Khamis, 15 Oktober 2015

PEKETUM TOUR TANAH JAWA

JAKARTA-BANDUNG-JOGJAKARTA

Alhamdulillah,saat saya mula menulis ini telah lebih 10 hari bersama Saudara2 PEKETUM MC Malaysia selamat kembali dari Tour Tanah Jawa X KUSTOMFEST 2015.. Allah Setuju semua jadi, perjalanan jalan darat bermula dari Jakarta, Purwakarta,bermalam di Kota Bandung, melalui Tasik Malaya di malam hari dan seterusnya ke tapak Event Kustomfest 2015 di Pusat Expo Jogjakarta ..berpergian 30/9 dan kepulangan pada 4/10.. 

30.09.2015

Dari Alor Setar saya dan Isteri naik Kapai Air Asia ke KLIA2.. dengan tambang yang lumayan murah.. RM75 untuk dua orang.. lagi murah dari naik bas..dan yg paling penting jimat masa....bayangkan maw naik bas dari Kola Perelih turun Pudu Sentral pastu jalan kaki naik LRT, pastu tukaq naik ERL di BTS kan banyak kali langkah kaki tu. Ni pertama kali saya naik kapai terebang dari Alor Staq jadinya mata melilau cari tanda arah nak p kut mana. Pagi tu jumpa Rudy KTM. Dia rider mutu perang LC135 BMRS pi race Endurance. Murah rezeki dia payung saya sarapan di Airport.
Babai kampung. huh pakcik buat terer naik kapai terebang kali ni.

 Dalam pukul 9am sampai di KLIA2..Krew yang mola-mola jumpa Wan Jupiter COE Batu Pahat dan Alip Kaizer Ashim Geng Enal Gombak Haziq Muka Cina JB Pilot Sg. Sarapan lagi sekali...Lepas sarapan dok cari juga yang lain-lain, dalam dok menapak mencari terlepas masok dalam balai perlepasan. Contact yang lain, depa masih dok bersiap, saya tanya dok bersiap tang mana, ada p jawab tang pintu ceremin ni,apa ingat ada 1 saja ka pintu ceremin dlm KLIA2 nih. Lepas tu jumpa dengan Along Kaki Selekoh Desa Pandan, rupanya depa kena pintu 22 hujung sekali. Ok saya pun dok lah tunggu tang pintu awai ni. Lupa nak habaq saya kena Pintu 2.  Lepak  sementara nak tunggu kapai bawa keluaq charger telepon usung kerusi dan layan War COC.... 

 Untuk ke Jakarta, saya memilih pesawat Lion Air... pesawat ok..Pramugari muka jawa, lain sungguh dengan muka Merka Air Asia.apa lagi dengan merka pramugari MAS owh kenangan menusik jiwa.Pramugari Lion Air rambut sanggui sama dengan Pramugari MAS, manakala Pramugari Air Asia rambut jenis dok gerbang-gerbang sat2 kena perbetui dok lindung muka. Kapai Lion Air ni tempat duduk selesa.. saja nak tukar angin.. harga sama dgn Sedara Peketum MC lain yg naik Air Asia (RM97.00 sehala)... cuma Lion Air tadak web check in.. kena check in kat kaunter... pastu dia ada free luggage (20kg).. tadak refreshment.. dan tadak jualan makanan  atas kapai.... sebaik dah brekpes 2 kali tadi...dalam kapai aritu kebanyakannya org Indonesia... Malaysian ada berapa kerat dan ada mat saleh seketoi dua....yang mat salleh laki 2 orang dok selang 2 kerusi depan pakai seluaq pandak ketat atah lutut tang tengah paha, saya cuba tak fitnah depa cinta kaum sejenis. 
kagum buleh dok betui sayap kapai,tem kapai naik sayap yang belakag tu turun bawah. tem kapai turun sayap tu naik ataih.saja lah nak cerita bagi panjang2 nak habaq sama pakcik orang kampung tak beysa lagu2 tengok kapai terebang ni.


 Mendarat Bandara Jakarta jam 315pm, untuk makluman empa semua orang Indo depa suka guna bahasa akronim sesedap sebutan macam contoh Bandara untuk Bandar Udara dan lembiru Lempar Beli Baru macam Vape Uzainy My yang reja dok kena repair sedia2 tu, asal jumpa bawa keluaq skrudreba repair, tang spring tak kena, tang karan tak cas, tu elok Lembiru... 
Rupanya la ni dah tak payah isi visa on arrival... terus lalu laluan utk Asean Country dan depa cop visa tangtu jugak... lega la... ingat pi dulu 2 tain lepaih beratur kat epot Medan punyalah lama....  pastu cop imigresen pulak kut ataih....
dari tempat kapal terbang landing, kena naik bus ke terminal...


Usai urusan imigresen, Saya cari WIFI untuk contact Pak Ya Jakarta Timur Honda Tiger Lari 70KMH buleh pi 700KM 1 Tank... Pak Ya otomatik dilantik sebagai Laison Officer untuk sepanjang 5 hari ... .


