Selasa, 27 April 2010

Al-Fatihah buat adik Aminurrasyid Amzah


3 tahun aku menetap di Shah Alam dari Jun 1999 hingga Dis 2002 dan banyak kali aku Lari dari Roadblock di sekitar Shah Alam bukan sebab aku penjenayah tetapi aku menunggang motosikal tidak bercukai jalan. Aku bernasib baik tidak ditimpa kecelakaan seperti yang di alami beliau. Dan aku Mad Doha Kampung Katong menuntut keadilan bagi pihak beliau.

Jumaat, 23 April 2010

CUBA JADI LAGI BAGUS


MEMBACA NAHU TANDA DAN MAKNA MELALUI SEMIOTIK

Semiotik ialah ilmu memahami tanda dan makna. Setiap objek dan imej dalam dunia ini memiliki rupa dan bentuk - isi dan bingkai. Semiotik ialah ilmu yang khusus untuk kita memahami imej melalui tanda dan makna.

Tanda tanda dalam imej adalah bahasa dan nahu yang memiliki makna. Filem yang kita tonton itu juga adalah tanda yang memiliki bahasa yang wajib dibaca melalui nahu filem. Gambar sama seperti filem hanya ianya tidak bergerak tetapi memiliki nahu. Justeru - semua imej dalam dunia ini memiliki nahu yang menyimpan makna untuk dibaca. Terpulang lah kepada diri kita sendiri sama ada bijak atau bebal untuk membaca nahu imej itu.

Justeru Batu Hitam di Mekah memiliki tanda dan makna untuk orang Islam. Nahu dari imej Batu Hitam ini ialah kesuciaan. Patong Shiva pula memberi tanda dan makna kesucian kepada orang Hindu. Ayers Rock di Australia dianggap suci oleh Orang Asal di sana. Gitar Fender yang tersangkut di musium Elvis di Memphis memiliki tanda dan makna kepada rockers seluruh dunia.

Apabila kita melihat satu objek atau imej - objek atau imej ini akan menghantar signal untuk kita pecahkan agar kita dapat memahami apakah makna signal ini. Dalam ilmu semiotik proses ini di panggil signifier dan signified - tanda dan makna.

DIUBAHSUAI DARI T.T

Isnin, 19 April 2010

Berbuat Baik


Rugi atau untung pilihan diri sendiri! Jangan bertindak merugikan diri di dunia dan di akhirat. Jawatan akan berakhir, tidak menongkat langit. Sikap yang jujur atau sebaliknya dicatat malaikat dan manusia sehingga selepas kematian
.

Isnin, 5 April 2010

ARAU-BANDUNG LANGIT TETAP SAMA
























Alhamdulilah.. Mad Doha,Sella,Sham,Mas dan Jan selamat sampai ke Bandung,Indo. selepas 2 jam perjalan dgn Air Asia.
setibanya di Airport Bandung, kami menggunakan taksi (45,000.00RP untuk sebuah) kami ke Dago.
Aduih rupanya Dago tempat libur di Bandung nih.. mula2 turun tu cuak sebab orang ramai, kenderaan banyak. ada pengamin penuh di jalan(buskers). nak elakkan cuak lagi. buat taktaw ja kami terus jalan naik ke bukit Dago. jalan teruih ja.. lebih 6 hotel yang ditanya semua penuh yang ada pun 1 bilik ja. harga bilik2 yang ditanya antara RP200000.00 hingga RP2000000.00.. sepanjang kami berjalan mencari hotel di sepanjang jalan. kami bebrapa kali disapa untuk menaiki 'Angkut Kota" lebih kurang TUT-TUT di pekan Hadyai. tapi tak berani nak naik sebab Angkut tersebut dah ada penumpang lain,lagipun hari dah malam. adalah dinasihatkan untuk menaiki Angkut yang kosong kerana kita tidak tahu bagaimana orang dalam tu. Kami berjalan hingga ke Hotel Sheraton ..jauh juga jalan sebab kalau ikut masa dari turun dah 2 jam. kemudian berkat doa kepada Allah SWT ada sebuah angkut yang pemandunya dan angkut sahaja yang berhenti. Kami pakat tawakal dan naik Angkut tersebut. Alhamdulilah.. pemandu angkut yang benama Yus bercakap ramah. beliau membawa kami berhenti di beberapa hotel yang berpatutan dan akhirnya kami menginap di Hotel Dewi Kartika di Jalan Alun-Alun. dan pada pagi hari seharian kami telah menempah Angkut Kota tersebut untuk bersiar di sekitar Bandung dengan sewa RP300000.00 dan aku telah memberi beberapa RM sebagai tip tambahan,di kala entri ini ditulis aku di Warnet(CC) juga di jalan Alun-Alun berdekatan dengan Hotel.

Jumaat, 2 April 2010

Kembara Ke Bumi Indonesia-Bandung.


Aku ke BAndung pada 3 April hingga 7 April. akan aku khabarkan bila pulang nanti pada kalian.
Guey maw ke Toko Sepeda..

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...