Rabu, 26 Mac 2014

Medan Indonesia

Saya berkesempatan melawat kota Medan pada suatu hari itu. Tidak Jujur saya katakan saya lebih menyukai Kota Bandung berbanding Kota Medan. Mungkin sebab utamanya saya adalah Truely Asian Traveler( selepas ini disebut TAT). Ciri-ciri utama pada TAT ialah menyukai aktiviti shoping merchandise. Saya menyukai fesyen jalanan (sebut street wear) malangnya di Kota ini tidak saya temui perkara itu. 
Tambahan pula sewaktu saya menjejak kaki,  Gunung Berapi Sinabung baru meletus abunya hingga ke Kota Medan amat menganggu pernafasan.Jadinya saya dan keluarga cuma membunuh masa di Hotel dan kompleks beli belah. Saya juga ke pajak ikan suatu tempat yang khabarnya menyediakan pelbagai pilihan fabrika tetapi jujur saya katakan semuanya ada di Nagoya dan Kamdar Malaysia. 
 Apa yang menambat hati saya cuma dapat bertemu saudara rider sepeda motor Medan anak YJSC (Yamaha Jupiter Series Club). 
 Untuk bersiar-siar di Kota Medan cukup dengan tuan2 menggunakan teksi, tidak perlu upah supir (pemandu) ini kerana menggunakan teksi kosnya adalah sungguh demokrasi. 
ini adik saya, banyak orang kata adik saya lebih cerah dari saya, saya pernah tanya ayah kenapa, ayah jawab " Semua kuasa Allah sayang ". 
ini saya dan adik saya Muhammad Umar Aydeen. Adik saya ketika ini baru dapat akal berjalan, penat saya mengejar ke sana ke mari. Ayah dan ibu saya lebih gemar bersengangan dengan telefon, apa yang di belek mereka di telefon saya tidak tahu.
ini pengalaman pertama saya menaiki aircraft, hati saya berdebar, mujur ayah saya seorang yang cool sentiasa menenangkan saya. 
sekejap saja saya dah sampai ke Airport Kualanamu Medan. Saya tidak sempat menghabiskan Mee Goreng saya pun.
sesampai di airport kenderaan hotel telah menunggu kami. kenderaannya kelihatan seperti toyota avanza tetapi meka kijang di sini. Sepanjang perjalanan kiri kanan ada banyak bendera di pacak, saya dengar supir bagitahu itu bendera partai politik. owhhhhh.
sesampai di hotel terus saya meronta untuk mandi,pula lagi saya belum mandi pagi hari tadi.Kami bertolak dari Alor Setar ke Pulau Pinang pada jam 3 pagi, Penerbangan kami pukul 7 pagi.
ini di kompleks beli belah pertama bapa saya bawa.
dari mall tadi saya melalui jalan ini
ini di muzium haiwan, semua haiwan di sini telah di awet, saya sedikit takut di tambah pula ada bau yang tidak enak, tetapi saya buat cool,tak mahu alah dengan ayah saya.
buku pelawat


ini di jalan lengkung mesjid, ini tempat ayah saya jalan, saya tidak turun meronda, saya biarkan ayah dan kawan ayah saya pakcik ryza meronda lagi pula saya sedikit letih mata sungguh berat mahu tidur.
ayah saya duk cari pasai dengan Sultan Melaka (demn lah ayah saya ni). ini di Istana Maimon. Buleh tahan murah kos sewa baju sekitar RM2.75 sahaja. Kami sekeluarga bergambar dengan baju songket ini.
ini bukan di Central Festival Hatyai taw, ini masih di Mall Medan, walau mainan keretapi boleh naik kelihatan sama (tuan2 dah pergi Mall Hatyai tu ka, ayah saya dah bawa saya pergi 3 kali, baru2 ni mak saya beli bajuuuu, kat Uniqlo, untuk saya dan adik, ayah saya tak layan baju Mall dia pakai baju DIY dia saja, tah apa mimpi,baju bundle ayah saya banyak dia nak buat apa taktaw dlm plastik pun ada lagi tak buka).
ini dah hari lain layan akak main piano kt hotel. 
ni bilik hotel yang kami sekeluarga memalas untuk 4hari 3 malan, walau ayah saya cuma cokia kuli cuci najis di Malaysia tetapi bab jalan2 mengembara, kadang2 ayah saya memang plan paling best untuk kami (tapi saya duk nampak emak saya duk garis kad dia), 10 kali best dari hotel budget kt Khao San Road masa backpacker pergi Bangkok tahun lepas. Dah la naik bas 2 tingkat 16 jam, saya tahan ja tak berak taw.
 Ok tu nak tunjuk swiming pool hotel kt Medan ni, tapi kami tak mandi lama sangat adalah dalam 1 jam sehari, kalo tak sebab abu gunung berapi yg pedas2, lama lagi mandi . Tu pun balik Malaysia, saya, adik, emak semua demam. Alhamdulilah Ayah ja steady.
view dari bilik hotel. Tengok apa best? 





Tiada ulasan:

Jack Ma

Jack Ma pernah berkata, "Apabila Menjual Produk kepada kawan rapat & keluarga, tidak kira betapa murahnya harga yg anda jual, merek...