Selasa, 30 Jun 2015

Salam Fitrah 1436H

8 Golongan Asnaf yang Layak Menerima Wang Zakat

Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.

Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.Riqab – seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.

Selasa, 23 Jun 2015

Bukit Uhud

Kehadapan sahabat yang aku kasihi. 
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

AllahuRabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Ahad, 21 Jun 2015

4 Ramadhan 1436H

#anakjawi
MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, aku yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah aku yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu ku, bukakanlah hijab kpd aku yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri ku, Jgnlah kau menguji aku pd apa yg tidak mampu aku lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk ku ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Rabu, 17 Jun 2015

Salam Ramadhan 1436H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..

د فعهوجوع شعبان يع موليا اني، دعن رنداه ديري ساي موهون ماعف اتس سگالا كلمهن، ككوراعن،كسيلافن دان كخيلافن انتارا كيت.

يع ترسيراة ماهوفون ترسورة، يع ترسمبوثي ماهوفون تراع تراعن، يع برنية ماهوفون تيدق برنية.

سگلا گوراون هثاله اونتوق معهيبوركن هاتي، بوكن مثاكتي هاتي سساما سنديري.

سموگا الله ممفرمودهكن عبادة فواسا كيت تاهون اني دان مندافت فاهلا سرت رحمة سفرتي مان يع دجانجيكن اوله الله. آمين... انشالله.

سلامة مثمبوت رمضان المبارك.❤❤❤.

Selasa, 16 Jun 2015

Kuching

#instaplace #instaplaceapp #android #kuching #malaysia #day #my
Selepas 14jam 20minit kami tiba di Kuching.
Boleh tahan kalo kau. Untuk exstreme junkie seperti kami sungguh tidak terasa . Di beritakan sebelum ini sungguh terok. Suka benar untuk kami katakan. Itu cuma momokan kosong!

Khamis, 11 Jun 2015

AL-FATIHAH








Pakistan executes man who was 15 when sentenced to death


Pakistan has executed a man who was 15 when he was sentenced to death for murder and whose lawyers say was tortured into confessing, in a case that has prompted concern among rights groups and the United Nations.
Aftab Bahadur was sentenced to death for killing three people in 1992 and human rights group Reprieve said two witnesses who implicated Bahadur had since recanted, saying they were tortured.
NOTA
bila aku membaca berita ini
bila aku membaca berita ini
bila aku membaca berita ini

aku sendiri tidak tahu
apa ingatan aku
kerana semua air mata aku
telah lari bagitu jauh sekali
lari meninggalkan aku
hilang entah ke mana

aftab 
aku  doakan kau bertemu
dengan isa dari nazareth
kemudian kau tanya pada isa
kemana hilangnya
air mata aku
T.T

S.I.D.- Sunset Tanah Anarki feat Putri gecko band



Andaiku malaikat, kupotong sayapku dan rasakan perih di dunia bersamamu
Perang kan berakhir, cinta kan abadi, di tanah anarki romansa terjadi

Desing peluru tak bertuan, hari-hari yang tak benderang
Setiap detik nyawa ini kupertahankan untukmu
Alasanku ada di sini, dan parasmu yang kurindukan
Di neraka kan kumenangkan, hariku bersamamu

Dalam gelisahku menunggu, berita tentang gerilyamu
Semerbak rindu kuasai udara panas ini
Sepucuk surat telah tiba, dan senja pun ikut berdebar
Kalimat indah dan kisahmu tentang perang dan cinta

Kubasuh luka dengan air mata
Oh hatimu beku, serta jiwamu yang lelah
Tak henti lawan dunia dengan mimpi besar untuk cinta
Dan jalanmu tuk pulang, di ujung waktu kan ada cahaya
Itulah aku, raihlah mimpimu

