Isnin, 4 Mei 2009

selamat hari buruh

KAUM BURUH BERSATULAH !
Tangan yang membuat
Tangan yang membina
Tangan yang merombak
Tangan yang membidak
Kaum buruh bersatulah!
Tenaga kamu melintasi sempadan
Dari nepal
Dari madura
Dari mukah
Dari kalimantan
Dari jawa
Dari medan
Dari kuala perlis
Dari kerala
Dari dacca
Dari lahore
Dari gombak
Dari kg gajah
Dari seberang takir
Dari rompin
Dari vietnam
Dari muar
Tangan kamu mendirikan bumi iniS
ekali kamu bertempek
Dunia bergegar
Sekali kamu letakkan pungkeh
Satu bangunan gagal tegak
Sekali kamu enggan memasang keluli
Sebuah pabrik runtuh berderai
Kamu buruh - kamulah pembuat dunia
Hari ini kita mengingati kawan kawan yang gugur di chicago
Hari ini kita mengingati kawan kawan yang gugur di paris
Hari ini kita mengingati kawan kawan yang gugur di dubai
Hari ini kita mengingati kawan kawan yang gugur membuat klcc
Hari ini kita mengingati kawan kawan yang gugur membuat klia
Kaum buruh lihatlah dunia hari ini
Semua adalah hasil tangan mu
Kaum buruh lihat bangunan itu
Adalah tanda tangan tenaga mu
Kaum buruh satu mei adalah hari kebesaran mu
Kaum buruh acungkan tangan mu tinggi
Kembang dadamu luas
Segala setanS
egala puaka
Kaum pemodal antarabangsa
Akan mengelupur kecut melihat gengaman tangan mu !
Kaum Buruh Bersatulah!
T.T







Asia Road Racing 2024

Jentera 1000cc kini mengganas di Asia Road Racing Championship. Ketika sesi latihan pada hari Jumaat, Ducati mendahului carta kelajuan maksi...