Ahad, 29 Julai 2018

PULANG The Movie



Saya baru berpeluang menonton Filem Pulang pada midnight di sebuah panggung di Alor Setar. Pada saya ia sebuah kisah cinta yang berkuasa. Kisah si Ayah yang belayar mencari harta. Kisah si anak yang taat. Kisah si Isteri yang merindui suami. Kisah si cucu yang melaksana perintah si nenek untk mencari si datuk. Kisah persahabatan melintasi perkauman.


Si Ayah rela mati selepas kecewa melihat dengan mata kepala Si Isteri dengan lelaki lain di suatu majlis tari menari, itu kali pertama dan terakhir si Ayah pulang ke Malaya selepas keluar belayar ( tetapi Isteri tidak menerus hubungan dengan lelaki kedua, si Isteri cuma terhutang budi dengan si kedua yang meminjamkan wang untuk si Isteri ke Hong Kong mencari Si suami selepas lama terputus hubungan, kali terakhir si suami mengutus poskad dari Hong Kong ).




Si Ayah mati lebih 40 tahun di kebumi di Liverpool. Si Ayah merasa hidup sudah cukup dengan bertemu si Anak yang kebetulan melanjut pelajaran di England. Si anak mengetahui alamat si ayah melalui sahabat ayah si orang Cin.
Si Isteri tidak tahu akan kematian Si Suami dan menerus hidup dengan semangat untuk bertemu kembali si suami. Sebaik tahu perihal kematian si suami, si Isteri pun mati, ketahui melalui surat yang dibawa balik si anak 40 tahun lalu tetapi tidak dibaca. Perihal si anak pula kini mengalami amnesia walaupun gemar membaca, mungkin tekanan perasaan yang berat kerana tidak dapat menjelas perihal sebenar.


Filem dengan gambar yang sungguh menakjubkan. Permandangan yang sungguh indah. Dengan babak kapal karam yang belum di temui dalam mana-mana filem Malaysia. Dengan beratus pelakon extra. Membuat Saya hampir percaya perkara lakonan benar-benar berlaku (babak di Hong Kong ketika Si Isteri baru tiba ).
Dengan Kos 6Juta RM berbaloi dengan apa yang dipersembahkan. Cuma pada saya ada rasa yang tidak cukup. Rasa gembira yang sedikit.


https://www.youtube.com/watch?v=PjOwsZt_z_4


*Lagu latar nyanyian Dayang Nurfaizah ok lah.
*Cuma 6 penonton termasuk saya dan Isteri. Harapnya kutipan berbaloi.

Tak Kaya Tak Papa Kedana

Soalan: Saya sebelum ini menganggur beberapa bulan. Sekarang baru dapat kerja. Tapi gaji tak sama macam dulu. Sekadar cukup untuk nafkahi is...