Rabu, 1 Oktober 2014

OBAMA, ISIS DAN PERANG

AWAS!
 PENGGANAS DUNIA   SEDANG BERADA
DI BELAKANG  
RUMAH ANDA

OBAMA, ISIS DAN PERANG

"There can be no reasoning — no negotiation — with this brand of evil. The only language understood by killers like this is the language of force. So the United States of America will work with a broad coalition to dismantle this network of deathUcapan Presiden Barack Obama di PBB minggu lalu -

Warga Malaysia mengetahui perang sedang berjalan di Syria, Libya, Pakistan, Irag dan Afghanistan. Kita semua mengetahui perang akan membawa kematian, kemusnahan dan kesangsaraan. Perang yang sedang berjalan sekarang ini kelihatan tidak berkesudahan malah dilihat sedang merebak.
Kapal terbang - drone - tanpa pemandu - telah bertahun-tahun mengebom Utara Pakistan dan Afghanistan. Rakyat Pakistan sebenarnya sedang diserang hanya serangan iniTIDAK diumumkan sebagai perang saperti di Iraq, Libya atau di Syria.
Dalam kancah perang kita melihat bagaimana teknoloji terkini tercanggih terulung terbaik dari fikrah manusia digunakan untuk melakukan kerja terjahat.
Perang Dunia Pertama 1914-1918 telah meragut hampir 20 juta nyawa warga Eropah. Perang Dunia Kedua 1941-1945 telah meragut 60-80 juta nyawa. Ini bersamaan 2.6% jumlah warga dunia pada ketika itu. Dalam Perang Dunia Kedua Rusia sahaja telah kehilangan 20 juta rakyat. Jika diambil jumlah 20 juta yang gugur maknanya Malaysia hari ini hampir tak berorang.
Ketika perang dunia kedua pecah penduduk Tanah Melayu berjumlah 4.391 juta orang. Dalam perang Jepun ini seramai 100,000 warga telah tewas. Ini bersamaan 2.28% dari jumlah penduduk Tanah Melayu ketika itu.
Lalu persoalan timbul – kenapa ini berlaku? Kenapa perang pecah? Apa sebenarnya latar belakang dan sebab musabab yang melahirkan perang.
Perang ialah perebutan kuasa. Perang ialah perebutan tanah jajahan. Perang ialah perebutan punca-punca ekonomi. Perang ialah perebutan pasaran. Perang ialah perlawanan antara dua kelas – kelas yang ingin menindas dan kelas yang ingin bebas. Justeru perang dari semenjak zaman berzaman semuanya berasaskan perebutan harta kekayaan.
Dalam sistem ekonomi kapitalis yang kiblatnya bukan kesejahteraan umat tetapi keuntungan maksima maka perang akan terus wujud. Dalam sistem ekonomi kapitalis ini perang ialah rukun imannya. Selagi sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan perebutan punca-punca ekonomi wujud maka bencana perang akan terus wujud.
Hari ini kuasa ekonomi dan kuasa tentera masih dimiliki oleh Amerika Syarikat. Bala tentera dan soldadu Amerika kini ditempatkan di seluruh dunia. Amerika memiliki 700 pengkalan tentera - laut darat udara - yang berselirat dikeliling dunia. Justeru Amerika kini sama saperti Rom satu ketika dahulu - sebuah EMPIRE.
Bala tentera yang berselirat ini bertujuan untuk memastikan kepentingan ekonomi kaum pemodal multinasional akan terus mendapat keuntungan maksima. Ini untuk memastikan perniagaan kaum pemodal tidak diganggu gugat. Ini untuk memastikan 1% warga dunia – elit politik dan elit ekonomi – terus hidup mewah lumayan manakala 99% menjadi hamba.
Dipertengahan September lalu soldadu Amerika telah mendarat di Kota Bahru dan Kuala Terangganu. Ini adalah contoh terbaik dimana kuasa imperial Zionis-Anglo- Amerika telah berjaya memasukan Malaysia kedalam sangkar Amerika. Malaysia kini telah dipetakan dan ditakrif sebagai wilayah bebas untuk soldadu Amerika.
Pada ketika ini warga dunia semakian sedar dan sedang melihat bahawa penjenayah dan pengganas utama yang membawa perang ke muka bumi ini ialah Amerika Syarikat. Penjenayah ganas ini sedang dibantu oleh Britain dan Israel. Kuasa Zionis-Anglo-Amerika inilah yang sedang menjadi perosak bumi manusia. Kuasa ini juga musuh rakyat dunia anak semua bangsa.
