Khamis, 23 Julai 2015

Islam adalah Islam Tiada Yang Lain

Apabila disebut Islam tamadun, sudah pasti akan wujud Islam yang tidak ada tamadun. Apabila disebut islam liberal, sudah pasti wujud islam jumud. Apabila disebut islam amerika, sudah pasti wujud islam tidak amerika.
Walaupun menolak Islam versi liberal, menolak islam versi tamadun dan menolak islam versi amerika, yang pasti secara tidak langsung telah menerima kewujudan Islam sebaliknya, iaitu islam jumud, islam tidak ada tamadun dan Islam yang tidak amerika.
Jika mengakui kewujudan Islam liberal, sudah pasti kena akui juga wujud islam jumud. Persoalannya, kalau Islam liberal menolak al-Quran dan al-Hadis, sudah pasti ia tidak layak digelar sebagai Islam. Kerana, Islam semestinya merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis. Jika tidak, maka ia bukan islam. Apabila Islam liberal dianggap sebagai wujud, sudah pasti kena akui juga kewujudan islam jumud. persoalannya pula, apakah islam jumud juga merujuk kepada al-Quran dan al-hadis, dan apakah dua sumber islam ini mengajar manusia menjadi jumud?
Begitujuga dengan label islam tamadun. Menggambarkan, bahawa di sana wujud Islam tidak ada tamadun. Persoalannya, apakah sumber rujukan islam tiada tamadun itu? jika al-Quran dan al-Hadis sebagai rujukan islam tidak ada tamadun, persoalannya, apakah dua sumber utama Islam ini menyeru kepada ketiadaan tamadun? Begitu juga islam versi Amerika. Ketika itu, wajah islam akan tercemar.
Ekoran itu, secara peribadi, saya menolak label Islam liberal, islam tamadun atau Islam amerika. ini kerana, Islam adalah Islam. Islam itu bersumberkan dari al-Quran dan al-Hadis. Jika tidak ikut al-Quran dan al-Hadis, maka itu bukan islam.
Adapun soal keterbukaan, lalu dilabel sebagai Islam liberal dan islam liberal ini adalah sesat. Sudah pasti terpaksa akui bahawa Islam mengajar kepada kejumudan dan ketutupan. Sudah pasti, ia adalah satu perkara yang mustahil bagi islam. begitujuga persoalan pada label islam Tamadun dan Islam amerika.
Sewajarnya kita tidak terlibat dengan label-label yang dikaitkan dengan Islam. Walaupun kita tidak bersetuju dengan kandungan islam liberal, islam tamadun dan islam amerika itu, tindakan kita setuju dengan label2 itu, akan memberi implikasi kita telah akui kewujudan islam versi tersebut disamping akui juga wujud Islam versi sebaliknya. Dengan itu, sudah pasti akan melahirkan kekeliruan manusia terhadap maksud islam yang sebenar.
Wallahu ‘Alam.
Via Ustaz Wan Ji

Tiada ulasan:

PANAS LIT LIT

MANDI KERANA LETIH BERPUASA Daripada Abu Bakar bin Abdurrahman radhiyallahu ‘anhu; “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: Aku pe...