Jumaat, 21 Januari 2011
Khamis, 20 Januari 2011
Selasa, 18 Januari 2011
SALUT MOHAMED BOUAZIZI
Lahir 29 March 1984
Sidi Bouzid, Tunisia
Mangkat January 4, 2011 (umur 26)
SALUT MOHAMED BOUAZIZI
bila aku baca berita tentang kau yang berani
maka aku tunduk segan
bila aku baca berita kau mangkat
gugurlah si ayer mata
tamatlah riwayat kau yang yang pendek
26 kali kau beramadan
26 kali kau bermusim bunga
26 kali musim dingin sampai
tapi hidup kau penuh sengsara
kau membesar dibawah telunjuk leila si first lady
kau belajar
kau berjaya
kau ke universiti
kau berijazah
tapi kau hanya menunggu kerja
seperti beribu ribu anak muda
dengan penuh harapan yang setia
lalu kau membuat kereta sorong
menjaja buah dan sayur
inilah satu kehidupan yang bukan asing lagi
di negara dibawah pemerintahan leila si first lady
betapalah susahnya hidup
ibu adik dan kakak
semua menunggu rezeki dari jualan kamu
maka ditakdirkan datanglah mala petaka
lalu kereta sorong kau dimusnah
lalu sayur kau di rampas
lalu buah buah kau terbarai
kau menjaja tanpa lesen
lesen yang wajib dibayar untuk leila si first lady
wahai anak muda yang berani
bila kau membakar diri
kau telah membakar seluruh bumi arab
dari moroko hingga ke bahrain
dari damsheik hingga ke dubai
kemarahan rakyat meluap luap
rakyat jordan telah turun ke jalan raya
rakyat aljeria telah turun ke jalan raya
rakyat muritania telah turun ke jalan raya
bangun mengacungkan tangan
menuntut keadilan
mendobrak kezaliman
bila kau membakar diri
tanda bantahan terhadap leila si first lady
telah disambut oleh tiga anak muda di aljeria
telah disambut oleh tuan empunya cafe di al-khahairah
telah disambut oleh seorang anak muda di muritania
wahai mohamed bouazizi
bila pintu langit dibuka
kau lihat kembali ke tunisia
kau lihat kembali ke kereta sorong mu
kau lihat kembali ke kota kecil kamu
kau lihat kembali satu tunisia telah bangun
kau lihat kembali satu bumi arab telah bergolak
kau lihat kambali keberanian telah datang
untuk menentang kebatilan
untuk menegak keadilan
wahai anak muda
bila pintu langit itu tertutup
berehatlah kamu bersama segala roh yang suci
bersama segala pejuang yang berani
senyumlah untuk dirimu
leila si first lady telah diburu lari
al-fatihah untuk semua yang gugur
salut untuk mereka yang berani
salut dari aku untuk kamu.
dipetik dari T.T
Khamis, 13 Januari 2011
YELLOW RIDE LTDL 2011 PERLIS
Isnin, 10 Januari 2011
AMANAT
Rabu, 5 Januari 2011
SEJAK AKU TAHU
Selasa, 4 Januari 2011
PERLIS MOUNTAIN BIKE ENDURANCE CHALLENGE 2011 ROUND # 1
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Mantan M.B Dato' Seri Shahidan Bin Kassim di atas kesudian menjadi Penaung Program dan mengorbankan sejumlah wang yang besar demi merealisasikan impian sekumpulan anak muda untuk memajukan sukan berbasikal.Cabaran Dato' Seri untuk kami anjurkan lagi Pertandingan ini di sambut dengan lebih penuh semangat.
Sepanjang tahun 2011 pihak jawatankuasa memutuskan untuk menganjurkan Perlis MTB Endurance Challenge pada setiap hari ahad awal bulan sepanjang tahun . Secara tidak langsung pertandingan ini akan dapat mencungkil bakat baru dan memberi ilmu baru kepada pihak penganjur untuk menganjurkan sendiri kejohanan yang lebih besar pada masa akan datang.
Perlis MTB Challenge 2011 Round # 1
Tanggal 2 Januari 2011
Jumlah peserta = 37 orang (dari 42 yang berdaftar)
Pusingan Terpantas= 23minit (rider 069)
Raja Bukit = 6 lap, 2 jam 54 minit (rider 069)
8:12 pagi-beberapa minit sebelum perlepasan
8:29pagi-Dengan lafaz Bismillah pertandingan ini dimulakan
''ANAK MUDA YANG COOL HARUS MENCORAK GARIS TEKI KEHIDUPAN SENDIRI''
Sepanjang tahun 2011 pihak jawatankuasa memutuskan untuk menganjurkan Perlis MTB Endurance Challenge pada setiap hari ahad awal bulan sepanjang tahun . Secara tidak langsung pertandingan ini akan dapat mencungkil bakat baru dan memberi ilmu baru kepada pihak penganjur untuk menganjurkan sendiri kejohanan yang lebih besar pada masa akan datang.
Perlis MTB Challenge 2011 Round # 1
Tanggal 2 Januari 2011
Jumlah peserta = 37 orang (dari 42 yang berdaftar)
Pusingan Terpantas= 23minit (rider 069)
Raja Bukit = 6 lap, 2 jam 54 minit (rider 069)
8:29pagi-Dengan lafaz Bismillah pertandingan ini dimulakan
''ANAK MUDA YANG COOL HARUS MENCORAK GARIS TEKI KEHIDUPAN SENDIRI''
-maddoha kg.katong
kredit kepada Sella Shahbudin,Bro Pudin dan Syahrul Jaffaizal untuk gambar.
kredit kepada Sella Shahbudin,Bro Pudin dan Syahrul Jaffaizal untuk gambar.
Sabtu, 1 Januari 2011
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN
SALAM TAHUN BARU 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
Pengurusan Jenazah Percuma
Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...
-
Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or ...
-
SENARAI PASAR MALAM DI KEDAH SENARAI PASAR MALAM DAERAH ALOR SETAR 1 Alor Setar Sabtu, Ahad, Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Seberang Jalan...