Selasa, 9 Jun 2015

Pagi

22 Syaaban 1436H
09 Jun 2015M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Manusia dicipta Allah cukup sifat dan akalnya. Tiada cacat celanya. Tetapi mengapa manusia mudah lalai? Dengan zaman yang semakin maju, manusia mudah lalai dan leka dan semakin alpa dibuai dengan teknologi masa kini. Punca segala masalah ini berpunca dari kecelaruan akal manusia. mereka mudah terjerumus kelembah hina.
Masih ramai yang tidak tahu daripada yang tahu...
أَلَا إِنَّ لِلَّـهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ أَلَا إِنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ ﴿٥٥﴾
Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui(nya).
(Yunus: 55)
Masih ramai yang tidak faham daripada yang faham...
أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ ۚ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ ۖ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا ﴿٤٤﴾
atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu).
(Al-Furqan: 44)
Masih ramai yang kufur daripada yang bersyukur...
ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ ﴿١٧﴾

kemudian aku (Iblis) akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).
(Al-A'raf: 17)
Masih ramai lalai daripada yang beringat dan berzikir...
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَـٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ ﴿١٧٩﴾
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf: 179)
Kufur ini kalau kita perhatikan menjurus kepada kafir. Ini bererti kufur adalah perkara yang wajib kita ketahui untuk mengelakkan diri kita dari menjadi kafir tanpa kita sedari. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” .
(An-Nisa’: 56)
Oleh sebab itulah Allah SWT memerintahkan kita untuk mengucapkan doa setiap hari, siang dan malam secara berulang-ulang kali;
َُُُاُهدِناَ اُلصّرًَطَ اُلمُستَقِيمَ، صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”.
(Al-Fatihah: 6-7)
Justeru, kun daa'iyan (كُنْ دَاعِيًا ), jadilah seorang da'ie.
:- Ustaz Anuar Hashim. Alaweeyah9298.

