Jumaat, 18 April 2014

PHUKET BIKE WEEK 2014

FIESTA SAMBUT HARI JADI KE 2 SELEPAS HARI JADI IKUT KAD PENGENALAN SABAN TAHUN

Maka pada pagi yang mulia itu
 hamba dengan berbekal bulu itik dan dakwat darah sotong untuk mencatatkan surah ini agar anak cucu-cicit kita nanti tidak akan tertanya-tanya; agar cucu-cicit dan piut kita tahu apa yang telah berlaku sepanjang 4(empat) hari dari Khamis hingga Ahad.10 April 2014 hingga 13 April 2014 di kurun masehi ke-21 ini.

Biarlah hamba menjadi tok perawi yang sahih, membawa kisah dari mulut ke mulut agar menjadi ajaran dan pedoman kepada cucu-cicit kita yang akan datang. Bahawa kami para raida Malaysia dan Temasek pernah berkogsi matlamat yang sama.  Yang busuk kita tanamkan hendaknya dan yang bersih kita kisahkanlah hendaknya. Amin.

Wahai anak cucu-cicit sekalian, kisahnya bermula dari sini:

Dari Negara Malaysia dari Negara Temasek para raida mesin kecil itupun berkumpul di penghujung selatan titik tanah Siam. Matlamatnya Cuma 1(satu) iaitu belajar ilmu alam tahap 7 (tujuh) mahkota dewa mengeRIDE kan diri ke Phuket Bike Week 2014.

Kegembiraan terpancar di wajah mereka. Ya kisah ini adalah benar tidak hamba beradu domba. 106( seratus dan enam) biji mesin kecil berlainan meka Honda GBO Lampu Petak,Honda Street CUB, Honda CB100, Honda EX5, Honda Wave, Yamaha Lagenda,Yamaha Lc,Yamaha Fz, Yamaha 125, Suzuki RG, Suzuki Shogun, Kawasaki RR,Almari SYM, Demak Scrambler 200,SYM 250,Duke 200 telah bersama tanpa hasad, tanpa dengki, semuanya sama.

Inilah kegembiraan yang kita idamkan selama-lama. 
Kali akhir hamba melihat fiesta motorsikal yang ampuh dengan ribuan manusia ialah di PATTAYA februari lalu. Kali  Ini fiesta manusia dengan mesin diadakan di Pulau Lautan Andaman  selama satu minggu bermula pada 11 April hingga 19 April, jadinya inilah tujuan kita.


Hamba  tidak dapat mengukur berapa ribu susuk yang hadir di Titik mola menonton kami. Kalau hamba tulis 10 ribu mungkin hamba tersalah. Kalau hamba katakan 5 ribu mungkin hamba juga terkurang. Hakikatnya yang hadir pada pagi Khamis itu mungkin diantara dua angka yang hamba tulis.Cumanya yang berangkat ke Phuket 106 bijik sahaja. 


Dari awal pagi susuk-susuk tegar telah berkumpul.Susunan mesin kapcai beratur dari Malaysia hingga ke Thailand bayangkan betapa ramainya kaum kita, usah di kira pasukan mutu besar, henden tinggi, henden tegak, dan henden bawah.

Ada jeritan, ada laugan, "bang mari bang. masat bang".hahahhahaah. Bercampur bendera, kain bunting, ada kain rentang - semuanya memeriahkan fiesta.

DARI SEMPADAN DANNOK KE SEMPADAN PADANG BESAR KE SEMPADAN WANG PRACHAN


Pada hamba satu perjalanan yang 'paling jauh' pada dinihari tu Hanya satu jalan itu sahaja yang meghala keluar pintu sempadan dari Tanah Siam ke Malaysia. Kepala telah memasuki Malaysia badan di "No Man Land" manakala ekor masih di Tanah Siam.

