YAKIN TOAT SABAR
Khamis, 22 Mei 2025
Rabu, 21 Mei 2025
DURIAN EMAS KING
Congak-Congak Ringkas Durian Emas King.
1) Apa makna 12000 ekar? Ia seluas Putrajaya.
2) Juga seluas 1/5 Kuala lumpur.
3) Jika dibuat stadium atau mall, dianggarkan boleh bina 400 buah.
4) Jika dibina taman perumahan, boleh memuatkan 50,000 unit rumah semi-D, atau 100,000 unit rumah teres.
6) Jika menggunakan keseluruhan tanah untuk penanaman pokok durian, 1 ekar boleh mencapai lebih 50 batang pokok.
7) Untuk 12000 ekar boleh mencapai sekurang-kurangnya 600,000 pokok.
8 ) Dari 600,000 pokok tadi, boleh menghasilkan 100 biji durian setahun. Jadi 12000 ekar kebun durian boleh menghasilkan kira-kira 60,000,000 biji.
9 ) 60,000,000 biji durian yang beratnya sekitar 2kg, dan dikira lumpsump RM20/kg, boleh menghasilkan RM2.4b setahun.
10) Jika ada rezeki, 5% tanah mengandungi emas.
Boleh harvest sekitar 1000 tan bijih sehari. Dari 1000 tan, dengan kadar 10g/tan mengandungi emas, maka terpaksalah mendapat 10kg emas.
11) 10kg emas berharga sekitar RM4juta sehari. Atau RM1.44b sahaja. Itu pun kalau harvest 1000 tan sahaja sehari.
12) Value tanah 12000 ekar tu berapa? Jika 1 ekar bersamaan RM100,000, maka harganya lebih kurang RM1.2b.
13) Begitu lah. Belajar pandai-pandai, kerja kuat-kuat insyaAllah anda boleh jadi kaya raya juga macam ni.
Ahad, 18 Mei 2025
Adib
Adib turun sendiri.... pintu van tercabut sendiri... van kemek sendiri... cermin keliling van pon pecah sendiri....
Sabtu, 3 Mei 2025
RIDE UP NORTH 2025
PEKETUM RIDE UP NORTH 2025
Mengimbau kembali saat bersama PEKETUM menakluk batas atas sana, sesungguhnya sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Hanya yang pernah mengalaminya akan memahami perasaan itu — debaran, cabaran, dan ukhwah yang terbina sepanjang perjalanan. Aku yakin, meskipun kini kalian bersama kumpulan lain, dejavu dari pengalaman itu tetap menghantui ruang kenangan kalian.
Kini, aku kongsikan sekali lagi angkara perjalanan kita yang telah dirancang sepurnama lalu:
Jadual Perjalanan
Hari 1 (7 Februari - Jumaat):
Seusai solat Jumaat, kami memulakan perjalanan merentas sempadan menuju Nakhon Si Hidayatul Mosque, menempuh 199KM penuh semangat.
Hari 2 (8 Februari - Sabtu):
Destinasi diteruskan ke Hua Hin, sejauh 626KM. Jalan berliku dan panorama pantai menyegarkan semangat kami.
Hari 3 (9 Februari - Ahad):
Menuju ke Tak, sejauh 600KM. Keletihan berbaloi dengan pemandangan yang mengujakan.
Hari 4 (10 Februari - Isnin):
Cabaran sebenar bermula apabila kami mendaki ke Doi Inthanon Summit, puncak tertinggi di Thailand, sejauh 282KM.
Hari 5 (11 Februari - Selasa):
Dari MHS ke Pai, sebuah perjalanan sepanjang 301KM yang menguji kemahiran menunggang di laluan berbukit berliku.
Hari 6 (12 Februari - Rabu):
Kami terus ke GT-Phrae, merentasi 620KM.
Hari 7 (13 Februari - Khamis):
Menjelajah ke Pattaya, untuk bersama-sama meraikan Pattaya Bike Week, sejauh 693KM.
Hari 8 (14 Februari - Jumaat):
Seharian di Pattaya Bike Week, merasai kemeriahan festival motosikal terbesar di rantau ini.
Hari 9 (15 Februari - Sabtu):
Bertolak ke Chumphon, menempuh 589KM sambil menikmati keindahan pantai timur Thailand.
Hari 10 (16 Februari - Ahad):
Akhirnya, perjalanan kami berakhir apabila kami kembali ke sempadan selepas 540KM menunggang penuh kenangan
Perjalanan ini bukan sekadar tentang jarak dan destinasi. Ia tentang persahabatan, kepercayaan, dan impian yang dikongsi di atas dua roda yang berputar. Semoga kita semua terus membawa semangat PEKETUM dalam setiap perjalanan kita yang akan datang.
"Sampai kita bertemu lagi di atas jalanan, sahabat-sahabatku.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or ...
-
SENARAI PASAR MALAM DI KEDAH SENARAI PASAR MALAM DAERAH ALOR SETAR 1 Alor Setar Sabtu, Ahad, Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Seberang Jalan...