Jumaat, 5 Jun 2015

NILAI BANI MELAYU


Mengikut Perlembagaan Persekutuan, takrifan Melayu adalah: sosok yang mengamal budaya, bahasa Melayu dan beragama Islam. Takrifan ini cukup senang, demokratik dan tanpa banyak songel. Untuk saya, di belakang takrifan – siapa dia Melayu – ada persoalan yang lebih besar – persoalan nilai Melayu. Takrifan nilai ini sayangnya TIDAK dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai cara untuk mengenal siapa Melayu dan siapa bukan Melayu. 
Takrifan siapa Melayu dalam Perlembagaan dilakukan hanya untuk mentadbir. Pentadbiran penjajah British yang membawa buruh imigran dari Cina dan India memerlukan sistem identifikasi. Justeru, lahir konstruksi takrifan Melayu yang membolehkan sosok seperti Mahathir Mohamad, Reezal Merican atau Azeez Rahim menerobos masuk dan mengakui Melayu. Walhal – rupa bentuk, kulit dan iras sosok tidak mencerminkan keMelayuannya. Persoalannya apakah nilai yang diamal oleh sosok ini mencerminkan nilai Melayu?
Saya menimbulkan apa dan siapa itu Melayu kerana pada tahap ini Bani Melayu menghadapi krisis yang maha besar. Bani Melayu hari ini menghadapi krisis identiti diri. Krisis identiti ini membawa Bani Melayu kepada krisis nilai. Justeru krisis nilai Bani Melayu inilah yang sedang kita lihat dalam politik kontemporari Malaysia hari ini.
Nilai muncul dari punca ekonomi. Nilai tidak muncul dari mimpi atau angan-angan. Satu ketika dahulu Bani Melayu keseluruhannya kaum tani, nelayan atau pekebun kecil. Kedatangan British memunculkan sosok Melayu untuk menjadi pegawai kerajaan, anggota polis, askar dan guru. Ramai Bani Melayu sebelum kedatangan British menjadi pelaut yang hebat. Dalam sejarah dan cerita rakyat ada tertulis juragan dan saudagar Melayu yang berniaga di kepulauan Melayu. Si Tenggang adalah contoh juragan dan saudagar dari Bani Melayu. 
Tetapi dengan kesampaian juragan dan saudagar dari India dan Cina yang memiliki jaringan perniagaan lebih luas, membuka persaingan. Akhirnya kerana persaingan sengit kumpulan juragan dan saudagar Bani Melayu pupus. 100 tahun dahulu Bani Melayu tidak kenal duit dan dinar. Ini berbeza dengan kaum imigran India dan Cina yang tamadunnya ribuan tahun mendahului tamadun Melayu. 
Justeru, nilai Bani Melayu adalah nilai kaum tani. Nilai Bani Melayu adalah nilai masyarakat pertanian-agraria. Nilai kaum tani dipasak oleh setiakawan yang intim, kejujuran kata-kata, janji yang ditepati dan paling ampuh adalah nilai bergotong royong. Nilai ini tidak pernah diukur dengan dolar dan dinar. 
Nilai bani Melayu ini muncul kerana keperluan bertani dan mencari kehidupan. Adalah tidak tepat jika kita menganggap nilai – apa yang dianggap salah dan apa yang dianggap benar – muncul dengan kedatangan Islam. Bani Melayu adalah mualaf yang baru berumur 500 tahun. Nilai salah benar – apa yang baik dan apa yang salah – wujud dalam roh Melayu sebelum sampainya juragan dan sudagar Arab di Melaka. Nilai keterbukaan fikrah bani Melayulah yang menyambut saudagar dan juragan Arab. 
Dunia berubah. Pembuatan dan pekerjaan untuk mata pencarian berubah. Asas ekonomi berubah. Bentuk ekonomi berubah. Semua ini membawa perubahan nilai. Dari asas ekonomi pertanian dan nelayan, Bani Melayu dipaksa ekonomi kapitalis yang berNabikan jual beli dan berkiblat keuntungan. Awalnya resapan ekonomi kapitalis agak lunak. Sistem ekonomi kapitalis masuk secara teratur dan tidak mengganggu gugat ketenteraman Bani Melayu. Walaupun sistem ekonomi kapitalis membawa budaya yang berlawanan dengan budaya agraria Bani Melayu – mereka tidak berasa terancam. 
Nilai kapitalis diukur dengan ringgit dan dinar. Tenaga kini bukan lagi diminta bergotong royong untuk bersama-sama membuat tali air sawah atau membaiki pembetung. Tenaga dalam sistem ekonomi kapitalis boleh dihitung untuk dipukul harga. Awalnya bani Melayu tidak menyedari ini. Perubahan ekonomi membawa perubahan politik. Kuasa politik yang dimiliki oleh United Malays National Organisation mula disedari sebagai lompong. Kuasa politik tanpa kuasa ekonomi hanyalah mimpi yang dimimpi-mimpikan. 
Mimpi ini pecah membawa kesedaran apabila ia diasak oleh kekalahan parti Bani Melayu yang berslogan Ketuanan Melayu pada 1969. Kekalahan besar United Malays National Organisation memunculkan satu dasar ekonomi yang baru. 
Dasar Ekonomi Baru (DEB) memaksa Bani Melayu masuk ke dalam kancah jual beli ekonomi kapitalis. Selama 40 tahun kebelakangan ini, Bani Melayu dipaksa menerima sistem nilai budaya yang dilahirkan oleh sistem ekonomi kapitalis. Justeru krisis politik yang kita lihat hari ini adalah manifestasi dari nilai-nilai tadi.
