Kayuhan Wang Kelian-Satun-Wang Kelian.
Jarak 88KM
4 askar kecut batu. Abah Ron,Cekgu Edy,Encik Azhar dan Mad Doha.
Kayuhan pada 12Km pertama berjalan lancar tetapi selepas Wang Tangga terus menerus ke Satun Hujan Lebat hingga kecut segala batu yang ada. Bila anak main hujan pasti akan kena marah tapi bila TokWan dan Pak sendiri yang buat boleh la pulak! heheh... Alhamdulilah tak dak berita lagi dari hero kata demam apa.
Memasuki Thailand melalui Wang Kelian amat berbeza dari segi udaranya. Jika dari padang Besar atau Bukit Kayu Hitam kita akan melintasi kawasan pembangunan dan kesibukan tetapi amat berbeza melalui jalan ini. Jalan yang di lalui adalah kawasan Taman Negeri Perlis yang merupakan kawasan hutan simpan bukit bukau batu kapur lebih dikenali Banjaran Nangkawan pada yang belajar Geografi,sepanjang 38KM, manakala di sebelah Thailand kita akan melalui Thale Ban National Park yang bersambung dengan Taman Negeri Perlis. Negara kita dan Thailand berkongsi spesis flora dan fauna yang sama dan jangan terkejut jika dikatakan terdapat kambing gurun di kawasan kejiranan ini.
Kayuhan ini amat mencabar mental di mana sepanjang perjalan hujan lebat dan kepercikan air tarmac Thailand terus menerus memasuki mulut.
seawal 7.00pagi keretaku telah memasuki Jalan Tinggi ini yang bini duk kata."Abang kalau nak pi kayuh gerek,sama bang subuh keluaq dah, maw nak pi keja jenuh gerak!!":-)
8.00pagi meletakkan kereta di Taman Negeri Perlis. ikut Plan parking di Kaki Bukit tetapi memandangkan ada 4 hero saja yang berani,plan di tukar ke sini.
sarapan di Wang Kelian, apom berharga rm2.00 dan rm 1.00 untuk kopi, siap teko tu.
mesin mekanikal ku untuk menakluki tarmac hari ni.
pada KM6 lebih kurang ada mesjid dan ini tempat terakhir kami berhenti ambil gambar lepas nih hujan dah.sepanjang perjalanan , ada lebih 10 mesjid yang kami jumpa.
10pagi waktu Malaysia.
dah sampai Satun,di kedai Pak Dey. tempat nih merupakan port untuk geng biker Satun. dan Pak Dey yang berusia segagan Abah Ron jugak merupakan rider tegar.. ermm Abah Ron kalo tak salah tgk no.Ic dia kat border pass tu kepala 55....
aku meminjam teknologi geng bendera merah untuk meletakkan efisyen mudguard di mesinku tak tahan percikan duk masuk mulut..
Layanan geng Satun Bike kita bagi A+++. amat Mesra.
Pak Dey hat baju Oren tu. yang jaket biru nama Neng. terima kasih Neng awaklah Laison Officer yang paling bagus.terima kasih untuk belanja makan pagi kami.
di kedai Zul.
Port Geng Taratao Bike.
dan 3 cawan kopi wangi
Isnin, 23 November 2009
Khamis, 12 November 2009
Rabu, 11 November 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
Pengurusan Jenazah Percuma
Pengurusan Jenazah PERCUMA Ada, Kenapa Pilih Yang Berbayar? Duit yang ada, boleh simpan. Selesaikan hutang Si Mati . Simpan untuk kegunaan i...
-
Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or ...
-
SENARAI PASAR MALAM DI KEDAH SENARAI PASAR MALAM DAERAH ALOR SETAR 1 Alor Setar Sabtu, Ahad, Isnin 5.00 Petang - 9.00 malam Seberang Jalan...