Isnin, 26 September 2022

kudu

Kudu

Kudu, or koodoo, is the Khoikhoi and seTswana name for this antelope. Tragos (Greek) denotes a he-goat and elaphos (Greek) a deer. Strepho (Greek) means "I twist", and strephis is "twisting". Keras (Greek) means "horn".

Ahad, 18 September 2022

TIGA LEBAI

Tiga Lebai
Kegilaan tiga lebai dalam bab istighasah (Meminta tolong kepada makhluk)

Lebai pertama kata:
Bawa mai dalil yang sahih lagi sarih tak boleh beristighasah (meminta pertolongan) dengan orang yang dah mati?.

Apabila ditanya bagamana pula orang yang beristighasah dengan pokok dengan contoh ucapan: wahai pokok tolonglah aku.

Kata lebai pertama: 
Kalau beriktiqad Allah lah yang sebenarnya menolong, lalu seseorang beristighasah dengan pokok sebegitu, tidak mengapa.

Lalu tampil lebai kedua berkata sambil tersenyum:
Tapi janganlah diceritakan kepada orang ramai.

Lebai ketiga barangkali tersedar yang sahabatnya ni semakin menggila mencipka kaedah sesuka hati lalu tampil kononnya nak memperbetul keadaan

Kata lebai ketiga: 
Tak boleh beristighasah dengan pokok, sebab pokok tiada makanah (kedudukan), tidak beramal soleh serta bukan mukallaf.

Lalu ditanyakan kepada ketiga-tiga lebai:

Kalau mengikut kaedah lebai pertama tadi: Mana ada dalil sahih lagi sarih hanya boleh beristighasah dengan sesuatu yang ada makanah, mukallaf ataupun beramal soleh sahaja??.

Roller coaster mana yang mampu menanggung bebanan ketiga-tiga lebai ini.

Lebai pertama bila keluar dipusingnya 180 darjah persis tingkahlaku peguambela tidak beretika:

Minta tolong dengan pokok tu bukan beerti kata kat pokok " Wahai pokok tolonglah aku" kerana itu bodoh namanya. Minta tolong dengan pokok maksudnya tebang pokok dan gunakannya untuk maslahah manusia.

Padahal lebai pertama tahu, yang dikatanya bodoh itulah pendiriannya apabila diasak dengan soalan, itu juga yang sahabatnya lebai kedua kata " janganlah pi cerita kepada orang" dan itu jugalah sahabatnya lebai ketiga tak mampu nak hadam lalu terpaksa disanggah walaupun datang dalam satu saf.

Tidak mengapa kalau nak jadikan pensyarah undang-undang mengajar agama, tapi kalau akidah diambil dari pembelit, maka terbelitlah para pengikut dalam kesesatan.

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...