Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

IBADAH TU MERENDAH DIRI PADA ALLAH

Imej

Au Revoir Legend

Imej
Selepas 75 tahun. Che Nayan Debok berpindah ke alam abadi. 26 Julai 2015. Pukul 2130.
Untuk ingatan anak cucu masa hadapan
Che Nayan berkahwin dengan Liha Pa pada Usia 18 tahun dan Liha 12 tahun.
Hasil perkongsian 57 tahun hidup mereka di kurnia 4 orang anak. 11 cucu. 14 cicit. Pada hari aku menulis ini itulah bilangan keluarga kecil sebelah ibu aku. Bilangan cucu dan cicit mungkin akan terus bertambah pada hari mendatang.
Selamat Tinggal Lejen. Kita akan bertemu di Syurga.

Pesanan

Imej
#DUBSMASH
#PANGGILAN HANGIT
#DAN SEMUA YG SEMISAL
“Cukuplah seorang itu dinilai jahat jika dia merendahkan saudaranya sesama Muslim” (HR Muslim)
“Celakalah orang yang bercakap sesuatu percakapan bertujuan dengannya untuk membuat orang lain ketawa, lantas dia berdusta, celakalah dia, celakalah dia!!..”
HR Abu Dawud
لعن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم المتشبهين من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال
“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari)
Ternyata kata nabi s.a.w tepat bahawasanya orang islam akan ikuti yahudi nasrani sehasta demi sehasta hatta sampai ke lubang biawak pun mereka akan ikuti.
:-Via Abg Aji ZanKX

Islam adalah Islam Tiada Yang Lain

Apabila disebut Islam tamadun, sudah pasti akan wujud Islam yang tidak ada tamadun. Apabila disebut islam liberal, sudah pasti wujud islam jumud. Apabila disebut islam amerika, sudah pasti wujud islam tidak amerika. Walaupun menolak Islam versi liberal, menolak islam versi tamadun dan menolak islam versi amerika, yang pasti secara tidak langsung telah menerima kewujudan Islam sebaliknya, iaitu islam jumud, islam tidak ada tamadun dan Islam yang tidak amerika. Jika mengakui kewujudan Islam liberal, sudah pasti kena akui juga wujud islam jumud. Persoalannya, kalau Islam liberal menolak al-Quran dan al-Hadis, sudah pasti ia tidak layak digelar sebagai Islam. Kerana, Islam semestinya merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis. Jika tidak, maka ia bukan islam. Apabila Islam liberal dianggap sebagai wujud, sudah pasti kena akui juga kewujudan islam jumud. persoalannya pula, apakah islam jumud juga merujuk kepada al-Quran dan al-hadis, dan apakah dua sumber islam ini mengajar manusia menjadi jumu…

HARAPAN BARU

Manusia memerlukan harapan baru jika terbukti yang lama sudah tidak boleh memberikan harapan lagi. Apatahlagi jika yang lama itu tempat bersarang kegelapan harapan. Kehidupan diteruskan dengan harapan dan jangan seseorang membiarkan dirinya hangus kerana berharap kepada yang tiada harapan. Harapan yang baru boleh menjadi cahaya bagi penerusan sesebuah kehidupan jika memenuhi maksud sesebuah harapan yang boleh diharapkan. Perjuangan menunaikan makna harapan itu adalah sesuatu yang besar dan berat.
Via DrMaza.

Salam Syawal 1436H

Imej

FITRAH, A Malaysian Story - #bettertomorrow - Hari Raya 2015 Short Film

Imej

Selamat Hari Raya

Apa itu MICROSLEEP? INGATAN UNTUK YANG RIDE JAUH.Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang menunggang, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan halangan di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terlepas pegangan throtle tangan kanan anda? Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep.
Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ingin saya tegaskan ianya tidak sama dengan napping atau Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang. Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masi…

BERBUKA DI SONGKHLA DIPETIK DAN DIUBAHSUAI DARI SELLA SHAHBUDIN BLOG

Imej
2 minggu lepas kami berpergian ke Haadyai..  Saja dah lama tak ke sana.. Hajat hati nak tambah persalinan raya dua beradik tu... tapi last2 mak depa yg soping kasut raya.. ala.. kat jelly bunny ja.. ada sales.. hehee.... tukaran wang Malaysia ke Baht pun sangatlah memeritkan... tukar rm500 dapat dalam 440 camtu.. mula2 tukar kat changloon, RM200 dpt 1760baht.. yg lagi 300 tukar kat dannok.. ok sikit rate dia.. but still jatuh teruk nilai duit kita... huhuu...
1st stop kat hadyai, kami ke Central Festival.  Okeh la kat sini... ada mcm2 brand... tapi cam kesuntukan masa.  beli kalut2, dan terus ke songkhla lak untuk berbuka puasa...

Untuk berbuka pulak, kami ke songkhla.. ni kiranya tempat makan rahsia la.. dah pesan kat mr.hasben, jgn bagitau kawan2 dia kat mana..bukan apa, kang dah tak best nak makan situ... bila dah meramai org luar, mula la harga mahal, makanan dah tak sesedap dulu....ada dua tiga tempat dah kat sini, bila dah terlebih org kenai, terus out service depa... so yg ni,…

TUTUP FACEBOOK

Kerajaan sedia kaji 
kewajaran tutup Facebook - Ahmad Shabery
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras malam tadi.


Yang Benar

Imej
Tadikan masa saya baru sampai umah balik dari kerja...saya terpandang seorang lelaki ni..Subhanallah..indahnya ciptaan Tuhan, saya cakap dlm hati..Pada saya semuanya perfect tentang lelaki itu..mata dia..hidung dia..mulut dia..sangat menawan ..rupa dia..kalau perempuan melihatnya..pasti mahu menghampirinya..last last dlm 10.minit ..saya tenung lelaki tu..betul betul ..barulah perasan..rupanya saya yg berdiri depan cermin....
Subhanallah....
#bestrongpmnajib
#harihariakhirseorangpm
#tangkapdakwapenjara