Apakah rakyat Amerika atau rakyat Britian TIDAK sedar akan hakikat ini? Mari kita selami apa yang sedang berlaku di Amerika agar kita dapat memahami apa itu AMERICAN EMPIRE.
Dalam Perang Vietnam 1961-1975 – lebih dari 56 ribu soldadu Amerika gugur. Dalam Perang Iraq 36,710 gugur dan cedera. Dalam Perang Afghanistan 20,904 gugur dan cedera. Hingga ke hari ini seramai 57,614 soldadu Amerika telah tewas dalam apa yang dinamakanWar on Terror.
Perang dan berperang bukan murah. Dari kajian Harvard University Kennedy School of Goverment didapati Amerika telah membelanjakan lebih dari 6 trilion dolar dalam Perang Iraq dan Afghanistan. Jumlah ini sama saperti setiap warga Amerika kecil dan besar membeIanjakan 75.000 dolar.
Jumlah 6 trilion dolar ini menjadi lucah kerana dalam masa yang sama 23,052,388 warga Amerika kini hidup papa kendana. Mereka memerlukan 'food stamps' untuk mendapat bantuan makanan dari kerajaan. Ini bermakna 20% dari penduduk Amerika – atau 1 dalam 5 warga Amerika kini dijerut miskin. Ini data resmi tahun 2013 dari U.S Dapartment of Agriculture.
Lalu persoalan timbul – apakah Presiden Obama TIDAK sedar akan fakta ini? Apakah Rumah Puteh tidak tahu bahawa kemiskinan sedang melanda Amerika yang dikatakan kaya. Kenapa 6 trilion dolar dimusnahkan dalam perang walhal ramai warga yang hidup papa kedana? Bukankah keadaan sademikian jika diteruskan akan memastikan Amerika menuju kehancuran?
Jawabnya bukan Presiden Obama tidak sedar. Mustahil Obama tidak tahu kerana setiap statistik dari jabatan kerajaan semuanya dihantar ke meja Presiden di Rumah Puteh. Jika sudah tahu kenapa perang berterusan. Kenapa perang TIDAK dihentikan dan dana perang ini digunakan untuk memperbaiki keadaan rakyat Amerika yang hidup semakin terdesak.
Jawabnya kepada soalan ini ialah Presiden Obama atau sesiapa pun menjadi Presiden di Rumah Puteh tidak lagi memiliki keupayaan untuk menghentikan perang dan menyelamatkan ekonomi dari kehancuran. Wajib juga diberitahu bahawa pada ketika ini Kerajaan Amerika sedang berhutang sebanyak 17.9 trilion dolar. Ini jumlah hutang negara. Hutang negara maknanya hutang rakyat Amerika. Amerika berhutang untuk berperang.
Negara Amerika yang kaya ini berhutang dengan siapa? Jawabnya : Amerika menjual bon kepada China, Jepun , Korea dan negara lain. Bon ialah surat aku janji. Ambil duit sekarang dan bayar 10 atau 20 tahun dengan tambahan bunga. Malaysia juga ada menjual bon tapi untuk mengabui mata orang ramai terutama Orang Melayu dan dilihat afdal - Malaysia mengarabkan perkataan bon menjdi sukuk.
Sukuk Amerika yang terbanyak ialah dengan Federal Reserve Bank. Jangan silap faham Federal Reserve ini bukan Bank Negara Amerika. Ini ialah sebuah bank swasta yang diwujudkan pada tahun 1903. Bank inilah yang dibenarkan mencetak duit kertas hijau yang dipanggil dolar Amerika. Dolar kertas hijau yang dicetak oleh Federal Reserve ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika untuk belanja perang dan pentabiran.
Bunyinya – apa yang saya tulis ini - macam tak masuk akal. Kenapa pula kerajaan benarkan sebuah bank swasta cetak duit dan kemudian kerajaan sendiri pinjam dari bank ini.
Memang bunyinya pelik tetapi inilah yang sedang berlaku. Federal Reserve diwujudkan melalui persetujuan Kongres Amerika. Cara ianya berjaya ditubuhkan ialah satu kesah yang tersendiri. Apa yang terjadi hari ini Federal Reservelah yang mengendalikan ekonomi Amerika - sama saperti peranan Bank Negara di Kuala Lumpur. Apa yang berbeza Bank Negara Malaysia dimiliki oleh kerajaan manakala Federal Reserve dimiliki oleh tuan empunya bank yang ada diantaranya dirahsiakan nama dan sahamnya.

