Rabu, 27 Ogos 2014

YAHUDI PENUH

Artwork AhmadRaimi Perlis, Malaysia 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Antisemitisme (juga dieja anti-Semitisme, anti semetik, anti semitik)
Merupakan suatu sikap permusuhan atau prasangka terhadap kaum Yahudi dalam bentuk-bentuk penganiayaan/penyeksaan terhadap agama, etnik, mahupun kelompok ras, mulai daripada kebencian terhadap individu sehingga lembaga. Ia termasuklah anti Yahudi, anti Israel dan anti Zionis. Dari segi sejarah, orang Arab juga Semetik kerana menggunakan bahasa Semetik purba.
Sesiapa bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya - akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi.
Fenomena yang paling terkenal akan anti-semitisme adalah ideologi Nazisme dari Adolf Hitler, yang menyebabkan pemusnahan terhadap kaum Yahudi Eropah.
ETIMOLOGI
Walaupun etimologi istilah ini mungkin menunjukkan yang antisemitisme dihalakan terhadap semua orang Semitik, istilah ini dicipta pada akhir abad ke-19 di Jerman sebagai nama yang lebih berbunyi saintifik untuk Judenhass ("benci-Yahudi"),[1] dan telah digunakan sedemikian sejak itu.[2][3]

"Siapakah Seorang Yahudi?"(Bahasa Ibrani?מיהו יהודי)
Merupakan perdebatan agama, sosial dan politik pada definisi tepat bagaimana seseorang dipertimbangkan sebagai seorang Yahudi. Frasa Hebrew Mihu Yehudi ("?מיהו יהודי", "Siapakah Seorang Yahudi?") diguna pakai secara meluas apabila beberapa kes undang-undang terkenal di Israel bergelut dengan perkara ini selepas pembentukan negara yahudi tersebut pada 1948. Oleh kerana Judaism berkongsi beberapa ciri sesuatu etnik dan satu agama, definisi seorang Yahudi berubah-ubah, bergantung samada satu pendekatan agama, sosiologi, etnik kepada sesuatu identiti itu digunakan. Persoalan ini telah dibawa bukan sahaja didalam komuniti Yahudi, tetapi juga pihak luar yang cuba untuk memahami dan/atau membuat peraturan dengannya.
Menurut kebanyakan takrif, Yahudi ialah seorang yang dilahirkan kepada sebuah keluarga Yahudi, atau menjadi salah satunya melalui pemelukan agama Yahudi. Perdebatan berkisar pada sebilangan soalan yang berikut:
  • Perdebatan kacukan mencuba mengenal pasti keadaan yang seorang kacukan harus dianggap sebagai orang Yahudi, serta keadaan sebaliknya.
  • Perdebatan tentang pemelukan agama bertumpu kepada prosesnya dalam percubaan untuk menentukan mana satu pemelukan boleh dianggap sebagai sah, dan sebaliknya.
  • Perdebatan keadaan kehidupan menumpukan perhatian pada perbuatan-perbuatan seseorang (seperti masuk agama lain) atau keadaan kehidupan mereka, umpamanya ketaksedaran bahawa mereka berketurunan kacukan Yahudi, yang boleh menjejaskan status Yahudinya.

Di dalam arus utama komuniti agama Yahudi

Merujuk kepada Halakah (tradisi dan hukum Yahudi), hanya anak-anak yang dilahirkan kepada ibu Yahudi boleh dikira sebagai orang Yahudi. Oleh itu, seseorang yang mempunyai bapa Yahudi tetapi ibu bukan Yahudi tidak akan diterima sebagai Yahudi. Walaupunpemelukan agama boleh dipertimbangkan bagi sesetengah kes (umpamanya anak angkat atau anak kepada ibu bapa pemeluk agama Yahudi), kanak-kanak yang memeluk agama itu biasanya akan ditanya adakah mereka hendak mengekalkan agama Yahudi selepas mencapai kedewasaan keagamaan, iaitu umur 12 tahun untuk perempuan, dan 13 tahun untuk lelaki. Piawai ini diamalkan oleh kedua-dua agama Yahudi Konservatif dan Ortodoks.
Mazhab-mazhab Yahudi yang lain yang tidak menerima pandangan-pandangan hukum Yahudi Ortodoks sebagai normatif, telah mengamalkan piawai-piawai yang berlainan. Agama Yahudi Reformasi Amerika dan agama Yahudi Liberal British menerima anak kepada seorang ibu bapa Yahudi (baik bapa mahupun ibu) sebagai Yahudi jika dia dibesarkan oleh ibu bapanya mengikut piawai-piawai Progresif. Kesemua bentuk Yahudi aliran utama pada hari ini menerima para pemeluk yang ikhlas.
Walaupun terdapat perbalahan yang menyelubungi pemelukan agama Yahudi, semua gerakan agama Yahudi menerima para pemeluk yang dijadikan penganut Yahudi oleh taifah-taifahnya sebagai Yahudi penuh.

Tiada ulasan:

Awak Terlalu Baik Untuk Saya

Dalam gambar ini, okay kita kenal Ricardo Kaka, pemenang Balon d’Or sebelum era dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Perempuan sebel...