Pergolakan politik yang berlaku lebih dari sedekad adalah manifestasi berkecamuknya nilai Bani Melayu. Kalau dulu, kata-kata dari mulut Bani Melayu adalah janji yang terikat. Hari ini kata-kata tidak boleh lagi diterima tanpa tandatangan dan surat akuan peguam. ‘Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’ – tidak lagi menjadi asas kemasyarakatan Bani Melayu. 
Setiakawan dan semangat kekitaan dinilai dengan keanggotaan kelab ini atau parti itu. Budi dan bahasa hanya ucapan kosong kalau ia tiada ringgit dan dolar. Dalam masa satu generasi, Bani Melayu dipaksa untuk menerima nilai yang amat asing. Banyak jalur nilai ini tidak berakar umbi dalam pembudayaan salasilah agraria Bani Melayu. 
Perkembangan siasah terkini membuktikan dengan jelas. Tesis bahawa Bani Melayu sedang dilanggar krisis identiti. Krisis identiti ialah krisis nilai. Nilai yang saya jadikan contoh kajian ialah – bagaimana satu kumpulan Bani Melayu sanggup menerima dan menobatkan Najib Razak sebagai pemimpin mereka. 
Pada satu ketika dahulu, jika ada Raja Melayu yang zalim seperti Raja Bersiong atau seperti Sultan Mahmud, maka tidak dapat tidak, walaupun dalam budaya feudal – raja yang zalim ini akan dinyah. Raja zalim akan dihalau atau dibunuh. Ini nilai budaya Melayu – tanpa peguam atau akuan bersumpah. 
Saya perhatikan krisis nilai menjadi lebih tenat. Dalam masyrakat agraria, salah dan benar adalah salah dan benar. Tidak berdolak-dalik. Tidak perlu peguam atau surat aku janji. Tetapi nilai yang sistem ekonomi kapitalis yang dipaksa ke atas Bani Melayu menjadikan sosok Melayu hilang punca. Bani Melayu yang berslogan Ketuanan Melayu tidak dapat lagi memisahkan mana yang salah dan mana yang benar. 
Untuk memahami krisis nilai, kita lihat dengan lebih dekat. Kes contoh – pembunuhan Altantuya. Dalam kes ini Razak Baginda dituduh bersama dua anggota PDRM. Razak Baginda terlepas dari hukuman gantung manakala dua anggota polis didapati bersalah. Tidak cukup dengan ini, Peguam Negara tidak pula membuat rayuan agar Razak Baginda dibicarakan sekali lagi. 
Perangai Peguam Negara ini amat berbeza dengan kes empat mahasiswa UKM yang didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana terlibat dalam politik. Peguam Negara dengan pantas membuat rayuan agar mereka diulang bicara. Kes bunuh Altantuya tidak ada ulang bicara. Tetapi dalam kes politik mahasiswa UKM, Peguam Negara meminta ulang bicara. Inilah tanda bahawa bani Melayu sesat nilai. 
Kes pembunuhan Altantuya membuktikan tesis bahawa ada satu kelompok besar bani Melayu yang tidak lagi memiliki nilai salah dan benar. Bani Melayu yang berNabikan jual beli dan berkiblat keuntungan tidak lagi memiliki keupayaan untuk menilai mana yang salah dan mana yang benar. Mereka hanya memiliki keupayaan untuk menimbang nilai untung dan rugi. 
Justeru, krisis nilai ditenatkan lagi dengan ajaran agama. Islam mengajar Bani Melayu yang mualaf untuk menjadi manusia yang jujur. Untuk menjadi umat yang berani berkata benar dan bangun menentang kemungkaran dan kebatilan. Semua prinsip ajaran agama ini hancur berderai apabila kita jadikan kes pembunuhan Altantuya sebagai bahan rujukan. 
Dua minggu ini, Bani Melayu mendengar temu bual dan pengakuan Deepak Jaikishan. Saudagar permaidani ini pernah mengakui Rosmah Mansor sebagai kakak angkatnya. Saudagar ini juga memiliki hubungan yang intim dengan suami Rosmah. Dari temu bual saudagar ini jelas menunjukkan bukan sahaja Najib Razak yang terlibat dalam kes Altantuya, malah Rosmah Mansur juga terlibat sama. 
Awas! Bukan setakat laki bini sahaja yang terlibat – adik Najib Razak juga terlibat sama. 
Pada satu ketika dahulu, ada Bani Melayu hingar bingar melauang-laung Ketuanan Melayu. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Islam kini mereka senyap tidak berkata apa-apa. Tidak ada mufti, tidak ada imam, tidak ada Tok Kadi, tidak ada ustaz atau ustazah yang berani bertanya: Betulkah apa yang dikatakan oleh Deepak ini? 
Tiada seorang pemimpin kerajaan, tidak ada Menteri Besar Bani Melayu, tidak ada Menteri Bani Melayu, malah tidak ada Raja Melayu yang dikatakan sebagai kepala agama Islam yang cuba berani bertanya – Apakah ‘tuduhan dan pengakuan’ Deepak benar atau salah? Untuk saya apabila Bani Melayu ini senyap, maka ini membuktikan tesis saya bahawa mereka sedang sakit tenat dan menghadapi penyakit ketidaktentuan arah nilai. 
Untuk saya – semuanya jelas – Bani Melayu kehilangan nilai – salah dan benar. Bani Melayu tidak dapat lagi mengenal hitam dan putih – yang satu ketika dahulu dimiliki datuk nenek moyang mereka.SETUJU.

