Selamat tahun baru Gregorian buat empa semua dan Salam Maulud Nabi Isa. Terima kaseh 2018 untuk segala pelajaran, pengajaran, dan segala peluang.
Isnin, 31 Disember 2018
LEGALIZE GANJA
Sabtu, 29 Disember 2018
MIB
Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!
Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?
Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi saya nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
.
.
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?
Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.
.
.
MIB dapat duit dari mana?
MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.
.
.
Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
.
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:
1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.
.
.
Okay jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:
1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan.
.
.
Hantar dokumen di atas ke:
Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910
Peringatan - kalau dah pandai jangan lupa ajar orang lain..
Perkongsian : Wan Muhammad Najib
#atokhartanah
#tavaluers
Jumaat, 28 Disember 2018
Selamat Tahun Baru Masihi 2019
Buat tahun ke 3 berturut saya meraie tahun baru dengan Gaya hidop bebas di Gunung Jerai,Malaysia.
#petualangdunia #terastegar #peketum #katongmc #rfs #rfscrewmalaysia
Selasa, 27 November 2018
SYM T2 PART CROSSOVER
Barang2 spare part crossover t2 250i
1. Oil fiter - suzuki belang
2. Disc brake - sym maxsym 400
3. Clutch plate 7pc - Y15
4. Clutch spring - rxz, Lc 135 racing
5. Clutch cable - rxz, jaguh, vespa
6. Rear absorber - belang (kena modified bracket)
7. Sparks plug - NGK CPR8EA-9, Lc 135
8. Fuel filter - ex5
9. Front fork and oil seal dust cover - ninja 250, size 37x50x11mm.
10. Starter relay - sym scooter 200cc, kriss
11. Rear disc brake piston - y125r
12.O2 sensor
Isnin, 26 November 2018
Khaolak 2018
Cuma 4 tunjuk muka. Syukur maseh mampu ride walau dalam musim gawat. Tukaran Wang 784Baht=RM100.
3hari 2malam. Cover over 1000km.
Mini Thousand Corner part 1.
Benelli RFS 150i Part
Crossover part kutip dr FB
plug brisk ar12ys/ar12c dan ngk GPOWER cpr8ea
bateri koyoko ytx7l-bs (btx7)
std rantai O-ring 15-46(428 x 124L)
oil filter (suzuki vs125/belang)
sporket dpn (suzuki gs125/ keeway rkv200)
sporket blkg (suzuki txr panther/gb125)
break pad blkg (suzuki/honda rs150)
break pad depan (demak kros@scrambler/suzuki rg)
bracket clucth lever (nimota)
cabel clutch (fz150/y15)
cable throttle (fz150 2018)
swing arm blkg (y15)
monoshock blkg (y15 =/lc 135-)
spring clutch (rxz)
spring valve (y15)
bearing enjin (koyo/fag)
button start (rs150)
cover guard tyr depan (h.dash/rs150)
tensioner manual (rs150/y15)untuk auto tensioner SYM VTS 200
Thermostat (b. trx 502)
Getah hub suzuki (phanter txr150)
Timing chain
(yamaha lc 135)
Jumaat, 2 November 2018
NORTHERN MOTORCYCLE GATHERING 2018
Khamis, 11 Oktober 2018
Mega Gathering FZ R15 SeMalaysia
Jadi sebelum p aku riki2 tanya Arip Bond dia asai Ipoh menikah dengan orang Katong. "Owh Saya taw situ, dulu memang pernah main Gig situ" Ujar Arip Bond penoh semangat.
Batu gajah yang Aku taw Neban situ Anchik Motor Speed. Dia pun berjaya dah Lani boleh sewa proper workshop "Good Luck Wan Anchik".
Event memang nais dah seropa kenduri kahwin pun ada, selesa dengan kerusi meja penoh, tempat berbumbung teguh, maw ribut kuat pun belum tentu buleh tumbang. Jadi bila hujan advantage dia acara tetap boleh jalan lancar.
Aku anggarkan kehadiran lebih 700 buah FZ, merka pun ramai, tapi macam biasalah, hat elok semua hat orang.
Aku mola pikiaq tu takmaw tulis bab Bro Lando. Tapi ni aku tulis juga. Untuk makluman empa Bro Lando merupakan penaung event ni. Dan dia mai rasmi. Bro Lando dia memang "Wutoh Satu Kali". "Wutoh Satu Kali" adalah perkataan dari ucapan dia di atas pentas acara. Balik pun dok terngiang-ngiang ditelinga. Dengan Songkok, baju kameja batek, seluaq pandak, haram sungguh hang Lando. Zaman 80an dulu di Kuala Kangsar memang ada seorang gedebe dressup lagutu, tapi Aku dah lupa mana. Dulu Lando memang dia 100% sempoi tapi Lepas dia sendiri bagitaw dari mulut dia, dia la ni dah jadi Ikon SPRM kaki report, Aku rasa kesempoian dia dah kurang sikit dari meta 800 mungkin dah tinggai 786 . Apapun Aku harap Bro Lando terus selamat sehat walafiat dalam menerus agenda perjuangan dia .
Akhir kata Tahniah Kasta Rider FZ Batu Gajah. Terus Istiqomah dengan apa juga pekerjaan empa. Maw dok buat rileks. Kool bukan perkara yang perlu di buat-buat. Kool adalah perkara hebat yang semulajadi.
Pengurusan Jenazah Percuma
Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...
-
Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or ...
-
SENARAI PASAR MALAM DI KEDAH SENARAI PASAR MALAM DAERAH ALOR SETAR 1 Alor Setar Sabtu, Ahad, Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Seberang Jalan...