Isnin, 27 Oktober 2014

PEMIMPIN KAMU WAJAR

Batang tubuh yang terbiasa hidup susah. Kenal erti beras segantang, ikan gelama masam sekati, wajar jadi pemimpin kala ini. Tidak mungkin anak bangsawan yang tercalar dek lalang sudah masuk ke wad di hospital kelas pertama boleh jadi lebih kuat dan lagi kreatif berbanding anak kampung yang biasa jatuh dari pokok mempelam, juga terbiasa disengat tebuan dan hanya diubati dengan ludahan air liur, dan terus bangkit berjalan sendiri.

Last Call Rider Krabi Bike Week 2014





Sila ambil maklum. Rider Kap Krabi Bike Week 2014 Sotong Kering Gelama Masam. Maw ada lagi hat malu2 tak maw habaq awai, kes raja sanggui atau mak tak bg surat awai. Nak follow jugak sila prebet mesej pakcik jaga koperasi Malay Regime mola ride hari jumaat (7hb). pakcik jaga stor sukan Mohd Insan Nul Kamil mola ride khamis (6hb). Buleh kut ejas tang2 mana walkin bila sampai sana. 

Ulangan lagi berapa kali taktaw:- Untuk laksana sesuatu perkara dalam hidup. Kena ada 3 pengorbanan. Mola2 Masa, Paihtu Wang Ringgit, Hat kemereh Usaha untuk berjaya.

Kerosakan Kasar.
Insuran RM16.00
Minyak P balik dari border (standard LC135) RM80.00
Makan RM60.00
Tambang RM100(3 hari 2 malam).
-----------------------------------------
=RM256.00.
-----------------------------------------
Pilihan adalah Island hoping (8hb) untuk RM50.00 ke 5 pulau, dari 8.00 pagi - 6.00 petang, buleh berhubung dengan warden blok asrama L  Rafflesia Awy Laksmana.
 Sekian. 

Jumaat, 24 Oktober 2014

Peduli Pada Kamu

BAHAGIA ITU SEDERHANA.

Mendengar keluhan bini, bererti aku masih punya famili.

Mendengar ayah dan mak menegur  bererti aku masih punya mak ayah.

Berasa letih menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

Berasa letih setiap hari selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan meng iron baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mencuci tandas, itu bererti aku memiliki tempat tinggal

Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendengar bunyi tangis anak itu bererti aku masih bisa mendengar.

Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu bererti aku masih hidup.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.

Semoga anda yang membaca pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan  kedamaian.

c&p.

