Rabu, 9 Januari 2019
Isnin, 7 Januari 2019
2018 Ride Report
Aku pasti empa semua seropa aku juga. Ada jatuh lagi, kemudian bangun lagi, ada saat ketawa, ada saat hiba, ada saat tak rasa apa2, namun yang paling bahagia aku kira, apabila mendapat saat air mata bersama senyuman, suatu perasaan yang terlalu indah . Melihat pada perjalanan waktu sepanjang tahun 2018 terlalu banyak peristiwa Yang berlaku. Kejatuhan Regime Barisan Nasional. Bang Mat Sabu jadi Menteri. Brader Anwar di ampun penoh. Agung kawen ratu cantik Russia. Taufan di Palu yang mengorban beribu nyawa. Nilai RM maseh RM4 lebih berbanding 1Dolar. 10baht maseh rugi 3kupang. Dan berjuta macam lagilah.
Namun apa juga berlaku kami tetap menyintai diri sendiri dengan beraktivitas luar rumah seperti sebilangan hangpa semua juga. Kawan hangpa malas, bini Kawan hangpa tak bagi join, tu masalah kawan2 hangpa. Hangpa jangan jadi macam kawan2 hangpa
Ok. Selepas Pattaya Endurance bulan 2. Kami Sambung dengan Ride Fellowship of 3 Island. 3 Malam tidor di Pulau Siam Yang berlainan.Koh Lanta-Koh Phuket-Koh Pha Ngan
Koh Lanta
Koh Lanta adalah sebuah pulau di Lautan Andaman. Majoriti penduduk beragama Islam. Sebilangan terdiri dari Urak Lawei yang bergantung hidop dengan hasil lautan. Sebilangan lagi menjalan aktiviti Menoreh getah. Dan sebilangan lagi terlibat sepenuhnya dengan aktiviti pelancongan. Suatu permandangan yang jarang dilihat, bilamana makcik muslim bertudung membawa tut tut motor dan di bonceng oleh minah salleh berbikini. Untuk empa pembaca budiman aku sarankan untuk empa p melawat sekali pulau ni. Aku dan kumpulan baru pertama kali jejak, sebelum ni kami terus ke Krabi atau Phuket. Koh Lanta terletak sebelum Krabi selepas Trang. Disebabkan kawasan majoriti Muslim jadinya tiada yang ghairah menyambut pesta air.
Hari ke 2 dari Koh Lanta kami ke Phuket. Aku terlepas untuk hadir pada tahun sebelumnya nah. Penoh dengan Rider Malaya terutama rempit2 tua Y15. Phuket seperti biasa happening dengan sambutan pesta air. Kami bergathering di tapak event.
Hari ke 3, dari Phuket menempoh jalan lurus Yang panjang ke Pantai Timur Surat Thani dan seterusnya ke Koh Phangan. Koh Phangan top dengan Full Moon party yang mulanya di rai oleh White Trash Hippies pada tahun 1964. Sehingga sekarang, setiap bulan mengambang penuh pesta maseh dirai dan khabarnya boleh mendapat apam maksu puteh free. Perjalanan dari tanah besar memakan masa lebih 2 jam menaiki ferri, jadinya aku syorkan untuk empa tiba awal ke Jetti Don Sak. Kami berlabuh di Pulau sudah waktu maghrib. Esoknya kami pulang ke border.
PEKETUM JAMBOREE TAHUN 3
Untuk tahun ke 3 upacara Ride n Camp maseh berlangsung. Tahun mola di Gopeng. Tahun Lepas di Cameroon, dan untuk kali ini Kami memilih perkampungan Orang Asli di Slim River, Perak. Walau perkemahan cuma 2 Hari 1 Malam tetapi amat puas. Sungai mengalir deras. Acara memasak sepanjang Malam ke cerah. Udara nyaman. Terlalu berharga.
Mini Thousand Corner Khao Lak.
Cadangan untuk ke Khao Lak dah lama tertangguh semenjak dari tahun 2012 lagi, iaitu sejak kali terakhir aku lalu bersama Insan ketika pulang dr Kawthong, Myanmar. Jadinya tahun 2018 aku berkesempatan bersama kumpulan menanda kawasan. Menurut sejarah Khao Lak pernah dibadai Ombak Tsunami hingga 3 KM dr pantai, ramai manusia yang kehilangan nyawa dan kapal-kapal di bawa arus ke daratan. Apa Yang best ketika lawatan kami ialah tiada orang Malaysia yg kami ditemui, dan kedai masakan halal juga amat rare selepas pukul 9.00malam. Jadinya aku sarankan untuk empa cari makan sebelum kelam. Kami berjanji untuk kesini lagi pada April 2019. Aku harap empa pembaca buleh get ready untuk Kita gath 1 kali.
Diantara masa tu juga kami sempat Ride Siam Betong Concert Stadium Tak Macam Bike Week, Mega TTS LCCPK Telok Batek, Ride Santai Anak Utara, Ride Bay Bike Meet Pantai Remis, Dan Ride Hamdi Bike Meet Tanjung Bungah. Tour Hatyai Like 1st Time. Kiranya Tahun 2018 aktiviti penoh sungguh. Terima Kasih Ya Allah SWT.
Saat empa membaca tulisan ni kumpulan kami mungkin dalam perjalanan ke Pattaya Bike Week 2019. Dan akhir sekali Doa kita semua sentiasa dalam Rahmat Allah SWT.
#madduhadarikampungdengancintabersamaapidalamdada
Pengurusan Jenazah Percuma
Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...
-
Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or ...
-
SENARAI PASAR MALAM DI KEDAH SENARAI PASAR MALAM DAERAH ALOR SETAR 1 Alor Setar Sabtu, Ahad, Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Seberang Jalan...