Jumaat, 27 Jun 2014

KAMPUNG CHUBADAK

WALAUPUN tidak dicatat tarikh sebenar pembukaan Kampung Chubadak tetapi berdasarkan sejarah lisan, ia dipercayai wujud sebelum 1800 lagi. Ia dikatakan diteroka sekumpulan masyarakat keturunan Minang Chubadak dari Sumatera sejak bergenerasi lamanya.

Perkampungan yang sebahagiannya bekas tanah lombong terdiri daripada beberapa kampung seperti Kampung Chubadak Tambahan atau Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir. Selepas lombong ditutup sekitar tahun 40-an, semakin ramai  menduduki Kampung Chubadak dengan membina rumah di tanah yang mereka terokai.

Penerokaan untuk dijadikan penempatan baru yang ketika itu Wilayah Persekutuan belum wujud, asalnya mendapat restu dan  galakan Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris. Ini dapat dilihat apabila Kerajaan Selangor ketika itu berjanji mengambil segala langkah perlu bagi memastikan penduduk kampung itu mendapat hak milik tanah yang diduduki.



Walaupun selepas status tanah rezab Melayu Kampung Chubadak dibatal melalui Pengistiharan Rezab pada 22 Jun 1932, Pegawai  Daerah Kuala Lumpur pada 1960-an menyediakan pelan lakar bagi memecah tanah itu kepada lot-lot yang dibahagi-bahagi kepada penduduk kampung.

Ini diperkuat dengan kewujudan pelbagai kemudahan yang dibangunkan pihak berkuasa seperti dua balai raya, tiga masjid, bekalan air dan eletrik, perkhidmatan telefon, klinik, jalan berturap, pusat aktiviti wanita dan beberapa sekolah agama antara 1960 hingga 1990.

Malah ada bukti menunjukkan sebelum pembentukan Wilayah Persekutuan, Kerajaan Selangor telah menubuhkan badan yang dikenali sebagai Committee of Village Development and Security (CVDS). Peranan CVDS yang diketuai ketua kampung itu menyamai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pada masa ini.

Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Draf Pelan Bandar Kuala Lumpur (KLCP) 2020 mengkategori Kampung Chubadak sebagai penempatan setinggan bersama lima kampung. Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah.


Tindakan DBKL yang mungkin didalangi Kerajaan Persekutuan itu mengkhianati generasi awal penduduk Kampung Chubadak, selain turut mengkhianati Kerajaan Selangor. Lebih mengecewakan, tanah itu dijual pula kepada sektor swasta, STLR Sdn Bhd pada 26 Oktober 1985 yang kemudian dijual kepada Sentul Murni Sdn Bhd (SMSB).

Mujur penduduk Kampung Chubadak Tambahan memperoleh perintah Mahkamah Rayuan bahawa mereka boleh mendiami kawasan itu dan kampung itu diiktiraf sebagai bukan setinggan. Sungguhpun begitu, DBKL tidak mengendahkan fakta itu sebaliknya tergamak meroboh rumah penduduk yang akhirnya menghadirkan perlawanan rakyat. - Selangor Kini





Selasa, 24 Jun 2014

Rabu, 4 Jun 2014

City Of God La Città Di Dio





Selepas tengok trailer 1,2 JAGA oleh Namron. Aku teruih teringat pilem ni.




1,2 JAGA - TRAILER (Filem Aksi Arahan Namron)






PANAS LIT LIT

MANDI KERANA LETIH BERPUASA Daripada Abu Bakar bin Abdurrahman radhiyallahu ‘anhu; “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: Aku pe...