Rabu, 22 Oktober 2014

FINAL RESULT PERLIS BIKE JAM 2014

MOTORRACE

SUPERKAPCAI 
JOHAN 
MOHD IZUAN ABD GHANI  (28) / 0174877502
GABAN GGR MOTORSPORT PERLIS

KEDUA 
MOHD AZMAN MOHD ZABIDI (49) /0164189858
JNE RACING TEAM PENANG

KETIGA 
MOHD FAIZAL (48) /0174246559

KEEMPAT
MOHD AZRI HARIS ABD FATAH (12) /0195225717
BLS SMR KOYOKO, PENDANG KEDAH

KELIMA 
MOHD AZRAN MOHD ZABIDI (36) /0164189858
JNE RACING TEAM PENANG

KEENAM
MOHD RIDZUAN MOHAMMAD (18) /0165203878
JNE RACING TEAM

KAPCAI OPEN
JOHAN 
MOHD RIZUAN MARZUKI (46)
GABAN GGR MOTORSPORT PERLIS

KEDUA
MOHD IZZAT IZANI ILYAS (16) /0142502616
SIMPANG 3 RT PERLIS

KETIGA
MOHD SYAMIL ABDUL AZIZ (25) /0174976819
AZ-MOTOR

KEEMPAT
MOHD AZRI HARIS ABD FATAH (13) /0195225717
BLS SMR KOYOKO, PENDANG KEDAH

KELIMA
ISMAIL SALLEH (38) /0122030259
MK7,PERMATANG RAWA B.M. PENANG

KEENAM
MOHD FARREEZAL (26) /0124161358

PENYERTAAN
WAN MOHD YUSUF WAN MAN (39) /0124626040 
MAN MOTOR PERLIS

SUPERMOTO
JOHAN
YAZID BIN AHMAD (22) /0194665930
ART MOTORSPORT PENANG

KEDUA
AHMAD KHAIRULNIZAN KHOZAI (19) /0133571932
ART MOTORSPORT PENANG

KETIGA
ZAIM JAMALUDDIN (33)
ART MOTORSPORT PENANG

KEEMPAT
SHARUDDIN MANSOR (21) /0194756641
ART MOTORSPORT PENANG

KELIMA
AZHAR HAMID (47) /0194474569
ART MOTORSPORT PENANG

KEENAM
SHAHRULLAH SHAFIE (43)
KATONG MC

MOTORSHOW

KLASIK/RETRO
JOHAN
WAN NOR RIDZUAN (CQ 1186) /0125042132
UTAN AJI TEAM

KEDUA
MOHD HUSRI MOHD NAPIAH(AN8093) /0174187120
KAPCAI KANGAR

KETIGA
MOHD TAUFIQ (WAA4841) /0124548203
APRD

PENYERTAAN
MOHD NIZAM (R4408) /0195731300
KAPCAI KANGAR

AIZRIAN ROSLI (KA5843)/0112418900
TEAM LADANG BIKE

MOHD HAFIZ HALIM(KAJ6554) /0124181609
COE PERLIS

MOHD SHUKRI (KDE3747) /0176324932
COE PERLIS



MODIFIED/KASTEM PAINT
JOHAN
MOHD HABIBULLAH (RJ1395) /0174677028
PERLIS

KEDUA
MOHD NOR BADRULHISHAM (RJ7413) /0125966986
ARAI 

KETIGA
HAFIZ (KCU2208) /0175340947
BMC

BEST OF STREET CUB

MOHD AIZAT KS 6422 /0175147270
ART MOTORSPORT PENANG



Selasa, 21 Oktober 2014

BEZA AKU DENGAN KAPIAQ


Dalam kesibukan membincangkan isu sentuh anjing, kita jangan lupa mengingati diri bahawa ada isu yang lebih besar yang dibangkitkan oleh al-Quran berhubung dengan anjing, iaitu ULAMA YANG BERSIKAP BAGAIKAN ANJING. Ini al-Quran sebut dalam Surah al-A'raf ayat 175-176.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Isnin, 20 Oktober 2014

MINUM ARAK TAK MABOK POLAK



Air ketum
hasil dari rebusan daun ketum
air ketum ini menjadi ubatan
menghilangkan lengoh
menghilangkan sakit sendi
menghilangkan sakit urat
air ketum telah diminum
oleh nelayan
oleh pesawah
yang bekerja keras
membanting tulang

sejak kurun berkurun
air ketum telah digunakan
dalam ubatan melayu tradisional

memang betul 
air ketum boleh disalah gunakan
semua yang wujud dalam dunia
ini boeh disalah gunakan
pisang masak pun boleh disalah guna
kalau disapu  dengan kaca halus
untuk dijadikan racun



apa yang wajib dilakukan
ialah kajian ilmiah tentang ketum
kemudian dipasarkan

kalau menentang air ketum kerana mabuk
maka persoalan timbul
kenapa beer air anggur whisky dan brandy
masih ada terjual
apakah kerana pemiliknya
syarikat gergasi antara bangsa
maka TIDAK siapa berani mencadangkan
agar kilang ini ditutup

hanya berani kepada daun ketum
hanya berani lawan orang kampong
kaum kapitalis international tak berani

lihat bagaimana tongkat ali
lihat bagaimana kulit manggis
telah dikaji dan dipatenkan
oleh syarikat multinasional
dan dijual kembali kepada kita

kenapa kita tidak botolkan air ketum
saperti gandum dan barli
menjadi beer dan  stout

jangan bunuh perniagaan tempatan
ini adalah perniagaan asli orang melayu

:-sumber lebai google.