Sementara tunggu dia sampai, saya late lunch dulu kat A&W.. rupanya gang yg lagi 14 org pun dah sampai tapi depa turun di Bandara3. Saya turun Bandara2 memang tak jumpa lah.. Pak Ya pi uruih depa dulu hantar depa pi lunch nasi padang....


Dari airport,Pak Ya amik saya p kedai makan dan bergabung naik van yang kami sewa sepanjang 5 hari 4 malam ....tadak apa acara yang penting, dan semua takmaw pi kedai spare part motor, kami sebulat sora decided pi ITC Cempaka seropa tempat shoping macam Sungei Wanglah untuk orang2 marhaen macam kita.. cuma yang best lagi banyak tingkat dan ada jual kain ela setingkat..pilihan banyak.. Saya ada beli sikit beberapa meta untuk hadiah orang tua di rumah.




 Shopping punya shopping sampai ke malam.. semua dah pakat melekit satu hari dah berjalan.... terus pi hotel... hotel 5 bilik dah book...orang semua 16 orang.. Jadinya kena tambah bilik.. dah habaq awai tak kalot.. bila habaq sayop, kena beli walk in mmg kompom harga lebih la.. orang tanya takmaw jawab. 

Kami menginap di hotel nih, Maven Gunung Sahari.. asalnya kata nak tour naik ketapi, jadinya carik la hotel yg berdekatan dengan stesen ketapi...Maven nih tadak apa yg best, macam kawasan biasa2 dan tiada RED District berdekatan... boleh la untuk rehat dengan aman malam tu.. 






Dinner malam tu, mee meggi sedap... makan tepi jalan yg keta tolak tu.. sebaik perut dah mereli dengan bakteria tepi jalan/ maw idak buleh kuruih wooooh..cer ber.
malam sebelum tido asingkan duit untuk perbelanjaan hari seterusnya....duit rupiah agak tinggi dari awai tahun lepas masa p Medan...dulu RM270=1juta. Kali ni RM300=1juta. Nampak terer dak Menteri Kewangan Malaysia yang baru ni.



01.10.2015

Selamat pagi Jakarta.... pagi tu check out hari dah cerah pukui 8.00 waktu Malaysia dan terus ke ke MONAS singkatan untuk Monumen Nasional... Pi Jakarta tak amik gambar tang Monumen Nasional nih kira tak sah la..ni . awal pagi tapi dah panas... Indo gmt +7 masa awai sejam, sini kul 6.00 pagi dah cerah....




Tujuan p tang ni pun nak bergambar...1st group photo, muka maw ganaih...beropa kali Bang Mad dok habaq pakai kasut bg elok.. tapi dok degil jugak nak pakai selipar...ilang 3% kehenseman.. lepas bergambar terus brekpes kat food court area Monas nih.. pagi tu makan mee bakso,dan 2 teh botol....



Turun van kena serbu.. pyan beli 10 wau payung terejun dengan 10 rama2 terebang...







 Dari Monas kami bergerak terus ke Bandung... bukan hari minggu tapi kenderaan tetap bertali arus.. jalan highway kereta banyak macam jalan biasa, iyalahkan Indonesia ada 280Juta penduduk berbanding 28Juta Rakyat Mesia....dalam 2 jam setengah perjalanan kami sampai ke bandung.....






Kenderaan kami.. van 18 seater.. asal kejadian van ini adalah body lorry... diubah suai hingga jadi van....rega 30juta RP.. lebih kurang RM100K


Satu yang best kat jalanraya kat Indonesia nih, selang beberapa puluh km ada hentian.... bila tour ramai2 ni best dok waut wit dalam van.. tiap2 hentian berenti berasap, ada asap wangi vape, asap surya, asap vanilla tembakau gulung.... 
Sambil berasap, yang best ada benda kudap.... di bawah ni gambaq tauhu semedang, sedap betoi tauhu nih.. makan panas2 dengan cabei ijo...  berasap mulut dan perut.....sebijik jatuh 2 kupang lagutu.






Dalam perjalan paling ketara adalah bentuk muka bumi dan bentuk rumah yang hampir sama bentuk bumbung jenis atap genting kaler merah,bata besaq tak plaster dari luar, rumah pula atas teres bukit, dari jauh nampak macam resort. Bentuk muka bumi berbukit bukau, ada padi huma, ada jalan keretapi lintas bukit, owh indah.

Sesampai di Bandung tempat pertama yang kami tuju adalah rumah makan, lepas makan tuju ka Wisata Alam Kawah Putih.

Rabu, 14 Oktober 2015

Dari Dr.Maza

DARI TWITTER DR MAZA

 
DrMAZA.com
Public Figure902,988 Likes
10 hrs
Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada Gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara dari para pengkhianat dan penjenayah. Itu adalah jihad yang besar.

