Selasa, 12 Ogos 2014

3 nation ride kuala lumpur ranong kawthong

TRI NASION MINI TOZEN KONA RIDE
Malay-Siam-Burma
 Selepas tak jadi ke Bangsaen Bike Week sebab Djin Kapcai crit lebih awai 2 bulan yang lalu tu. Maka saya dengan Insan UTM RESIN boot mahai bersetuju untuk mengeRIDEkan diri juga memandangkan cuti telah dirancang awal. Kami bekerja dalam sistem yang hampir sama (kadang-kadang raya pun kena kerja) jadinya sesuatu percutian telah disusun rapi hendaknya. Jadinya untuk tidak BADLUX  kami ke KRABI BIKE WEEK sahajalah. Sahabat saya itu disebabkan beliau sebatang tubuh sahaja dari ibukota, beliau telah menunggang almari bergerak SYM 200 atas alasan mesin Laici 135 beliau kuat makan minyak kena berhenti banyak kali isi, malu merka mengorat almaklumlah tip top cucuk angin RR hahhahahahah. 
Saya ketinggalan pada tahun lalu jadi tidak dapat nak buat perbandingan, tuan-tuan boleh belek Mag Kapcai tahun lepas punya sebab Djin,Ghani dengan Sidi MyLamoc dah mai ada review. Tahun lepas event di buat nun jauh di ulu(Endurance Cub Rider pi, depa cari tak jumpa, cuis buat malu saja tozen kona buleh cari jumpa). 
Tahun ni lokasi di ubah ke Pekan Krabi mungkin organizer nak bagi orang senang jumpa depa lah. 
Apa yang best semua jenis motorsikal layak masuk parking dalam tapak event tak kira tinggi mana henden dan besaq mana pun tangki tanpa sebarang cas. Jadinya ketika sampai kami terus masuk dan berhibur layan konsert walau faham cakap siam tapi nak cakap balik tak reti. KRABI BIKE WEEK adalah suatu event yang masih suam2 kuku tiada kelibat pelbagai jenis motorsikal yang melimpah ruah mungkin sekitar ratus-ratus sahaja pada pengamatan saya. Kehadiran Biker Malaysia juga ramai (ni semua Bidin punyai pasai), ditambah dengan kehadiran Rider Klasik Kedah Perlis di kepalai Tok Wan Mat Rawa Perlis dan Cikgu Amin Kedah Pasar Karat Kampung Berjaya, serta di bantu Bulat Kapcai kes tong minyak dalm raga (empa ingat dak).
 Disebabkan route barat selatan siam terlalu biasa bagi kami, jadinya untuk sedikit rasa kensom dan tomyam piyaw kami memutuskan untuk merasai MINI TOZEN KONA (RANONG-KRABI) seperti yang di ulang cakap beberapa kali oleh Endurance Cub Rider tempohari.Cuma lebih sikit kami masuk ke Burma dan cop passport di Kawthoung, kira empa tak buat lagi kan hehehhehe.
 Dari border kami ke Ranong, Siam lebih 600KM. Bermalam di PP Ranong Hotel dengan kos lumayan 400baht. Kemudiannya pada pagi hari esoknya kami menaiki bot pancung dari Sa Pan Pla Pier,Siam ke Kawthoung, Burma. 
 Bayaran untuk V.O.A (Visa On Arrival) ialah sebanyak 10USD. Kami telah bersedia namun disebabkan wang dolar yang di bawa telah sedikit terlipat dan memang tu cara depa nak buat duit, terpaksa beli duit 10USD baru dengan harga 500Baht sekeping.
 Manakala untuk menaiki bot pergi balik pula 300baht untuk sekepala. Saya ada membaca dari google untuk save buleh naik dengan penduduk lokal sekitar 50Baht tetapi terpaksa menunggu hingga penuh bot.Kerosakan total 800baht untuk cop passport saja namun berbaloi dengan ilmu yang kami peroleh.
 Selepas beralih matahari condong sikit kami pun memula perjalanan ke Krabi demi merasai MINI THOUSAND CORNER seperti yang di gembar gemburkan itulah. Tuan-tuan boleh tgk route tersebut di Peta Lebai Google ataupun GPS canggih tuan-tuan. Route adalah yang paling tepi pantai barat. Sungguh saya berpuas hati dengan 303KM yang ditempuh. Tuan-tuan yang mana kurang cuti buleh merasa walau sekali dalam hidup. Iyelahkan, nak pi Chiang Mai 1864 Corner Mae Hong Son maw habih 10 hari paling kurang. Tapi Route MINI THOUSAND CORNER ni 2 hari dari border cukup dah. Kira macam training lah nohhhhhhhh. 
*Jadinya kami dari Kapcai Touring Team / PEKËTUM-Persaudaraan Kapcai Turing Se-Malaysia mengiktiraf route RANONG - KRABI sebagai MINI THOUSAND CORNER. Selepas selesai misi tuan-tuan sila hubungi saya untuk dapatkan sijil tuan-tuan di Ban Dannok. Maklum awal sebab saya kadang-kadang T.B.T.B.K
Eh Chiang Mai Bike Week jadi ka pi minum kopi di PAI.
Sekian. Majulah Sukan Turing Untuk Negara.
MADDUHA www.malayregime.blogspot.com
















































































































3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gambar mampu menceritakan segalanya -Safwan Taufik-

Junior World berkata...

Boleh lah try Mini Thousand Corner (MTC) lepas ni-KC-

Junior World berkata...

Boleh lah try Mini Thousand Corner (MTC) lepas ni-KC-

Jack Ma

Jack Ma pernah berkata, "Apabila Menjual Produk kepada kawan rapat & keluarga, tidak kira betapa murahnya harga yg anda jual, merek...