Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

MAULIDUR RASUL 1438H

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli-ahli keluarga baginda serta para sahabat dan tabiin yang bertaqwa. Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun 1438H ini, saya bagi pihak keluarga besar PEKETUM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia.  Pada hari ini, 1438 tahun yang lalu lahirlah seorang insan yang bernama Muhammad ke muka bumi ini. Muhammad yang bermaksud ‘yang terpuji’ hadir di muka bumi ini membawa rahmat ke seluruh alam. Seperti yang kita sedia maklum, risalah yang dibawa Muhammad s.a.w bukan sahaja bersifat kerohanian tetapi juga mencakupi segala aspek kehidupan. Baginda berjuang menentang penindasan dan kezaliman serta membela golongan mustadhafin (golongan yang lemah). Baginda juga merupakan seorang pemimpin negara yang senantiasa menegakkan keadilan serta memastikan kesejahteraan buat setiap warga. Perjuangan panjang Muhammad s.a.w dipenuhi pelbagai cabaran yang menuntut pelbagai pengorbanan. Namun begi…

Van Tour Krabi Phuket Koh Samui Koh Lipe

Imej
RM600/ Hari
Max 12oranginfo MadDuha +60123060911 fb/tworingkingdom

KRABI BAIK WIK #5 2017

Imej
Takpernah lagi dalam seumur hidup aku. Tukaran duit cecah 7.96Baht bersamaan 10Ringgit Malaysia. Itu tukaran pada hari aku menulis entri ni. Memang sungguh tak logik apa yang menteri dok debin2 kata ekonomi kita ok, ekonomi kita di landasan yang betul, akal orang pintar mana pun taktaw.
Harga sepinggan nasi dengan sejenis lauk padpet ayam yang dulu cuma RM4 tapi dah jadi RM7 di Dannok.
Hari tukar duit di Kedai 555 simpang Changloon-Pauh aku jadi mata merah geram. Biasalah kita kan kastemer, dan sebagai kastemer is olwes rong. Aku tukaq untuk 10000Baht dan makcik muka opera cina tu bg harga RM1256.30. Aku dengan muka maneh minta lah diskaun 3kupang. Makcik muka opera cina tu buleh kata "takdak duit jangan pi melancong".
Teruih potong mood aku. Tapi tu cerita harini 10 Disember 2016.
Yang sebenaq aku nak cerita adalah Ride Anniversari 7 tahun Peketum Pi Krabi 2016.
Kali ni tak ramai komrad yang turun, aku yakin semua pun tengah down, dah lah nak jalan Pattaya lagi tak sampai …