KEDAH INTERNATIONAL MOTOR FEST 2016
Awal mola aku dapat info mengenai event ni dari cakap-cakap mulut rider sepanjang beberapa bulan sebelum event berlangsung. Yang pertama approach secara official ialah Bang Lan kami terjumpa di Karnival Permotoran Kedah. Selepas tu dia ada call panggil tts di Kangar,Perlis aku turun juga. Aku jumpa ramai geng volkswagen,klasik,retro, dan turut hadir Bob RGF serta Al Fadzil Ustaz Omaq. Alhamdulilah Ustaz Omaq tetap idola walau kaki roket jalan lurus sama-sama DULU. Tak semestinya kaki roket orang yang jahat-jahat. La Ustaz dok bagi kuliah subuh mingguan di Mesjid Al Abrar, Kubang Gajah, Perlis, setiap hari ahad, kuliah maghrib mingguan di Mesjid Nurol Iman, Kurong Batang, Perlis, juga pada hari ahad, dan kuliah Dhuha bulanan di Islah, Mata Ayer, Perlis. Tahun lepas Ustaz Imam Muda Mesjid Al Ghofur Padang Lati, Perlis. Tetapi tahun ni Ustaz letak jawatan imam atas sebab apa empa kena lah tanya tuan punya tubuh. Empa mana yang kelapangan bulehlah usaha p dengar kuliah dia. Ustaq Omaq dulu pernah ikut ride Peketum X ECR pi Koh Samui tahun 2013. Ala stori Honda Cub GBO approved Ride tu. Empa beli dak keluaran tu?
Saat aku mula-mula menulis ni aku memang berada di tapak event. Aku menulis dalam hp screen retak seribu aku ni. Aku dah register untuk media siang kelmarin. Berjumpa dengan Tuan Kepala Kuasa Abang Hatta merangkap President Kedah Riders Club. Menurut beliau ini event ke dua di anjur oleh kumpulan beliau, selepas Kedah Bike Week 2012. Kedah Bike Week 2012 di anjur atas nama Northern Bikers. Tetapi mereka masih orang yang sama mengurus pada kali ini. Bilangan booth adalah 103 banyak lebih kurang Phuket Bike Week. Menurut BOB RGF yang berniaga di hadapan booth kapcai tidak bermeja ini, beliau dikenakan bayaran RM400.00 sepanjang acara. Untuk makluman empa semua juga. Apa saja jenis meka motor boleh masuk tapak acara dengan syarat kena daftar pada harga RM60.00 rider akan dapat Tshirt Event sehelai, sticker, tag participant, kupon grand dinner, kupon cabutan bertuah, hadiah berupa sebuah motor skuter SYM 125cc dan handphone jenama OPPO. Pada yang kata ini event rasis untuk geng motor besaq dan klasik yang elok-elok sahaja, empa semua silap. Ada sebijik mutu honda kap cabok dalam tapak event parking sebaris dengan big bike dan klasik elok-elok, aku ada snap gambaq tu. Mutu honda kap tu ada sticker event jadinya rider dia register dia, dia pun buleh masuk jugak. Bukan macam Mad Abau Katong MC LC merelap sebuk laju boleh cucuk angin RXZ Met Taya. Tapi masuk tapak event menapak dari luar, alasan dia RM60.00 mahai. Cuis buat malu je kau dengan rider honda kap cabok!
Latar tempat event aku bagi A. Tasik indah, yang empa buleh tengok belah alik mentenaik mentari lepas Plaza Tol Hutan Kampung, kawasan luas, sesuai beriadah seisi keluarga. Ditambah dengan View geng Volkswagen bercamping, ada yang berbbq, beriadah bersandar di kerusi malas, acah-acah hippies mat salleh tokwan kata . Ada busking celah-celah pohon menghijau. Perkara paling utama aku nak puji adalah adanya surau yang disedia cantik berlapik plywood dan karpet.