Khamis, 9 Oktober 2014

LETUPAN BOM DI BUKIT BINTANG

740104846_9418768292127471828
Satu letupan disyaki hand grenade meletup di hadapan kelab malam Chery Blossom. Insiden tersebut berlaku pagi tadi jam lebih kurang 4.30 pagi khamis telah mengemparkan penduduk sekitar. Pihak Polis menerima panggilan dari seorang lelaki Cina yang memaklumkan berlaku letupan di hadapan bangunan Dun Complex terus bergegas ke lokasi kejadian.
Hasil siasatan
1. Sehingga kini terdapat 10 orang cedera ( 8 lelaki Dan 2 perempuan)
2. Letupan disyaki bom hand grenade ( telah disahkn oleh Unit Bom dan Forensik )
3. Terdapat 4 Kereta Ada kesan sprinter letupan,
Senarai nama mangsa yang dirawat di Hospital Tong Shin:
1.Lim Soon Hock (L)
KPT: 631210-07-5045
2.Teoh Keow Meng (L)
KPT: 740710-07-5167
3.Yaw lee Hock (L)
KPT: 730530-06-5181
4.Revindran chitavelu (L)
KPT: 650717-04-5391
5.Jasu (L/Thailand)
No passport: Y844674
6.Wong Kim Teng (L/Singapura)
No passport: S0843417D
7.MA Yunfeng (P/China)
No passport: E19669631
8. YONG Jiaqin (P/China)
No passport: belum diperolehi
9. WONG Kim Teng (L/Singapura)
No passport: S0843417D
10.TIONG KWANG YIE(L)
KPT: Belum diperolehi
4 buah kereta yg ada kesan sprinter letupan:
1. WVL168 Toyota alphard warna putih
2. WTT8999 Toyota Camry warna putih
3. WTV36 BMW325i warna putih
4. WXJ333 Mazda2 warna kelabu.
*MALAYSIA MASIH AMAN.

Selasa, 7 Oktober 2014

D.I.Y Generation

Kurang lagi seminggu dari tarikh ni, Kami aturkan suatu acara keramaian di Utara Semenanjung Malaysia. Bila di tanya untuk apa, aku katakan. Kami D.I.Y Generation. Kami tidak menunggu lagi. Kami Tahu Buat!.
cari kami di facebook.















