Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

TERIMA KASEH

Imej

PHUKET BIKE WEEK 2014

Imej
FIESTA SAMBUT HARI JADI KE 2 SELEPAS HARI JADI IKUT KAD PENGENALAN SABAN TAHUN

Maka pada pagi yang mulia itu
 hamba dengan berbekal bulu itik dan dakwat darah sotong untuk mencatatkan surah ini agar anak cucu-cicit kita nanti tidak akan tertanya-tanya; agar cucu-cicit dan piut kita tahu apa yang telah berlaku sepanjang 4(empat) hari dari Khamis hingga Ahad.10 April 2014 hingga 13 April 2014 di kurun masehi ke-21 ini.

Biarlah hamba menjadi tok perawi yang sahih, membawa kisah dari mulut ke mulut agar menjadi ajaran dan pedoman kepada cucu-cicit kita yang akan datang. Bahawa kami para raida Malaysia dan Temasek pernah berkogsi matlamat yang sama.  Yang busuk kita tanamkan hendaknya dan yang bersih kita kisahkanlah hendaknya. Amin.

Wahai anak cucu-cicit sekalian, kisahnya bermula dari sini:

Dari Negara Malaysia dari Negara Temasek para raida mesin kecil itupun berkumpul di penghujung selatan titik tanah Siam. Matlamatnya Cuma 1(satu) iaitu belajar ilmu alam tahap 7 (tujuh) mahkota dewa men…