Selain dari mencetak dolar Federal Reserve memiliki kuasa untuk menaik atau menurunkan kadar bunga untuk bank-bank yang lain. Kuasa yang dimiliki oleh Federal Reserve ini cukup besar. Sebenarnya Federal Reserve ini boleh menentukan siapa yang perlu dinaikkan menjadi Presiden atau siapa yang wajib disokong untuk masuk ke Rumah Puteh. Si Polan yang mencetak duit maka Si Polanlah yang berkuasa. Tidak susah untuk difahami hukum ini.
Apa yang berlaku hari ini telah dicium oleh Presiden Dwight D. Eisenhower. Pada 17 Januari 1961 dalam ucapan'Selamat Tinggal' kepada rakyat Amerika Eisenhower telah memberi ingatan bahawa telah muncul satu kumpulan apa yang dipanggilnya ' military industrial complex' yang telah mula menyerap masuk ke dalam badan politik Amerika. Presiden Einsenhower telah menerangkan 'kumpulan berkepentingan ini' jika tidak ditumpaskan akan membawa malapetaka kepada rakyat Amerika.
Einsenhower telah digantikan oleh John F Kennedy. Apa yang amat menarik ialah pada 27 April 1961 – kurang lebih tiga bulan dari ucapan Einsenhower – Presiden Kennedy juga telah memberikan ucapan – Secret Society – di Hotel Waldrof-Astoria New York. Isi kandongan ucapan Kennedy ini tidak ada bezanya dari ucapan Eisenhower.
Ditahun-tahun sesudah Perang Dunia kedua ini kabal sulit wujud tetapi kuasa mereka baru mahu menjalar masuk ke dalam badan politik Amerika. CIA – Central Intelligence Agency diwujudkan pada tahun 1948. Hari ini CIA telah bercabang cambah. Lembaga ini hanyalah salah satu dari puluhan lembaga sulit yang menjadi tembok yang mempertahankan kuasa imperial Empire Amerika.
Hari ini jelas kelihatan Rumah Puteh hanyalah sebagai'prop' dalam satu pementasan sandiwara yang memerlukan seorang pelakon berkulit hitam untuk menjadi Presiden. Dibelakang Obama atau sesiapa sahaja penghuni Rumash Puteh ada apa yang dipanggil oleh Presiden Eisenhower – millitary indistrial complex – komplek industri ketenteraan.
Justeru ucapan Presiden Obama dua minggu lalu di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ialah ucapan dari tuan empunya kilang senjata yang ingin meneruskan perang.
:-dipetik dari lebai  google
(TT- Tukang HasuT)

Tiada ulasan:

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...