Isnin, 1 Jun 2015

NASIHAT ORANG GILA - Ulasan novel Pak Sako 'Anak Mat Lela Gila'



NASIHAT ORANG GILA - Ulasan novel Pak Sako 'Anak Mat Lela Gila'

RAMAI yang sedia maklum bahawa negeri Pahang menyimpan khazanah sejarah yang tidak terperi banyaknya. Kemunculan pahlawan-pahlawan Melayu pada abad ke-19 seperti Tok Gajah, Dato’ Bahaman dan Mat Kilau menentang penjajahan Inggeris telah menjadikan negeri itu kelihatan lebih bermaruah.

Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako adalah anak jati Pahang. Walaupun berlatarkan pendidikan Inggeris – Sekolah Inggeris Clifford Kuala Lipis dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, malah beliau pernah berkhidmat dengan ‘kerajaan’ Inggeris sebagai majistret, namun semangat Melayu merdeka tetap bernafas di dalam jiwanya dan beliau seperti dititipkan amanah oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sebelumnya.

Pak Sako tidak berjuang dengan mengangkat senjata seperti sahabat-sahabatnya iaitu Ustaz Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan ramai lagi; di mana mereka telah diberi tanah oleh Sultan di dalam hutan Pahang sebagai pusat latihan ketenteraan yang dinamakan sebagai Rejimen Ke-10. Pak Sako diberi peranan untuk berjuang di atas kertas: sebagai wartawan, pengarang dan memimpin parti politik bersama-sama Ahmad Boestamam, Ibrahim Ya’akob, Burhanuddin al-Helmi dan A. Samad Ismail yang berpusat di bandar-bandar besar seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Singapura.

Diintip, disiasat bahkan dipenjarakan seperti tidak lut pada susuk tubuh pengarang besar ini. Sama ada Inggeris atau Jepun, Pak Sako tetap konkrit dengan pegangan dan pendiriannya iaitu Melayu merdeka. Dua buah novel utamanya yang avant-garde berjudulPutera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila ditamsilkan sebagai kitab peniup semangat bangsa Melayu supaya menentang sebarang penjajahan, hidup merdeka dan berdikari.

Siapa Mat Lela?

DIA adalah lambang inteligent bangsa Melayu. Peranannya tentu sekali tidak disebut dalam mana-mana buku sejarah kerana Mat Lela adalah rahsia besar pejuang-pejuang Melayu menentang Inggeris. Hanya sebenar-benar pejuang sahaja yang memegang rahsia ini. Mungkin ada sebabnya mengapa novel Anak Mat Lela Gila ini dicetak buat pertama kali pada tahun 1960, yakni tiga tahun setelah Malaya merdeka.

Mungkin Pak Sako tidak mahu dedahkan nama ini seawal dia menulis Putera Gunung Tahan kerana waktu itu Malaya masih dalam pergelutan menuntut kemerdekaan. Pak Sako tidak mahu peranan Mat Lela ini dihidu oleh pihak Inggeris atau Jepun atas alasan rahsia perjuangan.

Pun begitu, dalam novel Anak Mat Lela Gila, Pak Sako tidak menyatakan secara terang-terangan melainkan meminjam nama dan perwatakannya sahaja. Mungkin ini caranya Pak Sako mengenang jasa dan menghargai perjuangan serta pengorbanan Mat Lela.

Seperti premis dan plot novel-novelnya, Pak Sako mahu bangsa Melayu sedar bahawa Melayu itu bukanlah bangsa yang bodoh. Dengan menggunakan nama Mat Lela dalam novel ini, harapannya bahawa bangsa Melayu ini menghargai sejarah perjuangan, bahkan bangga menjadi Melayu merdeka.