Isnin, 12 Oktober 2015

KRABI BIKE WEEK 2015


Krabi adalah salah satu dari beberapa tempat lagi yang aku suka ulang dan ulang lagi. 1st time dulu dengan bas lepas tu dengan geng gerek. Lepas tu bawa Family naik kereta, lepas tu dengan Family lagi naik kereta, lepas tu dengan motor (Running in RK2546 tukar minyak hitam 1st di Krabi), lepas tu dengan geng supabaik Kolumpo, lepas tu dengan Motor Masa Phuket Baik Wik 2013, Lepas tu ujung tahun Baik Wik 2013 X Ranong X Kawthong, Lepas tu bawa ramai-ramai Raida Nation, lepas tu Baik Wik Phuket 2014, Lepas tu Baik Wik Krabi 2014, Lepas tu Baik Wik Phuket lagi 2015. Ni plannya bulan adap lagi sekali. Moga Allah pemudah semua urusan. Si u gais! 12 Kali. X minimum RM300. Banyak dah orang siam makan duit Mesia Noh!!.

Isnin, 5 Oktober 2015

KUSTOMFEST 2015 HONDA SUPRA

BIKE REVIEW 
GOLD DIGGER CAFE RACER STYLE
KLUB : HONDA SUPRA INDONESIA
TAHUN : 2003
FRAME : KUSTOM & DIPANJANG HINGGA  15CM & KALER  BROWN COOPER 
MEKA : HONDA SUPRA 100CC 
TRANMISI : MANUAL 4 GEAR
RIM & TAYAR : RIM DEPAN 18 x 1.65 TAYAR SWALLOW 2.75.
RIM BELAKANG 18 x 2.5 TAYAR TAYAR COKER 4.0.
SUSPENSI : DEPAN JENIS SPRINGER KUSTOM, BELAKANG JENIS MONOSHOK KUSTOM MEKA ROSIA NANTI EMPA HWC TIRU PULA.
BRAKE : DEPAN BELAKANG JENIS DRAM 20CM DIAMETER.
EKJOS : KUSTOM PIPE STAINLESS STEEL KONA NAIK ATAIH KELUAQ KUT TEPI EKSOBA, MUFFLER KASTEM KABEN ELOQ CAP HONKI.
KERJA BODY & CAT : TANK ATAS KASTEM TAKDAK JUAL SIAP TERMASUK LAMPU DAN DIKROM KALER EMAS. JUGA AIRBRUSH BUKAN PARTSAID BUAT DESIGN.
LAIN2 PART AKSESORI
*ENJIN KROM & POWDER COATING
*SEAT KAYU JATI DIKASTEM DENGAN KULIT DI KALER CEKELAT BROWN GELAP 
*LAMPU DEPAN BELAKANG KASTEM
*PEMIJAK DAN SKREW SEMUA KROM EMAS
*HAND GRIP KABEN
*ELEKTRIK STARTER TAK TEROK2 TANJAI PERIDOP MCM CAFE RACER DIRRRR.


















Jumaat, 2 Oktober 2015

Tour Pulau Jawa.

1.Oktober.2015
Ini hari ke 2. Dari penginapan di Kota Jakarta destinasi pertama adalah MONAS. Iaitu Monumen Nasional Indonesia.
Dari MONAS terus berjumpa Aulia dan beliau mengikut kami ke Bandung.
Kami makan tengahari di Restoran Ampera. Lumayan. Makantengahari beserta iringan live band.
Usai makan berangkat ke Wisata Alam Kubah Putij di Ciwidey. Tempat indah kelahiran gunung berapi yang membentuk kawah air beracun berwarna putih.
Pulau jawa kurang enak untuk tunggangan berkuati siang hari.

Tour Pulau Jawa

Harini kali pertama aku menjejak Jakarta dan kali ke2 di Pulau ni. Kehadiran kali ni dengan kaum kerabat Persaudaraan Kapcai Rider Turing SeMalaysia. Ditemani Isteri. Perjalanan bermula dari Alor Star dengan penerbangan Air Asia ke KLIA2. Dari KLIA2 menaiki penerbangan LION Air. Total damage untuk penerbangan sehala sahaja adalah RM175.00.
Anda juga mampu bukan.

Tour Pulau Jawa

Harini kali pertama aku menjejak Jakarta dan kali ke2 di Pulau ni. Kehadiran kali ni dengan kaum kerabat Persaudaraan Kapcai Rider Turing SeMalaysia. Ditemani Isteri. Perjalanan bermula dari Alor Star dengan penerbangan Air Asia ke KLIA2. Dari KLIA2 menaiki penerbangan LION Air. Total damage untuk penerbangan sehala sahaja adalah RM175.00.
Anda juga mampu bukan.

Asia Road Racing 2024

Jentera 1000cc kini mengganas di Asia Road Racing Championship. Ketika sesi latihan pada hari Jumaat, Ducati mendahului carta kelajuan maksi...