Jalan laluan hampir 3 kilometer mennuju ke Malaysia telah di penuhi mesin-mesin kecil berlainan meka. Dari sempadan Padang Besar maka berdoyong-doyong lagi lah kami ke sempadan Wang Prachan pula, melalui Negeri Perlis menuju ke Negeri Satun, Siam. Hamba mahu kabarkan maka hari itu kami membuat 3(tiga) lintasan pintu sempadan. 

DARI WANG PRACHAN KE TRANG KE KRABI


Dari Jalan kecil 1(satu) lorong kami menempuh Taman Negara Siam, suasana sejuk angin dingin menghembos salju. Tidak dapat di sangkal kegembiraan itu terjadi dengan sendiri bukan di paksa-paksa. Hamba lagi lah gembira kerana ini kalilah telah memecah rekod tahun 1996 sebanyak 70 biji mesin. Ini kisah benar. Dan semua yang hadir adalah benar dan kami mengeRide adalah benar.


Kami tiba ke Krabi sekitar jam 5.00 petang, di sambut dengan fiesta jalanan maka tempat tujuan di Ketam Besi terpaksa di alih ke seberang jalan kernanya Port Ketam Besi menjadi milik orang Siam sahaja kiranya.


Usai urusan tempat beradu kepada sekalian ahli maka hamba khabarkan kita bertemu lagi hari siang esok di tapak itu jam 10.00 pagi. Maka bersorak gumpita lah kesekian kali lagi kernanya masa senggang telah sampai. Yang ke tepi laut ke tepi laut,Yang ke sungai ke sungai yang ke pasar malam ke pasar malam, yang ke masat bang ke masat bang. hahahhahahaha. Hamba kena duk buat rileks sebab 1 mesin LC dari Shah ALam sudah berkudis bernanah yang lainnya mesin EX5 dari Katong MC patah tongkat bersiku paruh.


DARI KRABI KE PHUKET


Tiada angin tiada ribut cuma bayu lembut bahang meniup pipi.Rasa hamba tidak adalah raida mesin yang paling rendang serendang COE kernanya hampir jam 1130 baru berjaya kami melolos diri keluar dari Krabi. LC Shah Alam telah hamba kirimkan terlebih dahulu bersama sebahagian raida Katong MC,mesin dilucutkan rantaian untuk melajukan lagi pergerakan. 


Maka berbondong-bondong lah lagi kami melewati pekan jalanan kecil segala bukit di tempuhi segala denai di harungi . Kepalanya hamba serahkan pada Katong MC  manakala yang ekor hamba serahkan kepada almari bergerak Sym UTM Resin.


Jalan ini cukup merbahaya untuk para raida tegar kernanya ada yang sempit ada yang luas dan ketakutan orang Siam yang melintas tidak mengira tempat, namun berjaya juga kami harungi.


MELOKOH MESIN LC SHAH ALAM

Suka untuk hamba khabarkan di tengah perjalanan setelah mendapat persetujuan tukang pomen Zam Taman Permata nama di beri bersetuju melokoh mesin yang berkudis bernanah memandangkan Phuket masih lagi 130KM di hadapan hari baru lepas tengahari. Muslim siam baru keluar ke Mesjid menunai Solat Jumaat maka tika itu detik itu kami melokoh mesin di stesen gas di tepi jalan. Alhamdulilah berita gembira semuanya siap siaga dalam 1(satu) jam sahaja. 

SETIBA DI PHUKET.
Seperti purnama-purnama dahulu raida di sambut kompang di palu dengan air manis dan air sejuk juga roti bercop HALAL. Apa lagi hamba sahaja habiskan 3(tiga) bungkus roti tanpa malu tanpa segan. Dan hamba mereling dari ekor mata ada raida yang sama seperti hamba. hahhahahahahah.
Ya ini kisah benar kami memang di hargai, kami memang di hormati Orang Siam, semua ini tidak dapat di negara sendiri, sengaja hamba surahkan kernanya raida mesin kecil seperti kami senantiasa di tindas di acara negara sendiri. Tetapi di Siam layanan adalah sama rata. Tidak kira henden tinggi mana tuan-tuan capai. 
Sekali lagi kami berfiesta, kain bunting di layangkan, kain rentang di tebarkan, menunjuk diri, memberitahu yang lain, bahawa kami ada, DI SANA!. Usai bergembira maka kami berfiestaan lagi meneruskan ke destinasi ke Pantai Patong.