Rabu, 1 Oktober 2014

PERLIS BIKE JAM 2014


P-ONE PERLIS BIKE JAM 2014
TARIKH: 12 OKTOBER 2014 / AHAD
TEMPAT: LITAR GO KART UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS.
TIADA SEMPADAN DALAM PERSAHABATAN.
BERSAMA MELAWAN KEGANASAN,GANGSTERISM,DADAH.
SUATU ACARA PERLUMBAAN MOTORSIKAL AMATUR & MOTORSIKAL CANTIK.
KATEGORI LUMBA MOTORSIKAL UNTUK KAPCHAI,SUPERMOTO, & KTM SAHAJA.
UNTUK MENJAMIN KELAS YANG BERSTRUKTUR DI PERUNTUKKAN PERATURAN SEPERTI BERIKUT:-
SYARAT MOTORSIKAL JENIS KAPCAI 4 LEJANG.
1) KATEGORI KAPCAI STANDARD 128CC DAN KEBAWAH
(SILENT RACE)
*HONDA WAVE 125 DAN MODENAS GT 128 STANDARD KILANG SAHAJA
*HONDA EX5,WAVE 100,YAMAHA,MODENAS,SUZUKI (KECUALI FX125), DEMAK,NIMOTA DAN SEANGKATAN DENGANNYA ADALAH DIBENARKAN UNTUK MODIFIKASI KARBURATOR.
*PENGGUNAAN FOOT REST RACING UNTUK SEMUA MOTORSIKAL ADALAH DIBENARKAN.
*AKSESORI DIBENARKAN UNTUK DITANGGALKAN
*PENGGUNAAN TAYAR TRACK ADALAH DIBENARKAN
*WAJIB EKZOS STANDARD KILANG.
2)KATEGORI KAPCAI OPEN
*SPEC CUB PRIX CP115.
3)KATEGORI SUPERKAPCAI
*YAMAHA LC135,SUZUKI FX125,SUZUKI BELANG 150.
*MODIFIKASI ADALAH TIDAK TERHAD.
4)SUPERMOTO OPEN
*MODIFIKASI ADALAH TIDAK TERHAD.
5)KTM OPEN
*MODIFIKASI ADALAH TIDAK TERHAD
*PANJANG TRACK 1.2KM.
*12 LAP (9 KIRI, 3 KANAN)
*STRAIGHT 200M+-
*LAWAN JAM
SYARAT PAKAIAN
RIDER WAJIB MENGENAKAN PAKAIAN LUMBA LENGKAP UNTUK MEMINIMAKAN KECEDERAAN ANDAI BERLAKU KECELAKAAN.
SYARAT INSURAN NYAWA
RIDER PERLU MEMPUNYAI POLISI INSURAN NYAWA SEBELUM DIBENARKAN BERLUMBA.SILA BAWA BERSAMA SURAT POLISI INSURAN RIDER PADA HARI PENDAFTARAN.
**UNTUK MAKLUMAN TUAN-TUAN JUGA BOLEH DAPATKAN PERLINDUNGAN INSURAN NYAWA YANG BERSESUAIAN DI PEJABAT POS BERHAMPIRAN TUAN-TUAN.
****PADA RIDER YANG TIDAK MEMBAWA SURAT / KAD POLISI INSURAN DIRI SENDIRI.PERLU MEMBUAT BAYARAN TAMBAHAN RM20.00.
MOTORSIKAL CANTIK
1)BEST OF STREET CUB
2)BEST OF KLASIK / RETRO
3)BEST OF MODIFIED / KASTEM PAINT.
+RIDER MOTORRACE SILA BUAT PENDAFTARAN AWAL.
++PIHAK KAMI AKAN MENAMBAHBAIK PERATURAN DARI SEMASA KE SEMASA,UNTUK MEMBERIKAN PERLUMBAAN ADIL KEPADA SEMUA.
YURAN RM100.00-MOTORRACE
RM 30.00-MOTORSHOW
TENTATIF:
11OKTOBER 2014 (SABTU)
5.00 PETANG- 7.00 PETANG PENDAFTARAN.
12 OKTOBER 2014 (AHAD)
7.30 PAGI-8.30 PAGI- PENDAFTARAN
8.00 PAGI-10.30 PAGI- FREE PRACTICE
10.50 PAGI SARINGAN MOTORRACE-UNTUK POSITION FINAL
a)KAPCAI STANDARD-11.00 PAGI (5 LAP)
b)SUPERMOTO OPEN-11.15 PAGI (5 LAP)
c)KAPCAI OPEN-11.30 PAGI. (5 LAP)
d)SUPERKAPCAI OPEN-11.45 PAGI (5 LAP)
e)KTM OPEN-12.00 TGHHARI. (5 LAP)
1.50 PETANG- FINAL MOTORRACE
a)KAPCAI STANDARD-2.00 PETANG (10 LAP)
b)SUPERMOTO OPEN-2.30 PETANG (10 LAP)
c)KAPCAI OPEN-3.00 PETANG (20 LAP)
d)SUPERKAPCAI OPEN- 4.00 PETANG (20 LAP)
e)KTM OPEN-5.00 PETANG (20 LAP)
4.00 PETANG- FINAL MOTORSHOW.
(PENDAFTARAN DI TUTUP UNTUK MOTORSHOW)
6.3OPETANG- PENYAMPAIAN HADIAH.
*KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD.
INFO:-MADDUHA 0123060911

