonstrasi menuntut Najib Razak didakwa di Kolumpo hari minggu lepas (aku ke Siam bersosial). Duit berbilion bilion masuk ke akaun Najib Razak - kenapa ramai kena masuk lokap Jinjang? Aku tidak faham?
Membuka bank akaun tak salah. Masuk duit dalam bank akuan tak salah. Jadi apa sebenarnya yang salah. Apa kesalahan Najib Razak yang bagitu besar hinggakan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diterajang keluar. Muhyiddin diterajang keluar kerana mahu bertanya secara terbuka - tentang duit 1MDB 2.6 bilion ringgit yang hilang lesap.
Kesalahan Najib Razak ialah PECAH AMANAH. Kes 1MDB ialah kes pecah amanah. Aku tidak faham.
Bukti kesalahan ini telah ditemui dan dikumpulkan oleh Badan Pertugas Khas. Duit 700 juta dolar atau 2.6 bilion ringgit yang masuk ke dalam akaun Najib ini berpunca dari anak syarikat 1MDB. Syarikat 1MDB ini milik kerajaan maka anak syarikat 1MDB juga pastilah milik kerajaan. Syarikat milik kerajaan bermakna duit modal menubuhkan syarikat 1MDB ini datang dari kita semua - dari duit cukai rakyat.
Adalah satu kesalahan pecah amanah jika duit syarikat - milik kerajaan atau milik swasta - masuk ke dalam akuan pribadi kita - selain dari gaji atau menerima upah.
Mustahil 2.6 bilion ringgit ini duit gaji Najib Razak yang bertugas sebagai sebagai Pengerusi Lembaga Penasehat 1MDB. Lalu aku bertanya berbilion masuk ke dalam akaun Najib kenapa ramai pulak masuk lokap?
Pada ketika aku mensuaipadan tulisan ini Najib Razak untuk sementara waktu telah selamat. Najib telah menendang Muhyiddin Yassin dan melantik Zahid Hamidi sebagai ganti. Badan Penyiasat Parlimen - PAC - juga telah ‘ dirosakkan ‘ oleh Najib. Empat ahlinya telah dilantik masuk menjadi Menteri. Peguam Negara telah diberhentikan secara tetiba.
Tetapi yakinlah kes 1MDB ini tidak akan hilang dari tajuk perbincangan orang ramai. Semua orang akan terus bertanya duit sebanyak 2.6 bilion ringgit itu ke mana hilangnya?
Eh kemana lagi RM39.4Billion.
:Dipetik dan diubahsuai dari sumber Google.