Sabtu, 27 September 2014

Kelantan International Bike Week 2014

Sebagai tanda saport Event Permotoran dalam negara. Rakan - Rakan Dari Taiping, Selatan &  Sentral, yang tidak jemu mengeRIDE telah terpanggil secara sukarela untuk naik ke titik atas pantai tumur. Ia juga sebagai memenuhi  misi mencari pokok kurma, buat makluman tuan2 misi tersebut tertangguh pada Tour Malaya lewat bulan lepas.

KIBW merupakan Event anjuran Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan, bersama dengan Kelantan Bikers Committee (KBC). Event berlangsung dengan jayanya pada 26 & 27 September 2014 yang lalu.Bertempat di Dataran Lembah Sireh, Kota Bharu.
Bila sebut Kelantan tak banyak yang kita tahu,antaranya Al-Quran kecik,  senjata-senjata purba melayu seperti kapak kecik, lawi, sanggui pisau, pastu susuk kental TGNA,CheGu Mi Saudagar, Sabri Yunus, Budak Kelantan Movie By Wan Azli Wan Jusoh, Gedebe The Movie, Salam Pantai Timur, Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah,Dikir Barat, INTORMENT dan OMENT yang main death metal,  huih banyak juga nohhhh. 
Sejarah CheGu Mi Kelantan dengan kita bermula pada Perlis Bike Jam 2013, beliau salah seorang saudagar yang support event kita kali tu. Kemudian bertemu lagi sekali di Pattaya Bike Week 2014. Yang tu amat sempoi beliau dan seorang lagi rakan beliau cuma dengan Beg Galas Belakang besar membuka booth jualan di sana. Beliau telah ke Bangkok dengan menaiki keretapi dari Sg. Golok, suatu perkara yang kita semua boleh belajar. 
Dengan sokongan beberapa rakan-rakan baru kita di sana,Brader Bob Kapcai, Insan Nul Kamil, ZMS, Safwan Gombak, Bard Ejat dan beberapa lagi yang saya tidak kenal nama telah mengadakan RAPAT UMUM KAPCAI LOVER VOL.1 D' KELANTAN, ternyata ia suatu perkembangan yang positif scene moped Malaysia. 
































Tiada ulasan:

PANAS LIT LIT

MANDI KERANA LETIH BERPUASA Daripada Abu Bakar bin Abdurrahman radhiyallahu ‘anhu; “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: Aku pe...