Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

YAHUDI PENUH

Imej
Artwork AhmadRaimi Perlis, Malaysia 2014
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Antisemitisme (juga dieja anti-Semitisme, anti semetik, anti semitik) Merupakan suatu sikap permusuhan atau prasangka terhadap kaum Yahudi dalam bentuk-bentuk penganiayaan/penyeksaan terhadap agama, etnik, mahupun kelompok ras, mulai daripada kebencian terhadap individu sehingga lembaga. Ia termasuklah anti Yahudi, anti Israel dan anti Zionis. Dari segi sejarah, orang Arab juga Semetik kerana menggunakan bahasa Semetik purba. Sesiapa bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya - akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi. Fenomena yang paling terkenal akan anti-semitisme adalah ideologi Nazisme dari Adolf Hitler, yang menyebabkan pemusnahan terhadap kaum Yahudi Eropah. ETIMOLOGI Walaupun etimologi istilah ini mungkin menunjukkan yang antisemitisme dihalakan terhadap semua orang Semitik, istilah ini dicipta pada akhir abad ke-19 di Jerman sebagai nama yang …

SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) BEKUKU, TENOM SABAH 57 TAHUN SELEPAS MERDEKA

Imej
KOTA KINABALU: Sukar dipercayai ketika kerajaan menyediakan RM450 juta untuk meningkatkan kecemerangan pendidikan dalam Bajet 2014, seramai 101 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bekuku Tenom masih menduduki bangunan sekolah yang diperbuat daripada buluh.

SK Bekuku yang terletak kira-kira dua jam perjalanan menggunakan pacuan empat roda dari pekan Tenom agak daif dengan keadaan kerusi dan meja yang rosak, atap dan dinding yang bocor.

Pelajar sekolah itu terpaksa belajar di dalam bangunan sementara yang diperbuat daripada buluh sejak 13 tahun lalu.

Masalah kemudahan prasarana yang kurang memuaskan itu mendapat perhatian umum apabila ia dimuat naik ke laman sosial sejak Mac lalu.

Ekoran penyiaran sekolah yang diperbuat daripada buluh itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melakukan lawatan mengejut ke sekolah itu dan menyaksikan sendiri kedaifannya.

Kelas atau bilik darjah yang dibina hasil gotong royong ibu bapa pelajar dengan kos yang disumbangkan pemimpin masyarakat pada 1999 kini bera…

JELAJAH ANAK TANAH MERDEKA 2014

Imej
Dalam kesunyian, alarm telefon berbunyi, teralunkan muzik semangat Wrëckar Ugly Fashion Police. Mataku sedikit terbuka, pertanda mimpi indah malam ini telah terputus. Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Aku tetap terbaring,seperti mengeram, bukan bererti malas, tetapi sengaja.Kemudian aku terbangun dan langsung kubuka jendela pintu, aku tidak tidur bersama anak dan isteri pada malam ini, kerna aku ada misi suci ke kota sekejap lagi. Angin pagi berhembus menyegarkan, walaupun luar masih gelap. Bibir ini berbisik, ucapan doa tanda syukurku atas dibangunkannya jasad ini dari alam yang tak kukenal tadi.
Aku berjalan menuju ruang makan, Isteriku telah menyiapkan kopi panas dan kek coklat yang ku minati. Hari ini hari jumaat, Ku tersenyum pada isteri, kuteruskan langkahku untuk membasuh muka di sinki, menyegarkan wajah kusutku seusai bangun tidur. Berdua saja kami duduk di depan meja makan, aku dan isteri.

   Sudah siapkah semua barangku, tanya aku.
   Tentu saja sudah bang dari malam tadi, Baju…