Selasa, 30 April 2019

Buli

(Utusan) – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan realiti politik pada masa ini yang membiarkan umat Islam dibuli telah menyebabkan rakyat akur bahawa agama Islam berada dalam keadaan tidak begitu selamat di bawah pentadbiran kerajaan hari ini.

Luahan kekecewaan Mohd. Asri itu susulan selepas rakannya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Muhammad Zamri Vinoth ditahan serta direman kerana didakwa menghina agama Hindu.

Katanya, jika dilihat, pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu di dalam kerajaan yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum namun mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan.

Malah kata beliau, betapa ramai lagi yang menghina Nabi Muhamad SAW dan mempersendakan ajaran Islam juga hanya melalui proses sama.

“Tapi, ceramah dalam masjid untuk umat Islam sahaja di Kelantan oleh seorang individu yang menceritakan pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam (Muhammad Zamri) telah menyebabkan beliau ditangkap.

“Apakah fakta beliau (Muhammad Zamri) palsu?, apakah beliau menghina atau sekadar menceritakan tentang kisah dirinya sendiri?

“Apakah beliau bertujuan untuk menimbulkan ketegangan seperti mana kenyataan pemimpin-pemimpin yang telah menyebabkan tragedi antara kuil dan pihak bomba (Subang Jaya). Tidak pula mereka ini ditangkap.

“Bagaimana pula dengan ucapan pemimpin-pemimpin politik dari agama lain yang sering menimbulkan permusuhan dengan masyarakat Islam?,” katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.

Semalam, Muhammad Zamri yang juga pembantu pendakwah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) di hadapan sebuah restoran di sini berikutan beberapa laporan polis dibuat terhadapnya kerana didakwa menghina agama Hindu.

Muhammad Zamri didakwa membuat kenyataan yang berbaur penghinaan terhadap agama Hindu dalam satu video tular di laman sosial.

Tambah Mohd. Asri, Muhammad Zamri selama ini telah membuat banyak program membantu membina hubungan baik antara agama termasuk menziarahi gereja, tokong dan pelbagai dialog harmoni dianjurkannya di bawah One Centre Malaysia negeri.

“Ucapan beliau itu hanyalah sedikit daripada pengalaman dirinya sahaja sebelum menganut Islam (jika) dibandingkan usaha beliau untuk membina hubungan antara agama.

“Saya tidak menyalahkan pihak polis, tetapi ini berlaku kerana realiti politik yang membiarkan umat Islam dibuli. Suara-suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan yang memimpin pentadbiran hari ini melainkan sejumlah kecil. Apakah ini suatu keadilan? .

“Realiti ini menjadikan rakyat makin akur bahawa Islam berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat di bawah pentadbiran hari ini,” katanya.

Islam Dibuli, Tidak Selamat Di Bawah Kerajaan PH – Mufti Perlis

Apr 29, 2019
(Utusan) - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Rezeki

TIDAK SEDAR TUHAN DIPERSALAHKAN

Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffet kekurangan lauk. Ketika minum di meja, seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dengan saya.

"Tak makan ka?" Dia menegur.

Tidak, saya masih kenyang". Balas saya.

"Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai, lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja.." Dia merungut.

Saya menjawab:

"Saya rasa kita kena ingat, rezeki itu ditangan Allah. Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup. Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dengan apa yg ada meskipun sekadar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri, tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama".

Dia terdiam, merah padam mukanya.

Saya nak mengajak semua pembaca menyedari hakikat rezeki ditangan tuhan. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita, sedap ke tidak, berkenan ke tidak, tinggal kuah dan nasi saja ke, itulah rezeki kita. Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir tuhan.

Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, mereka tentu telah berusaha untuk mencukupkan, bahkan cukup atau tidak, terletak kpd ketentuan Allah.

Jika anda singgah di R&R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga. Apa yg ada itulah rezeki kita.

Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban kering dgn sambal belacan, makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak.

Jika tiada rezeki, lauk dimasak jd hangit, periok terbalik, ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan jadikan.

Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana TAKUT KITA TERSALAHKAN TUHAN..

Jika nak makan sedap, nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok ke dalam pinggan, bersyukurlah dgn apa yg ada.

Bukankah ini lebih baik, anda pulang dari jamuan dgn rasa lega dan redha, moga tuhan juga meredhai. Nabi menegah perbuatan mengeji makanan, makan apa yg kita suka, tinggalkan yg tidak suka.

Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita. Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kita, tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri.

-Sharing dr Ustaz ABD GHANI HARON

Ahad, 28 April 2019

IKHTIAR HIDUP DI HUTAN.

IKHTIAR HIDUP DI HUTAN.

Ikhtiar hidup di hutan adalah satu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang minat aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini.