Mat Lela atau nama penuhnya Mat Lela bin Imam Rasu merupakan anak kepada Tok Gajah dan adik kepada Mat Kilau. Sewaktu Mat Kilau dan pejuang-pejuang lain diburu Inggeris dan mereka terpaksa bersembunyi di hutan Pahang, Mat Lela telah ditugaskan sebagai agen pemberi maklumat: mengikuti perkembangan tentera Inggeris lalu segera disampaikan kepada abangnya yang merancang strategi perang di dalam hutan.

Mat Lela berperanan sebagai orang gila (taktik ini kini biasa digunakan oleh mata-mata Cawangan Khas dan juga agen-agen C.I.A atau K.G.B). Maka itu Mat Lela digelar sebagai ‘Mat Lela Gila’. Pada ketika itu, orang gila dibiarkan hidup bebas, keluar masuk hutan tanpa ada sekatan. Sedangkan Inggeris tidak mengesyaki bahawa itu adalah taktik pejuang-pejuang Melayu.

Oleh sebab itu, Pak Sako mengkisahkan perwatakan Mat Lela pada bab kedua dan ketiga novel ini: GILA, PANDIR DAN SASAU dan INTAN DI PERLEMBAHAN sebagai orang gila tetapi tingkahlaku serta fe’elnya seperti orang bukan sebarangan.

Ini sangat jelas apabila Pak Sako menggambarkan Mat Lela berpesan kepada Bulat yang masih bayi berkenaan ukiran kayu yang menyerupai alat kelamin lelaki:

“Cuba lihat apa bendanya ini engkau pun ada, tetapi kerana engkau masih kecil benar apalah yang engkau tahu, engkau sedar pun tidak. Akan tetapi jaga baik-baik apabila engkau sudah besar pula peliharalah dia dengan cermat. Dalam masa yang akan datang benda ini akan menjadikan orang banyak gila, susah, porak-peranda dan miskin merana. Benda ini harus menimbulkan macam-macam kacau-bilau. Engkau mesti ingat baik-baik.”

Anak Mat Lela Gila

ADALAH sebuah novel yang wajib dibaca oleh bangsa Melayu kerana sesuatu bangsa itu takkan dianggap gah tanpa sastera yang unggul. Maka, karya Pak Sako inilah sastera unggul bangsa Melayu, sama seperti Inggeris dengan kehebatan sastera mereka.

Gaya bahasa yang mudah dan plotnya yang konvensional – perjalanan watak Bulat dari bayi sehinggalah dewasa, amat mudah untuk difahami dan diikuti. Premisnya berkenaan sikap bangsa Melayu yang mudah leka, tamak dan dengki sesama sendiri. Pak Sako jelas menyarankan bahawa bangsa Melayu supaya jangan memandang agama Islam itu pada lapis atasnya sahaja.

Kewujudan watak Puteri Taman Sedia dan Alang Mandur si Sakai di Cameron Highlands yang sangat berbudi pekerti, lebih berbudi pekerti dari bangsa Melayu itu cukup memberitahu bahawa kemuliaan hati bukan sekadar berada di Pondok atau Masjid.

Sedangkan budi pekerti itulah jatidiri bangsa Melayu khususnya, manusia seluruhnya. Maka untuk mendapatkan jatidiri itu, bangsa Melayu mesti menempuhi perjalanan batin terlebih dahulu. Jatidiri inilah yang kini hilang dalam bangsa Melayu seperti yang dibimbangkan oleh Mat Lela Gila dalam nasihat-nasihatnya kepada Bulat. Manakala watak Bulat itu pula lambang kepada jatidiri manusia yang bulat sifatnya, bulat tekadnya dan bulat pekertinya.

Tetapi, seperti persoalan Pak Sako juga, siapa yang mahu mendengar dan percaya nasihat orang gila selain dari menjadi bahan ketawa dan ejekan?


Pintu Rumah Balik S.K 4.0 + Santai Retro 2015

#instaplace #instaplaceapp #android #jitra #malaysia #day #my

Asia Road Racing 2024

Jentera 1000cc kini mengganas di Asia Road Racing Championship. Ketika sesi latihan pada hari Jumaat, Ducati mendahului carta kelajuan maksi...