Isnin, 3 Februari 2014

Samui Sekali Lagi

Jangka masa dalam ferri ke Koh Samui hampir 2 jam. Kami menjejak Pulau Samui telah lepas waktu maghrib. Dan kami ke kanan, kami sampai ke Pantai Lamai dlm jarak 16KM dari jetty. Sebelum itu makan malam buat kali ke3 di restoran yang sama di kampung melayu, oh sungguh Dejavu. Usai makan kami membuat keputusan untuk menetap di Pantai Lamai,selepas beberapa chalet/resort kami cari, akhirnya mendapat penginapan dengan kos lumayan cuma 290baht semalam, penginapan backpackers jiran kiri dan kanan bilik ada merka minah salleh. Ok esok try....wuuu huuuuu. 
Selepas menyegarkan diri kami ke Pantai Chaweng untuk bertemu grup yang satu lagi Seramai 3 orang (berpecah kerana 2 raider bersama saya lewat dan motorsikal honda cub gbo rosak di Hatyai awal siang tadi). manjadikan kami 7 orang. 
Sebelum itu biarlah saya ceritakan Pulau Samui dari kacamata saya, Samui merupakan sebuah pulau peranginan di sebelah pantai timur mengadap Laut China Selatan. Jarak  perjalanan untuk mengelilingi Pulau sejauh 48km. Dari jetty jika ke kiri tuan akan melalui Pantai Bophut, Pantai Chaweng, dan seterusnya Pantai Lamai,(Hinta Hinyai), dan Samui Town seterusnya kembali ke Jeti. Saya mengesyorkan Pantai Chaweng untuk tuan-tuan menginap bagi yang punyai banyak wang. Lebih happening berbanding Pantai Lain. Ok habis nak taw lagi buleh tanya lebai google.
Aktiviti hari ke2 bermula sedikit lewat, Kami ke perkampungan islam sekali lagi untuk sarapan, kali ini saya dan sahabat bernama Ustaz Omaq ( www.omaq.org ) kami masuk ke dalam kampung dan saya makan dengan mood yang sungguh lahap kerana makanan murah. Usai makan kami melawat Mesjid Nurul Islam dan tunai sunat. 
Usai tunai sunat kami ke destinasi yang seterusnya iaitu Pantai Hinta Hinyai. 
Elok saya ceritakan mengenai Pantai Hinta Hinyai ini kepada tuan-tuan, Hinta dan Hinya membawa maksud kemaluan lelaki dan kemaluan perempuan, pantai ini di namakan sedemikian bersempena ketulan batu yang menyerupai 2 alat kelamin tersebut. 
Dari hinta hinyai kami kembali ke hotel untuk isterehat kerana hampir waktu solat zohor, selepas bersiap kami kembali semula ke Mesjid Nurul Islam, Tunai wajib bersama warga tempatan, dan kami tunai jamak terima bonus bermusafir.  Selepas itu kami membuat keputusan untuk pusing ronda pulau. 
Selesai ronda pusing banyak-banyak tempat nanti tuan-tuan jumpalah sebab jalan dia tak p mana dah, saya cerita pun sama juga.
Kami tiba kembali mengikut route pusingan lawan jam ke Mesjid Nurul Islam hampir waktu Megrib. Ok ni pengalaman best nak cerita usai tunai wajib dan terima bonus musafir, ada usrah di dalam mesjid kami tidak melepaskan peluang untuk sama mengikuti, walau di sampai hampir 90% dalam bahasa siam tetapi memberi kesan. "walau berjaya terra mana pun kita, ingat kita hamba Allah". Usai semua kami kembali ke penginapan segarkan badan. Untuk malam terakhir kami cuma beriadah di Pantai Lamai, menonton tomoi, makan malam di Pantai, dan ke 7eleven pukul 1 pagi makan mee meggi tomyam, minum kopi cicah roti. 
ni tempat sarapan dalam kampung lepas sikit market ikan, empa spot dak ada budak kecik bawah meja tu.

ni di Pantai Hinta Hinyai.

panaih lit-lit Pantai Lamai kala rembang.

pic ataih ni chill di kedai gerek. sempoi konsep dia buleh rileks minum kopi sambil pebaik tgk barang gerek.

layan tomoi di Pantai Lamai. 



























Tiada ulasan:

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...