OBAMA, ISIS DAN PERANG

AWAS!
 PENGGANAS DUNIA   SEDANG BERADA
DI BELAKANG  
RUMAH ANDA

OBAMA, ISIS DAN PERANG

"There can be no reasoning — no negotiation — with this brand of evil. The only language understood by killers like this is the language of force. So the United States of America will work with a broad coalition to dismantle this network of deathUcapan Presiden Barack Obama di PBB minggu lalu -

Warga Malaysia mengetahui perang sedang berjalan di Syria, Libya, Pakistan, Irag dan Afghanistan. Kita semua mengetahui perang akan membawa kematian, kemusnahan dan kesangsaraan. Perang yang sedang berjalan sekarang ini kelihatan tidak berkesudahan malah dilihat sedang merebak.
Kapal terbang - drone - tanpa pemandu - telah bertahun-tahun mengebom Utara Pakistan dan Afghanistan. Rakyat Pakistan sebenarnya sedang diserang hanya serangan iniTIDAK diumumkan sebagai perang saperti di Iraq, Libya atau di Syria.
Dalam kancah perang kita melihat bagaimana teknoloji terkini tercanggih terulung terbaik dari fikrah manusia digunakan untuk melakukan kerja terjahat.
Perang Dunia Pertama 1914-1918 telah meragut hampir 20 juta nyawa warga Eropah. Perang Dunia Kedua 1941-1945 telah meragut 60-80 juta nyawa. Ini bersamaan 2.6% jumlah warga dunia pada ketika itu. Dalam Perang Dunia Kedua Rusia sahaja telah kehilangan 20 juta rakyat. Jika diambil jumlah 20 juta yang gugur maknanya Malaysia hari ini hampir tak berorang.
Ketika perang dunia kedua pecah penduduk Tanah Melayu berjumlah 4.391 juta orang. Dalam perang Jepun ini seramai 100,000 warga telah tewas. Ini bersamaan 2.28% dari jumlah penduduk Tanah Melayu ketika itu.
Lalu persoalan timbul – kenapa ini berlaku? Kenapa perang pecah? Apa sebenarnya latar belakang dan sebab musabab yang melahirkan perang.
Perang ialah perebutan kuasa. Perang ialah perebutan tanah jajahan. Perang ialah perebutan punca-punca ekonomi. Perang ialah perebutan pasaran. Perang ialah perlawanan antara dua kelas – kelas yang ingin menindas dan kelas yang ingin bebas. Justeru perang dari semenjak zaman berzaman semuanya berasaskan perebutan harta kekayaan.
Dalam sistem ekonomi kapitalis yang kiblatnya bukan kesejahteraan umat tetapi keuntungan maksima maka perang akan terus wujud. Dalam sistem ekonomi kapitalis ini perang ialah rukun imannya. Selagi sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan perebutan punca-punca ekonomi wujud maka bencana perang akan terus wujud.
Hari ini kuasa ekonomi dan kuasa tentera masih dimiliki oleh Amerika Syarikat. Bala tentera dan soldadu Amerika kini ditempatkan di seluruh dunia. Amerika memiliki 700 pengkalan tentera - laut darat udara - yang berselirat dikeliling dunia. Justeru Amerika kini sama saperti Rom satu ketika dahulu - sebuah EMPIRE.
Bala tentera yang berselirat ini bertujuan untuk memastikan kepentingan ekonomi kaum pemodal multinasional akan terus mendapat keuntungan maksima. Ini untuk memastikan perniagaan kaum pemodal tidak diganggu gugat. Ini untuk memastikan 1% warga dunia – elit politik dan elit ekonomi – terus hidup mewah lumayan manakala 99% menjadi hamba.
Dipertengahan September lalu soldadu Amerika telah mendarat di Kota Bahru dan Kuala Terangganu. Ini adalah contoh terbaik dimana kuasa imperial Zionis-Anglo- Amerika telah berjaya memasukan Malaysia kedalam sangkar Amerika. Malaysia kini telah dipetakan dan ditakrif sebagai wilayah bebas untuk soldadu Amerika.
Pada ketika ini warga dunia semakian sedar dan sedang melihat bahawa penjenayah dan pengganas utama yang membawa perang ke muka bumi ini ialah Amerika Syarikat. Penjenayah ganas ini sedang dibantu oleh Britain dan Israel. Kuasa Zionis-Anglo-Amerika inilah yang sedang menjadi perosak bumi manusia. Kuasa ini juga musuh rakyat dunia anak semua bangsa.