Ilmunya mudah dipelajari. Yang penting ialah semangat untuk hidup dalam menghadapi berbagai masalah dan cabaran. Biasanya dengan semangat yang kental, berbagai masalah dapat diatasi, termasuk berikhtiar mencari jalan keluar dengan selamat. Namun begitu tidak ada jaminan bahawa semua ikhtiar hidup pasti akan berjaya. Tetapi sekurang-kurangnya kita mesti cuba seberapa daya ke arah kejayaan.

Kita perlu ketahui bahawa di dalam hutan bukanlah seperti di pekan atau di kampung di mana berbagai barangan dan bahan sentiasa boleh dibeli untuk makan atau diguna bagi keselesaan hidup. Jadinya setiap orang yang minat mengembara ke hutan harus membuat persiapan yang mencukupi. Dengan kata lain beliau perlu membawa pakaian yang sesuai dan peralatan serta makanan yang mencukupi bagi tempoh kembaraannya.

Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah:-

. Khemah, beg tidur dan tikar getah.
. Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri
. Peta, kompas
. Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak
. Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya
. Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur
. Makanan ringan seperti mee segera atau biskut kering
. Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking
. Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong
. Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan

PERALATAN IKHTIAR HIDUP.

Persediaan di atas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan.
Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut:

. Macis, pemetik api dan parang
. Lampu picit dan bateri
. Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan
. Hammock (buaian) dan ponco
. Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur)
. Sarong tangan

Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk mengelak daripada hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.

PERALATAN TERPENTING.

Jika senarai peralatan diatas tidak juga dibawa, maka yang paling terpenting dibawa ialah:-

. Macis atau petik api
. Parang

Tanpa kedua barangan diatas, ikhtiar hidup masih lagi dilakukan. Tetapi ia bertambah sukar. Sebabnya api penting dalam usaha ikhtiar hidup. Bagitu juga parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong buluh untuk alat memasak.

Membina Perlindungan

Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan.
Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau
buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas
tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran.
Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu panjang dipacak diatas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai. Batang kayu tambahan dipakai bagi memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung.
Dangau yang siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca buruk dan biasanya binatang hutan akan berelak dari kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika api dipasang ditepinya

MENCARI AIR DAN MAKANAN.

Hutan mempunyai berbagai pokok-pokok dan tumbuhan serta makanan yang boleh dimanafaatkan. Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan. Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-lereng bukit yang airnya bersih untuk di minum.

Air sungai yang keroh pula boleh juga di minum selepas ditapis dengan pasir dan batu. Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi menghapus bakteria yang berbahaya. Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh mengisi perut yang lapar. Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan. Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalorkanmelalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan banyak ikan terperangkap didalam bubu.

Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib seseorang yang hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai ulam.
Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian. Walaupun pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti yang ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup.

Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk, teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang disebut diatas boleh dimakan. Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan. Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2 atau 3 orang beberapa hari.

MENYEDIAKAN API.

Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling pentng. Oleh itu seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa macis atau petik api. Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki. Apabila ranting ini menyala dengan baik, Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat.

Seterusnya batang-batang kayu sebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai macis atau pemetik api, tidak bermana ia tidak boleh berusaha membuat api. Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Masyarakat dizaman silam memang mengguna berbagai cara untuk mendapat api.
Antaranya ialah dengan menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya di tangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api.
Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris.

Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubi-tubi keatas dulang oleh kayu keras. Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya boleh diguna untuk masak.

MEMASAK.

Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu boleh dibalut dengan daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan. Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu disandarkan ketepi api untuk memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya.

Sayur juga boleh direbus dalam buluh sebelum dimakan.
Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang diatas bara api dengan menggunakan buluh sebagai pengapit ikan.
Ubi juga boleh dibakar diatas bara api sebelum dimakan.

MENUNGGU BANTUAN

Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini ketika ekspedisi seperti sesat atau berlaku kecederaan, dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan  dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya.

MENCARI JALAN KELUAR.

Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk mencari jalan keluar dan mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara mereka untuk menuju kearah perkampungan manusia diluar hutan. Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan.

Khamis, 25 April 2019

Avengers:End Game

Spoiler Avengers: Endgame

Bermula Selepas petikan thanos. Semua avengers berkumpul. 23 hari di angkasa, Ironman bersama Nebula diselamatkan oleh Cap.Marvel.

Avengers mencari Thanos di sebuah planet seakan bumi. Thanos yang dah lemah sebab petikan juga memusnahkan semua batu. Avengers dpt tahu tiada jalan kembalikan smua org yg dah jadi debu. Semua Putus asa.Thor penggal kepala Thanos.

5 tahun kemudian. Kehidupan tpksa diteruskan. Ironman ada anak dengan Pepper. Saki baki avengers jalankan kerja seperti biasa, Cap Marvel balik angkasa. Di Sebuah van, didalam seekor tikus tertekan butang sebuah alat, Antman kembali dari dunia quantum.

