Ahad, 10 Januari 2010

Kenyataan Akhbar Pertubuhan Khairat Kematian Kampung Katong

Pihak Pertubuhan Khairat Kematian Kampung Katong mengutuk serangan ke atas 3 gereja di sekitar Lembah Klang pada pagi 8hb Jan lalu. Serangan tersebut adalah perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.

Perbuatan tersebut tiada dalam kamus mana-mana peradaban negara di atas muka bumi ini. Kami percaya ianya berpunca dari unsur provokasi yang jahat dan dungu serta runtuhnya rasa saling menghormati dalam negara kita yang tercinta ini.

Oleh yang demikian, seluruh ahli pertubuhan khairat mengecam sekeras-kerasnya tindakan jahat tersebut, dan pihak atau individu yang terbabit dihukum dengan sekeras-kerasnya.

MAD DOHA
KAMPUNG KATONG.

Tiada ulasan:

solat pakai kasut

Jangan pelik lihat orang solat dalam keadaan memakai selipar atau kasut di airport, tepi jalan dan sebagainya. Ini kerana Rasulullah dan par...