Ahad, 20 November 2022

Hang Parlimen Selamat Negara

MB Johor gesa Zahid letak jawatan

MENTERI Besar Johor Onn Hafiz Ghazi hari ini menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan pada kadar segera susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor berkata Ahmad Zahid perlu mengundurkan diri daripada terus memegang jawatan Presiden Umno demi kepentingan dan masa depan parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu berkata perubahan perlu dilakukan kerana ramai pemimpin berkaliber dan berpotensi Umno, MCA dan MIC terkorban kerana tindakannya yang tidak mahu mendengar denyut nadi akar umbi.

“Kita semua sedia maklum bahawa satu tsunami politik orang Melayu telah berlaku, iaitu orang Melayu telah menolak Umno. Umno telah rebah.

“Umno dan BN hanya menang sembilan kerusi Parlimen di Johor, sementara itu kita tidak memenangi satu pun kerusi Parlimen di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan mahupun Terengganu.

“Walaupun pahit untuk ditelan, pemimpin Umno termasuk saya sendiri perlu kembali mendengar suara rakyat yang telah diterjemahkan melalui undi mereka semasa PRU15 semalam,” kata Onn Hafiz menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata usaha untuk memulih dan memperbaiki parti perlu bermula daripada sekarang dan sekiranya perubahan tidak dilakukan segera, UMNO dan BN tidak akan memenangi walaupun satu kerusi pada masa akan datang.

Sehubungan itu katanya, Ahmad Zahid perlu berjiwa besar untuk meletak jawatan sebagai presiden pada kadar yang segera sebagaimana yang dilakukan Najib Razak pada 2018.

“Insya-Allah tindakan berjiwa besar ini akan membantu kita mengambil langkah pertama untuk memulihkan dan menguatkan kembali parti Umno yang kita semua cintai ini.

“Segala pengorbanan mereka akan dihargai dan insya-Allah, perjuangan ini akan diteruskan. Semoga Allah SWT merestui dan merahmati perjuangan serta pengorbanan kita semua,” katanya.

Pada PRU15, BN hanya meraih sembilan kerusi daripada 26 kerusi yang ditandingi di Johor iaitu Simpang Renggam, Parit Sulong, Ayer Hitam, Pontian, Kota Tinggi, Tenggara, Pengerang, Sembrong dan Tanjung Piai.

Pakatan Harapan memenangi 14 kerusi, Perikatan Nasional (PN) dua kerusi dan Parti Ikatan Demokratik (MUDA) satu kerusi. – Bernama, 20 November, 2022.

Rabu, 16 November 2022

Kami Orang Jantan

Orang Jantan kami ringkas. Tak perlu menyembah. Cukup dengan balik rumah bertentang mata isteri, dan isteri tersenyum sendiri memandang kami.

Selasa, 8 November 2022

Bunyi

Pernah sekali tu masa zaman henfon tak maju lagi, aku call sorang pomen kereta bagitau enjin kereta aku berbunyi pelik sebelum ia mati dengan sendiri.

Pomen tu tanya, "bunyi macam mana bang?"

Aku tanya balik "nak kena buat bunyi tu pakai mulut ke?"

"Ya bang"

Aduh pomen ni. Nak suruh aku tiru pulak bunyi tu pakai mulut. Dia ingat aku Mazlan Pet Pet ke boleh buat bunyi pelik-pelik ni.

"Bunyi dia macam kelekak kelekak" jawab aku.

"Kelekak kelekak?"

"Ya, kelekak kelekak"

"Bukan ketek ketek ketek?"

"Bukan, ketek ketek tu bateri kong. Ni bateri ok lagi. Baru pakai 5 bulan"

"Kelekak kelekak ni saya tak pernah dengar bang. Cuba abang ingat balik, bunyi tu kelekak ke kelekuk?"

"Hmmm.. boleh jadi kelekuk la kot. Atau macam kelekoik kelekoik pun macam ya juga.  "

"Bunyi timing belt tu bang"

"Bunyi belt bukan nyit nyit nyit nyit ka?"

"Bukan, kalau nyit nyit tu tensioner"

"Ye la, saya memang tension dah sekarang ni. Duk main lawan bunyi mulut pulak dah. Awak boleh datang tak cek kereta saya ni?"

"Bang jap lagi saya call balik. Tengah bising kat sini. Tak dengar apa"

Kami menamatkan perbualan telefon. Ishh dah tau bising lagi suruh aku buat bunyi mulut tu.

Lepas 20 minit, pomen tu SMS aku.

"Bang, bunyi tu tadi macam mana?"

Haramdadih betui. Aku ingat dah setel. Dia ajak mengeja bunyi tu kat SMS pulak.

Kredit : Hazrezal Ahmad

Ahad, 6 November 2022

ZIARAH KUBUR INGAT KEMATIAN

Illah atau sebab ziarah kubur adalah untuk mengingati kematian.

Dalam hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah R.A dia berkata: "Nabi SAW menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya: "Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian".

Riwayat Muslim

Sabtu, 5 November 2022

Kerajaan Baru

Ekonomi, nilai, pandangan hidup, pandangan dunia  Melayu semua berubah. Di Malaysia ini jika Melayu berubah maka semua akan berubah. Jika Melayu tidak berubah maka semuanya statik. Dan mungkin 20 November 2022 nanti akan wujud kerajaan baru

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...