Antman berjmpa Avengers. Bercadang boleh kembali masa lalu dan  kumpul semua batu. Black Widow jd ketua mengumpul saki baki Avengers. Memerlukan otak yang genius untuk mncipya mesin masa yg stabil.

Antman, Cap.America,Black Widow bjmpa ironman mnta tolong. Ironman membantah. Tak nak ikut sebab berisiko tinggi, Sebab dah move on. Mereka tiga bjmpa Profesor Hulk, Hulk dah berjaya kawal diri. Hulk setuju utk tolong cipta mesin. Blck Widow cari Hawkeye aka Ronin di Jepun. Thor yang telah boroi ,pemabuk sebab masih tak boleh move on pun join sekali.

Kajian demi kajian dijalankan. Tp masih gagal. Ironman akhirnya dtg tolong membina mesin masa. Semua Avengers assemble akan kembali ke masa lalu

1. Cap.Amerika & Ironman kembali ke masa Avengers pertama. Dapatkan Tesserct (space stone) & Tongkat Loki ( mind stone)

2. War Machine & Nebula kembali ke masa Guardian of Galaxy mendapatkan power stone.

3. Profesor Hulk jg balik ke masa Avengers pertama, berjumpa dgn guru Dr.Strange, dapatkn time stone. Masa tu Dr. Strange belum wujud.

4. Thor & Rocket balik ke masa Thor: Dark World dptkn Aether. Thor bawa balik tukul lama. Sekarang thor ada dua tukul.

5. Ronin & Black widow dapatkan soul stone. BW mati korbankan diri.

Avenger Nebula ditangkap oleh Thanos. Nebula yang jahat menyamar jadi Avenger Nebula. Semua Avengers balik ke masa sekarang.

Stark Gauntlet dicipta untuk batu2. Hulk pakai dan petik jari kembalikan semua yang jadi debu.(yang betul2 mati tidak akan hidup kecuali yg jd debu). Hulk cedera sebab kuasa batu terlalu kuat.

Nebula yg jahat, bawa Thanos ke masa sekarang untuk merampas stark gauntlet.
Avengers berlawan separuh mati. Captain yang dapat guna tukul Thor pun kalah. Thanos keluarkan askar2 serang Avengers yang hampir kalah, bantuan tiba dari semua avengers.

Dr. strange bawa semua askar sihir. Black Panther Bawa askar wakanda. Valkyrie bawa askar Asgard. Pepper dgn suit ironwoman, Bucky si winter soldier, Sam si Falcon, The Wasp, spiderman pun dtg tolong.

Aksi passing & kejar mengejar  untuk merampas stark Gauntlet berlaku. Akhirnya Thanos dpt gauntlet tp dihalang oleh Cap. Marvel yg last minit datang. Tp dikalahkan oleh Thanos. Ironman beranikan diri dapatkan semua batu dari tangan Thanos dan masukkan ke tangan suitnya.

Ironman petik jari dan meminta semua Thanos & askarnya lenyap. Kuasa batu yang terlalu kuat telah membunuh ironman. Dunia kembali aman.

Batu harus dipulangkan mengikut masa sendiri. Captain Amerika rela hati memulangkan batu dengan memasuki mesin masa. Hulk & Sam & Bucky menekan butang. Cap Amerika hilang hanya 5 saat, tetapi 70 tahun berlalu di dunia quantum, Cap Amerika hidup bersama gf dia dahulu di dunia quantum. Cap Amerika balik semula selepas 5 saat tp telah tua. Dia serahkan shield kepada Falcon, menjadikan dia Cap Amerika yg baru.

The End.

Sabtu, 20 April 2019

JALAN TERUS




HIDUP INI

HANYA SEKALI

KALAU TAK BUAT

KEBAIKAN 

LEBIH BAIK MATI

JANGAN HIDUP

MENGOTORKAN

OXYGEN

WIKILEAKS FOUNDER JULIAN ASSANGE AGREES TO REMAIN AT MAXIMUM SECURITY BELMARSH JAIL AHEAD OF US EXTRADITION HEARING NEXT MONTH OVER THE LEAK OF 750,000 CLASSIFIED MILITARY DOCUMENTS

  • Julian Assange, 47, is being held in south-east London following dramatic arrest
  • Faces being extradited to US over leaked classified military and diplomatic files 
  • Ecuadorian embassy kicked him out after he relied on immunity for seven years
  • President accused him of 'despotic' behaviour and a dirty protest during his stay


SALUT PADA

YANG BERANI

SALUT PADA

SEMUA

YANG BERJUANG

MENEGAK

KEADILAN

MENEGAK 

KEBENARAN

Jumaat, 5 April 2019

PHUKET BIKE WEEK 25

Pre-Order with full payment
Phuket Bikeweek 2019 Official t-shirt
RM70 include postage
Wasap.my/60123060911

Pengurusan Jenazah Percuma

Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...