Sabtu, 9 Januari 2016

Dari Dr.Maza

Insan itu perlu sering bersendirian dengan Tuhan. Beristighfar, berzikir, bermunajat dan berdoa. Insan perlu memperuntukkan  masanya saban hari untuk dia berada dalam keadaan tenang, sendirian, khusyuk dengan jiwa yang penuh hadir semasa melafazkan setiap kalimat zikir. Di situlah insan akan mendapat kekuatan dan  merasai keindahan hubungan dengan penciptanya. Di situlah juga insan akan melihat dunia dari dimensi yang merentasi batasan fizikal dan material. Jiwa serta rasa juga akan berbeza. Nikmat mengecapi limpahan kerohanian itu sangat ajaib dan luar biasa apabila ia mengambil tempat dalam jiwa seorang hamba. Dalam Kitab Allah dan Sunnah NabiNYA banyak diajar hal ini untuk kita hayati.
Tidaklah dapat memahami hal ini melainkan sesiapa yang melaluinya.

Tiada ulasan:

PANAS LIT LIT

MANDI KERANA LETIH BERPUASA Daripada Abu Bakar bin Abdurrahman radhiyallahu ‘anhu; “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: Aku pe...