KE PANTAI PATONG

Hamba luruskan saf mengikut jalan-jalan yang telah di lalui oleh raida-raida terdahulu mengikut Pantai Surin, Ke Pantai Kamala, dan seterusnya ke Pantai Patong. Hamba sengaja mahu memasuki terus tapak acara namun di halang kernaya perlu membayar sebanyak 1500Baht terlebih dahulu (untuk 2 helai baju, tag,parking dalam tapak acara, dan makan malam di hotel besar). Jadi hamba hentikan raida di hadapan tapak. Kegembiraan, kecerlaruan terpancar di wajah para raida yang kali pertama menjejak kaki. Hamba tinggalkan mereka sekejap menguruskan penginapan. Usai semua urusan sekali lagi hamba khabarkan selepas detik ini acara adalah bebas untuk kalian lakukan.Sehingga kita bertemu lagi pada pagi hari ahad Pukul 8.00 di tempat yang sama.  Maka bergumpita sekali lagi para raida bertepuk tampar mengucap selamat. Yang ke mesjid ke mesjid, yang ke laut ke laut, yang ke pantai ke pantai. 

Dan sebagai ingatan hamba surahkan lagi nama-nama mereka yang hadir menunjuk muka sebagai ingatan sampai bila-bila FAUZAN, NAZRY, ZAINAL, SAAD , ALIF, ABDUL WAHAB, PAI TIGER, RAYMIE , HAMDI, NIZAM, PIDOWT TAZMANIAN , REJAB, KAMARUL ZAILAN, HAZIQ, ANIP, LIENA, ALIFF,
  ADI , FIQ, AZIZUL , AKRAM, ARIS, KUCAI,  BOBDASH,  JAMIL,  MAIL ,  JOHN PABLO , REDUAN , SUHAFIZUL, AYIE76, EJOY,. RAMBO, KECIK, AM, ACAN, EMANFOTO, AZRIN, FARIS, MIE POMEN, SERIGALA CURSEWOLF, FAUZI OMAR, ENAL BEBEK, MOHD SAFWAN, LINDA,  AM , AM DOUBLEDISC,  DIN MBX80, AWY LAKSAMANA, ANGAH , PAK SYED, KHAIRUL DAYTONA, RIZAL GT, MATZAM KBQ, MAT JAHID,  POZI, JOHNAQILZ,  EPOL, BARD, EJAT, MUHAMAD AMIRUL, JU, SHAHMARQUEZ, PADHIL, HAZIQ, IZAN, SIDI,
  RIEZ, SHAHRIL, INSAN, LIZA, HAMIZ, IPIN, SHAFIQ, SAFWAN, UCOP , ANUAR, SAMKYLA, SYED KHAIRUL, EIRA, SYAMRIN, CIK OWN, TAMAM, ZAIRI, OWN PAK CHOH, YEIN, ANGAH ASHAVIN WONG,AWANG GARAGE, OWN, SAYA VERON, MET TAYA, MAT ABAU,FAIZ MAN, FITRI,BAIE,PAKSU, DIN LANGGAQ,CHIP JONZ, MadDuha.















































PESTA AIR
Sukar untuk hamba khabarkan kemeriahan pesta air di sini, cukuplah dengan gambar-gambar yang di belanjakan buat tatapan tuan-tuan.
Yang berbaju yang berseluar yang berkain sahaja yang berpestolan yang bersimbahan.










KUDOS MADDUHA
KATONG,ARAU,MALAYSIA.





1 ulasan:

chenz berkata...

Mohon share bro. Tq

Asia Road Racing 2024

Jentera 1000cc kini mengganas di Asia Road Racing Championship. Ketika sesi latihan pada hari Jumaat, Ducati mendahului carta kelajuan maksi...