SUNGAI PETANI BIKE MEET 4 dan 5 MAC 2016

Aku terpanggil untuk hadir selepas di approach secara personal oleh Yap Sabil Garage masa event Karnival Permotoran Kedah di Stadium Darulaman tempohari, lepas tu terjumpa Yap lagi sekali masa Kedah Internesyenel Motor Fest dia dok pujuk lagi. Aku taw pasai event ni tahun lepas sebab Part Side yang design baju yang tu event #2 kali ni event #3. Balik aku google pasai event Sungai Petani Bike Meet, ok ngam organizer BLACKERZ MC dan SOUL RIDER MC. Ada sorang SOUL RIDER MC yang aku teringin sangat nak jumpa nama PAK LANG. Pak Lang pada aku OL yang cool dia lepak lama di booth PEKETUM masa Pattaya Bike Week 2015. Macam2 yang Pak Lang cerita dari bab motor, bab meniaga, bab motor balik, dan seterusnya survival kehidupan. Pak Lang ride pi Pattaya bawa Harley Davidson, helmet Bell putih fibre lengkap dengan Visor Bubble tapi Pak Lang sempoi takdak nak sombong dengan kami walau kami semua ride moto kecik. Pak Lang asai kedah, buat bisness ikan dan sayur di Puchong. Sambil tu Pak Lang ada kedai Tom Yam, jadinya sayuq yang tak abih Pak Lang bawa p Kedai. Ikan temenum Pak Lang tolak kat orang meniaga laksa. Dok kira2 tu sumber yang ada tak rogi sia2. BLACKERZ MC pula 1st aku jumpa masa depa mai Perlis Bike Fest, sebab aku tak ambil pusing awal tu mungkin depa mai promote SPBM #1 rasanya. Aku ingatlagi haritu dah lewat petang depa sampai, kelihatan cool semua mutu chopper hitam, maw ada putih pun kut atas musti hitam jugak. Attire lagilah,  hitam dari atas sampai bawah.Aku dok rasa macam President BLACKERS MC Abang Benz baca kitab Ashabu Rayati Sud tentang Tentera Hitam Dari Timur aku pun agak2 lah. Memang di kala ini, seluruh dunia menyatakan Tentera Hitam di Afghanistan iaitu Taliban yang tidak pernah terkalahkan walau pada Russia mahupun Amerika. Tetapi ni di Sungai Petani mungkin salah satu dari pasukan ke dua yang akan berkumpul di Khurasan apabila semboyan di tiupkan. "Hang berenti sat Mad Duha weih". (")

Geng abang Chopper pada aku memang kumpulan yang cool, respect lagi masa kami di Aranyaprathet bulan lepas, depa buleh sembang dengan kami macam kenai dah lama. Memang mutu depa mahai tapi depa ok tak mcm Abang GS Dajei yang sound kami di simpang Nakhon Sitammarat tahun 2014 dulu nun, dah lah pillion bini gemok pendek. Nasib dia baik sound group belakang yang semua naik EX5, pastu teruih laju, Patutlah lepas simpang tu semua puak EX5 meroket tinggal abis guide, ingatkan saja nak test mesin, rupanya ligan mutu GS. Jalan panjang memang tak dapatlah. Lepas Songkhla berhenti isi minyak baru taw cerita.Abis tang tu!!. No Heart Feeling dah nohhh. 

Ni baru stori mori event ni. Aku sampai tapak event pada hari kedua, sabtu sekitar lepas rembang tengahari hampir waktu zohor. Sesampai di pintu The Carnival di sambut oleh 5 rider BLACKERZ MC. Mereka menunggu di pintu masuk dan menghalakan aku dan Mad Abau untuk terus masuk tapak event (no cover charge OK).  Tapak event aku bagi A sebab parking luas dan booth jualan diletakkan di sekeliling. Aku ucap tahniah pada organizer terutama team dekorasi yang buat tema KOBOI, kelihatan mereka berusaha bersungguh-sungguh. Ada ketui2 jerami, timbunan kayu pallet jadi pintu gerbang, walau aku tak nampak kuda tapi RASA ITU ADA.

Tapak acara adalah di berkembar dengan The Carnival. Untuk makluman empa semua The Carnival ni taman tema air, jadinya maw panaih buleh teruih p mandi. Bawa anak bini pun ok maw nak p event ni tahun depan, depa janji setiap bulan 3, sebabnya maseh musim timuq, kita nak atoq event elok musim kering, panas takpa tapi maw hujan abis Jemmm. 

Aku terus ke booth organizer bertemu dengan Abang Benz, bertanya jika ada booth untuk media Chopperoskers & Kapcai. Abang Benz kata patut memang ada tapi kami tak confirm awal. Jadinya tengok mana yang kosong boleh lah tumpang. Aku pusing dan ada spot kosong sebelah UTARA PICKERS. Urusan deal dan setuju aku pun menumpang lalu di event ni. Terima Kasih.

Perkara utama yang paling aku perasan adalah hampir semua rider/biker kenal masing-masing. Bila berjumpa pada yang baru sampai mereka bersenda gurau, bersalam, berpelukan, cium pipi tak nampak, yang tu mungkin aku kena p Mejlis Ijtimak Ulama Pas Pusat atau Mejlis Pakatah Harapan Selamatkan Malaysia. Che Det pun dah baik dengan Lim Kit Siang. Ini kan kita, JADINYA ISU RASIS NO LAH PRU 14 NANTI. Lim Kit Siang kena penjara 18 bulan. Hishamudin Rais kena 24 bulan. Abang Mad Sabu juga kena 24 bulan. Semua Tahan Tanpa Bicara ISA di Kem Kemunting Tapi demi Malaysia mereka bersatu pada hari yang sama event ni berlangsung, walau Che Det tu lah yang penjarakan mereka. Fhuannnnnng. Hari ni tukaran wang dengan siam 8.37 ya tuan2, tengok pandai dak menteri kewangan Malaysia hari ni. 

Jumpa dengan Pak Lang walau sekejap, jumpa dengan abang shidi SP, jumpa dengan abang Jemer Kribu Silver Hawk MC.Jumpa dengan Kak Nor. Jumpa dengan Tasha. Owh Tasha,Tasha,Tasha awak memang rock lah. Jumpa dengan ramai abang2 chopper, jumpa dengan abang klasik Sg.Ular yang sama2 ride masa Tour Malaya dulu. Jumpa dengan abang street cub Bahanizan. Jumpa dengan abang retro Street Fighter Garage Khairul. Dan yang paling best aku jumpa Pak Su Majid organizer Perak Bike Week Menyebar Kasih Sayang sesama rider, dia pun mai support event ni. 
Jadinya event Sungai Petani Bike Meet ni. Memang medan untuk para rider/biker berjumpa.
Sampai kita bertemu lagi. Doa aku dan kita semua pi Syurga.

MadDuha Kampung Katong, Malaysia.
07032016

*Lepas Magrib ada abang chopper kenuri BBQ khemah hujung. Petang tu ada pinjam kerusi tapi tak pi hantaq balik. Segan nak p sakni kut depa ajak makan. Sorri Nohhh.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PALA TAW RIDE 2016 MALAY-SIAM-LAOS-CAMBODIA

CUKUP SATU KALI RIDE KE SATU - SATU TEMPAT.

Perlis Bike Jam 2014