Apakah rakyat Amerika atau rakyat Britian TIDAK sedar akan hakikat ini? Mari kita selami apa yang sedang berlaku di Amerika agar kita dapat memahami apa itu AMERICAN EMPIRE.
Dalam Perang Vietnam 1961-1975 – lebih dari 56 ribu soldadu Amerika gugur. Dalam Perang Iraq 36,710 gugur dan cedera. Dalam Perang Afghanistan 20,904 gugur dan cedera. Hingga ke hari ini seramai 57,614 soldadu Amerika telah tewas dalam apa yang dinamakanWar on Terror.
Perang dan berperang bukan murah. Dari kajian Harvard University Kennedy School of Goverment didapati Amerika telah membelanjakan lebih dari 6 trilion dolar dalam Perang Iraq dan Afghanistan. Jumlah ini sama saperti setiap warga Amerika kecil dan besar membeIanjakan 75.000 dolar.
Jumlah 6 trilion dolar ini menjadi lucah kerana dalam masa yang sama 23,052,388 warga Amerika kini hidup papa kendana. Mereka memerlukan 'food stamps' untuk mendapat bantuan makanan dari kerajaan. Ini bermakna 20% dari penduduk Amerika – atau 1 dalam 5 warga Amerika kini dijerut miskin. Ini data resmi tahun 2013 dari U.S Dapartment of Agriculture.
Lalu persoalan timbul – apakah Presiden Obama TIDAK sedar akan fakta ini? Apakah Rumah Puteh tidak tahu bahawa kemiskinan sedang melanda Amerika yang dikatakan kaya. Kenapa 6 trilion dolar dimusnahkan dalam perang walhal ramai warga yang hidup papa kedana? Bukankah keadaan sademikian jika diteruskan akan memastikan Amerika menuju kehancuran?
Jawabnya bukan Presiden Obama tidak sedar. Mustahil Obama tidak tahu kerana setiap statistik dari jabatan kerajaan semuanya dihantar ke meja Presiden di Rumah Puteh. Jika sudah tahu kenapa perang berterusan. Kenapa perang TIDAK dihentikan dan dana perang ini digunakan untuk memperbaiki keadaan rakyat Amerika yang hidup semakin terdesak.
Jawabnya kepada soalan ini ialah Presiden Obama atau sesiapa pun menjadi Presiden di Rumah Puteh tidak lagi memiliki keupayaan untuk menghentikan perang dan menyelamatkan ekonomi dari kehancuran. Wajib juga diberitahu bahawa pada ketika ini Kerajaan Amerika sedang berhutang sebanyak 17.9 trilion dolar. Ini jumlah hutang negara. Hutang negara maknanya hutang rakyat Amerika. Amerika berhutang untuk berperang.
Negara Amerika yang kaya ini berhutang dengan siapa? Jawabnya : Amerika menjual bon kepada China, Jepun , Korea dan negara lain. Bon ialah surat aku janji. Ambil duit sekarang dan bayar 10 atau 20 tahun dengan tambahan bunga. Malaysia juga ada menjual bon tapi untuk mengabui mata orang ramai terutama Orang Melayu dan dilihat afdal - Malaysia mengarabkan perkataan bon menjdi sukuk.
Sukuk Amerika yang terbanyak ialah dengan Federal Reserve Bank. Jangan silap faham Federal Reserve ini bukan Bank Negara Amerika. Ini ialah sebuah bank swasta yang diwujudkan pada tahun 1903. Bank inilah yang dibenarkan mencetak duit kertas hijau yang dipanggil dolar Amerika. Dolar kertas hijau yang dicetak oleh Federal Reserve ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika untuk belanja perang dan pentabiran.
Bunyinya – apa yang saya tulis ini - macam tak masuk akal. Kenapa pula kerajaan benarkan sebuah bank swasta cetak duit dan kemudian kerajaan sendiri pinjam dari bank ini.
Memang bunyinya pelik tetapi inilah yang sedang berlaku. Federal Reserve diwujudkan melalui persetujuan Kongres Amerika. Cara ianya berjaya ditubuhkan ialah satu kesah yang tersendiri. Apa yang terjadi hari ini Federal Reservelah yang mengendalikan ekonomi Amerika - sama saperti peranan Bank Negara di Kuala Lumpur. Apa yang berbeza Bank Negara Malaysia dimiliki oleh kerajaan manakala Federal Reserve dimiliki oleh tuan empunya bank yang ada diantaranya dirahsiakan nama dan sahamnya.

