Isnin, 17 November 2014

Pukui tang teloq

ED MARCH nama RIDER ni. Aku dah friend ngan dia di FB aku taktaw dia amik port ka dak, dan aku dah invite dia masuk "peketum". ED MARCH ni dia kembara dengan mesin meka Honda Cub c90. Dari amatan aku, pengembaraan dengan mesin kecik atau basikal membuat kan seseorang tu jadi sungguh humble, takdak apa hendak di riakkan. Aku sedar diri, aku tak mampu untuk pakai bigbike,pertama sebab bigbike tu mahal, yang kedua aku takmaw pening kepala fikir hal perbelanjaan benda-benda mahal ni, mesin sekarang pun hutang gusti 10 bulan. Itu pandangan peribadi aku. Pada mereka berharta mungkin lain. 
Bab yang seterusnya adalah dari segi perbelanjaan ketika ride. Macam yang dia terangkan, untuk ride dari mongolia balik ke UK jika dengan mesin GS lebih 13kPound. Jadi dia pun setup kampeni nama c90adventures, dan dia buat ride dengan kos 4.5kPound/Rider. Logik seperti sekarang ride ke Phuket untuk 3 hari dari Perlis ada kawan-kawan rider dari sini yang bermodal 300RM iaitu sekitar 71.61Euro sahaja. Tetapi apa pun ada pro ada kontra. Yang membeza pada setiap kembara adalah keseronokan bermain, setiap jenis kembara ada keseronokannya sendiri, basikal seronok macam basikal, mesin kecil seronok macam mesin kecil, big bike seronok seperti big bike, backpackers seronok seperti backpackers lah. 
Apapun jangan menghina, jangan mengeji orang lain, cermin diri kita sendiri, saat orang lain dah bercerita bab lintas Belarus dari Russia,harga tiket keretapi ke red district amsterdam, bekerja di ladang epal untuk tampong tiket kapal terbang balik ke Malaysia. Kita? masih terkial-kial bagaimana mahu melintas ke Vietnam. 
Video ni sungguh memberi inspirasi pada aku. 
kredit c90adventures. 
kudus,tulus,mulus. 
MadDuha Malaysia November 2014.

Tiada ulasan:

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...