Selasa, 2 Disember 2014

Petronas Cub Prix Alor Setar

Selepas 1996 iaitu 18 tahun lalu aku hadir lagi memeriah acara keramaian sukan lumba roda 2 Cub Prix. Yang pertama aku hadir pada pusingan ke 8 di Kangar. Nyata banyak yang telah berubah. Mesin 2T tidak lagi di guna. Kini semuanya kategori 4T. Telah maju dengan siaran langsung yang di bawa khas ke TV2 negara. Selama 18 tahun ini aku hanya mengikuti di media massa sahaja. Di Youtube yang utamanya. Kehadiran penonton juga masih seperti dahulu. Aku pasti mereka dari kumpulan rakyat kelas seperti aku. Ini sukan orang-orang marhaen. Di sebelah aku tadi terdiri dari saudara mara para Rider sendiri. Sekeluarga dari pasukan Felda Racing. Aku kagum dengan ibu rider tersebut, beliau begitu bersemangat ketika anak beliau berentap, setiap kali anaknya lalu, beliau setiap masa berdiri, tangan di gengam di angkat ke langit dan mulut bersorak, aku tak pasti apa yang diucap kerana ketika itu deruan adrenalin terpancar jelas, dengan bunyi bingit mesin dan sorakan orang ramai. Usai final kategori anak beliau, menang podium tak salah aku, mereka sekeluarga berlalu ke tempat penyampaian hadiah. Keluarga ke 2 terdiri dari 3 orang ibu sahaja, salah seorang ibu kepada rider mengandung, pada jangkaan aku, perut enam bulan, ketika itu sudah panas terik pukul 3.00 petang. Beliau cuma duduk bersandar dengan payung yamaha hitam merah berbelang putih, ketika final berlangsung beliau duduk tenang, cuma lagi 2 ibu yang bangun ke tepi track, aku memerhati sahaja, aku lebih menumpu kepada acara urusniaga aku, usai permainan anak beliau menduduki tempat ke 4, namun masih juara keseluruhan kategori 115cc dan  mereka juga berlalu pergi.
Hari ini aku bertemu dengan sahabat lama, ada yang masih sebagai rider kategori 115cc, adik beliau tidak bermain kerana terjatuh di pusingan ke 9, mereka dari pasukan honda oseki, ada rakan aku sebagai mekanik dengan pasukan yy pang, dan ada rakan aku yang mengurus rider baru, beliau aktif menganjur lumba pit bike di ibu negara. Rakan-rakan lain dari sukan touring yang hadir menyokong juga ramai,  mereka turut membeli merchandise yang di jaja aku. Alhamdulilah usai acara aku pulang ke rumah selamat. Rakan touring aku seorang telah terjatuh ketika perjalanan pulang di susur lebuh raya. Ketika entri ini di tulis beliau masih di wad Hospital Sungai Petani,Kedah. Pesan aku kepada beliau, seperti yang telah di pesan kepada aku oleh orang lama hidup sebelum aku, "Syukur Allah masih beri peluang bertaubat".









Tiada ulasan:

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...