Untuk nak memeriah lagi acara, penganjur berusaha membawa artis jemputan gred AA juga dari Ibukota iaitu Ebby Yus, pak lakwak tembon seluaq kaki kecik Man Belon,dan Rockers Mus May. Nak habaq kat empa lagi Ebby Yus mai naik kereta Hummer kaler putih yang macam Horatio pakai dalam siri tv CSI tu. Ohh sungguh bangsawan kau Ebby Yus. Juga 2 orang merka Harley Davidson yang sungguh elork memukau sampai nak tengok lama-lama pun malu, kaki merka 2 orang tu panjang dekat nak sama pokok pinang pintu gerbang event Pesta Raida Padang Keria Ghani, aku tak snap gambar 2 merka tu, biarlah ia kekal dalam memori aku sahaja. Empa nanti bila ada pulak event laguni buleh lah pi, kut merka 2 orang tu ada lagi.
Event Kedah International Motor Fest ni buleh kata hampir serupa dengan event Bike Week yang kita dok beysa pi, sebab ada stage show, ada jualan aneka barangan seperti di bike week, dari sparepart motor, sparepart Volkswagen, motor jualan dari semarhaen Modenas ke sesombong apa merega Harley Davidson tayar 2 belakang tu, baju T support event dari para saudagar (saudagar jual T RM50.00, takdak makan, lucky draw, tag participant, takdak semua yang organizer sedia,jadi kau kata RM60.00 mahai lagi ka Mad Abau) helmet aneka design,jaket kulit, riding boot, pakaian bundle, baju budak, kain tudung D.I.Y acah kek nis, manek koran, sengkuang palit kuah rojak boh kacang kot ataih.(Yang tu win, rega RM1.00. Merka yang jual pun elok). Tetapi kenapa event ni bukan nama Bike Week. Selepas aku buat siasatan, rupanya telah ada kumpulan lain yang membuat onar menganjur menumpang nama Kedah Bike Week 2015 sambil buat top jual baju event kedah Bike Week, maklumat dari risikan aku dengan Pakcik Rela yang aku terpaksa rahsiakan nama, demi kelangsungan perkhidmatan beliau. Event Kedah Bike Week 2015 yang di adakan di Dataran Suka Menanti tempohari. Geng pakcik Rela kena syuu duit, katanya depa dapat cek tendang.Jemmmm!!! Ni gossip aku pasaipa depa tak guna nama Kedah Bike Week tapi Kedah Motorfest untuk event ni, jangan kecam aku pula ni cuma pendapat peribadi aku.
Event ni, pada aku win lebih dari Phuket Bike Week adalah karena ada Sprint Test Motor Vespa, Pemenang segala jenis motor dalam dunia. Menatang motor yang seluruh pelusuk dunia orang main dengan penuh kool. Walau serupa petunjukan sebab cuma 1 kategori sahaja. Body Open Lawan Body Standard (Konfem body open menang kan). Tetapi itu sudah cukup buat permulaan. Ada suatu mitos yang berlegar di seluruh dunia juga kata, pada sesiapa yang tak pernah pakai Vespa tak buleh declare diri "Mat Motor" bukan Mat Moto filem tu, sebab Mat Moto filem tu empa kena pakai RXZ kaler biru muda dengan helmet Bell Open Face siap Visor 5 button. Aku tak compare dengan Sadao Bike Week event ni sebab event Sadao lagi macam haram, rider nak masuk tapak event pun kena register beli baju bagai. Orang boleh turun support pun dah kira Ok pa, kau organizer lagi nak macam-macam??!!.
*RM5.00 aku kata OK bagi sticker dengan ayaq mineral. RM5.00 X 5.2Juta Rider, organizer akan dapat RM26juta. Aku tak buleh bayang 2.6 Billion banyak mana.
*** owh Ghani adakah engkau akan menganjur lagi pesta terok anjuranmu itu, dah lah duit tak kutip, kau buat kenuri pulak nasik kukuih gulai kawah kut ataih jamu semua yang mai, terok lah engkau Ghani weihhhhh.
Sekian.
MADDUHA KAMPUNG KATONG 300116. DOA AKU DAN EMPA SEMUA P SYURGA!