Selain dari mencetak dolar Federal Reserve memiliki kuasa untuk menaik atau menurunkan kadar bunga untuk bank-bank yang lain. Kuasa yang dimiliki oleh Federal Reserve ini cukup besar. Sebenarnya Federal Reserve ini boleh menentukan siapa yang perlu dinaikkan menjadi Presiden atau siapa yang wajib disokong untuk masuk ke Rumah Puteh. Si Polan yang mencetak duit maka Si Polanlah yang berkuasa. Tidak susah untuk difahami hukum ini.
Apa yang berlaku hari ini telah dicium oleh Presiden Dwight D. Eisenhower. Pada 17 Januari 1961 dalam ucapan'Selamat Tinggal' kepada rakyat Amerika Eisenhower telah memberi ingatan bahawa telah muncul satu kumpulan apa yang dipanggilnya ' military industrial complex' yang telah mula menyerap masuk ke dalam badan politik Amerika. Presiden Einsenhower telah menerangkan 'kumpulan berkepentingan ini' jika tidak ditumpaskan akan membawa malapetaka kepada rakyat Amerika.
Einsenhower telah digantikan oleh John F Kennedy. Apa yang amat menarik ialah pada 27 April 1961 – kurang lebih tiga bulan dari ucapan Einsenhower – Presiden Kennedy juga telah memberikan ucapan – Secret Society – di Hotel Waldrof-Astoria New York. Isi kandongan ucapan Kennedy ini tidak ada bezanya dari ucapan Eisenhower.
Ditahun-tahun sesudah Perang Dunia kedua ini kabal sulit wujud tetapi kuasa mereka baru mahu menjalar masuk ke dalam badan politik Amerika. CIA – Central Intelligence Agency diwujudkan pada tahun 1948. Hari ini CIA telah bercabang cambah. Lembaga ini hanyalah salah satu dari puluhan lembaga sulit yang menjadi tembok yang mempertahankan kuasa imperial Empire Amerika.
Hari ini jelas kelihatan Rumah Puteh hanyalah sebagai'prop' dalam satu pementasan sandiwara yang memerlukan seorang pelakon berkulit hitam untuk menjadi Presiden. Dibelakang Obama atau sesiapa sahaja penghuni Rumash Puteh ada apa yang dipanggil oleh Presiden Eisenhower – millitary indistrial complex – komplek industri ketenteraan.
Justeru ucapan Presiden Obama dua minggu lalu di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ialah ucapan dari tuan empunya kilang senjata yang ingin meneruskan perang.
:-dipetik dari lebai  google
(TT- Tukang HasuT)

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi is...